Tuesday, 20 November 2018

Rombongan Cikgu Fauziah ke Nismilan


Kecoh juga awalnya bila anak2 Tahun 4 (T4) ni dapat surat jemputan untuk rombongan ni sebab tak dinyatakan tempat-tempat lawatan. Yang ada hanya tarikh, bayaran dan borang kebenaran. Bila text ketua rombongan (Cg Fauziah) pun tak berbalas. Sebagai ibubapa, pastilah kita nak tahu keberadaan anak-anak kan. Yang Abang pula asyiklah mendesak suruh bayar duit cepat, takut bas penuh ๐Ÿ˜. 

Brgaya habis dah tu...pakai cap & jaket dari pagi sampai ke malam ๐Ÿ˜…


Sehari sebelum bertolak barulah anak-anak ni diberi taklimat. Barulah lega hati mak-mak ni :D 

Aturcara lawatan.
Umi hanya bekalkan Abang duit poket dua puluh ringgit je sebab semua kos (makan 3x, entrance fee dsbnya) dah termasuk dalam duit rombongan rm67. Hand phone pun Umi tak bagi. Biarlah dia berhappy hour dengan kawan-kawan. Gambar pun Umi minta tolong Cg Murni snap 1-2 keping untuk kenangan. 

Kenangan Abang dengan kawan-kawan di Muzium Negeri, Seremban. 

Nak update/track anak-anak dalam group T4 ni tak jadi masalah sebab bonding antara parents sangat erat. Mana-mana parents yang dapat update (thru call/text) from anak depa yang bawa handphone  terus share info dalam group WA parents. 

Yang kelakarnya semua expect rombongan sampai malam sebab dari Jelita Ostrich Farm tu tentatively pukul 5.30. Tup-tup few minutes before azan Maghrib katanya dah ada di MRR2. Jangka tiba di sekolah sekitar jam 7.45. Cg Murni pun confirmkan dengan Umi katanya dah di Ampang. Apalagi, "celapak lah" mak ayah T4 ni. Celapak ni maksudnya kelam kabut/bertempiaran hehe... Dengar anak dah nak sampai, pakat kalut nak rush ke sekolahlah. Sebelum tu semua rileks je sebab expect depa sampai around 9, macam rombongan T5 sehari sebelum tu. 

Alhamdulillah selamat tiba semuanya. Abang kata seronok especially dapat merasa naik ostrich. Sekadar naik atas belakang ostrich je, tak tunggang pun. Ostrich tu matanya ditutup kata Abang, tak larilah. Satu lagi Abang kata dia berdiri atas telur ostrich. Telur ostrich tu boleh tampung berat sehingga 120kg. Ingat lagi time kami ke Desaru Ostrich Farm masa umur Abang baru 2 tahun. Umi hanya berani letak Abang je berdiri atas telur tu. Even the farm owner suruh Umi try, Umi tak yakin, takut telur tu pecah! Its not about weight issue (berat umi dulu, kini dan selamanya takdelah sampai 120kg ๐Ÿ˜) tapi sebab telur tu mahal. Mana tau time Umi berdiri tu, time tu dia nak pecah. Who knows kan? Mahal ooi sebijik telur tu kalau nak kena ganti :p  

Buah tangan Abang bawak balik; chocolate Beryl's dengan Yakult. Beli time melawat kilang-kilang ni di Seri Kembangan on the way ke Seremban. Ingat juga dia dekat adik-adik dia ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ 

No comments:

Post a Comment