Thursday 20 September 2018

Restoran Kari Kambing 1 Dinar, Kijal


Awal pagi sabtu, kami bertolak dari Kemaman menuju ke KT. Pusing-pusing dulu bandar Kemaman cari kedai makan, nak breakfast. Target nak cari warung tepi jalan yang jual nasi dagang or nasi minyak. Puas juga mencari sampai perut dah pedih, lapaq! 


Akhirnya berkat kesabaran, jumpa juga satu kedai makan di Kijal. Itupun dah dekat pukul 9. Kedai tepi jalan je, senang sangat nak jumpa but kalau bawa laju berdesup tu memang tak perasanlah hehe... Lokasi +-10 minit dari area jual lemang Kijal yang famous tu. 

Jangan pandang sebelah mata je...selalu kedai humble macam ni lah yang serve food sedap-sedap...

Alhamdulillah tertunai hasrat nak makan nasi minyak ori Ganu. Memang sedap makan nasi minyak di sini. Umi ambik sepinggan, lauk kari kambing. Walid pula ambik lauk daging masak hitam. Sangat puashati. Tapi nasi lemak yang anak2 ambik 'kureng' sikit. Kalau singgah sini Umi suggest order lah nasi minyak. Nasi dagang, nasi kerabu & nasi hujan panas pun ada. Lauk pelbagai jenis pelengkap juadah nasi. 

Nasi minyak kari kambing. 

Nasi minyak daging masak hitam. 

Ada juga roti tempayan. Walid order satu set dengan kari ayam. Marvelous! Lembut je rotinya. Tak liat macam roti nan mamak tu w/pun Umi tengok dibakar dalam tempayan juga. Dah namanya roti tempayan kan :) 

Roti tempayan dengan kari ayam. Seketul besar ayamnya. 

Abang ambik nasi lemak ikan keli goreng, Angah nasi lemak ayam goreng dan Kakak, nasi lemak telur mata. Adik pau je mana-mana pinggan :D 


Semua yang kami makan ni RM40 termasuk air. Umi rasa berbaloi sebab sedap, tempat bersih dan santai serta tak crowded. Bab ni penting untuk menjamu selera dengan tenang dan menikmati makanan di depan mata. Locals pun ramai juga yang lepak minum/makan kat sini. Pelik agaknya atok-atok ni tengok kami dok ambik gambar food dan wefie 😊 sah-sah orang luar lah ni. 

Anak2 lepas makan main pasir tepi warung ni. Lega Umi dapat makan dengan tenang :D 


Kedai ni sebelah Surau Putih, Kijal. 
Kalau ikut alamat surau tu Mempaga Beris Kijal, 24100 Kijal Kemaman, Terengganu. 


FB: Restoran Kari Kambing 1 Dinar. 
Tapi Umi tak tanyalah pulak satu dinar tu conversion ratenya berapa RM hehe...memang betul harga tu or just gimmick je.  Apapun yang penting, sila terjah :) Puashati insha Allah. 



4 comments:

  1. sy tak makan kambeng, husb memang suka makan kambeng.. pntang kalau dengar kari kambeng laju je diaaa

    ReplyDelete
  2. Jarang pula Mrs. A terfikir makan nasi minyak kat kedai hehehe...
    Nasi minyak daging masak hitam tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ke Ganu tu wajib makan nasi minyak dia Mrs A. Memang banyak dijual macam nasi putih juga.

      Delete