Wednesday 26 September 2018

Kompleks Kraf Noor Arfa sesuai untuk seisi keluarga...



Banyak pengalaman manis yang kami kutip sewaktu melawat Kompleks Kraf Noor Arfa tempohari. Selain dapat melihat proses menenun kain, anak2 juga gembira sebab dapat mewarna batik, memberi makan ikan serta melawat mini zoo. Kali terakhir Umi ke sini sekitar 9-10 tahun lepas, tempat ini hanyalah menjual dan menghasilkan produk batik. 

Bangunan sekarang lebih besar dan selesa dengan pelbagai kemudahan asas yang disediakan; surau, bilik air, wakaf dsbnya. Difahamkan pihak NACC juga menyediakan bilik mandi untuk mereka yang ingin menumpang mandi terutamanya rombongan pelawat dari luar yang datang dalam kumpulan besar. Juga terdapat chalet di kompleks ni bagi yang ingin menyewa. 

Tenun kain.


Di sekitar kompleks tu ada kolam ikan. Seronok lah anak2 memberi makan ikan di sini. Harga makanan ikan cuma RM1 sepeket. 

Dalam kompleks pula adalah tempat pameran dan jualan batik. Ramai yang mengatakan harga di NACC ni lebih mahal, mungkin betul. Tapi bagi yang nak membeli belah dengan selesa, disinilah tempatnya. W/pun ramai pengunjung tapi tidaklah terlalu sesak sebab kedainya luas, berhawa dingin juga ada SA yang sangat membantu. 


Mana satu pilihan Umi? 

Aktiviti mewarna batik ni dicaj RM15 untuk sekeping gambar. Setiap set dibekalkam dengan 3 warna asas; biru, merah & kuning. Instructor akan ajar anak2 tentang campuran color untuk hasilkan warna sekunder. Good exposure untuk anak2 bereksperimen dengan warna. 



Cantik tak?

Bayaran masuk ke mini zoo yang dipanggil Funland ni ialah RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak). Kecil sahaja zoonya dan menempatkan haiwan peliharaan yang biasa kita lihat seperti ayam serama, itik, arnab dan birds.  Yang rare ialah landak. W/bagaimanapun anak2 Umi sangat happy dengan exposure ni. 



Kandang rabbit. Boleh belai dan sentuh rabbits dalam ni. Umi pun teruja 😆 rabbits ni pun sangat lah jinak. Memang minta dibelai hehe... 




Definitely we had fun here 👍👍👍

2 comments:

  1. Arfa Batik ni saya pernah pergi dulu..kecik2 ikut rombongan sekolah hehe. Lama betul dah tu :D

    ReplyDelete