Thursday 21 June 2018

1 Syawal ~ Beraya 'atas' lebuh raya 😁




Tahun ni kami sepakat untuk menyambut raya di rumah sendiri. Sebabnya khamis tu Walid masih kerja. Malas nak rush balik kampung that evening so kita rilek-,rilek dulu. Lepas solat raya baru gerak balik kampung. Apa nak kalut, solat raya dah, ketupat lemang, kuih muih semua dah jamah. Yang belum complete, nak cium tangan orang tua dan jumpa sanak saudara kaum famili 😘

Dah macam-macam memori balik beraya kami alami. Berbuka atas kereta, berbuka tepi plaza tol, berbuka kat parking kereta di R&R ditemani lampu kereta, bumper to bumper traffic jam semua dah merasa. Pernah juga 'sangkut' dari jelapang nak cross terowong menora 2 jam! Pengalaman-pengalaman ni yang membuatkan kami sangat merancang perjalanan balik raya. Traffic jam tu memang tak boleh nak elak. But how we manage & minimize the risk that matters to us. Tambah-tambah travel dgn minors. Banyak aspek perlu diambil kira. 



.

Juadah raya Umi buat nasi tomato, stew kambing, acar timun, papadom and ketupat palas serta rendang. Lemang beli je dengan Pak Din. Lepas subuh kami dah breakfast sebab nak cepat ke surau. Tok Imam 2-3 kali remind anak2 kariah yang solat raya buat awal, pukul 8. Nanti nak kejar solat jumaat pula. Surau kami memang menepati masa, pukul 8.10 dah solat. By 9 dah setel. 

Balik rumah makan kek chocolate sorang seketul dan kemas sikit-sikit terus kami gerak balik kampung. Ingatkan kami je yang nak balik kampung pagi tu. Rupanya ramai lagi yang seangkatan... Dari Sg Buloh dah start slow traffic. Moving but at a very slow pace. 

Singgah RTC Gopeng/Spg Pulai. Makan bekal and solat. Bagi anak2 main kejap dekat playground ni. Sementara Umi Walid main phone :p manalah tahu PM wasap ke 😜 lenguh dah kaki tangan ni meriba Adik je sepanjang jalan. Walid pula lenguh kaki sebab asyik membrek je. Kereta banyak... Itu yang take a break lama sikit.




First time kami singgah RTC ni. Tak OK lah food court, surau & restrooms dia. Not well kept. Facilities dah elok semua complete but in term of maintenance & cleanliness sangat mengecewakan. Toilet pun takde air. Pintu surau lelaki pulak dah nak tercabut, tersandar je kat situ. Kenapalah tak repair. Takkan nak tunggu timpa orang baru nak repair. Haish! Beza sangat dengan lay-by & R&Rs yang diuruskan oleh PLUS. Toilet wangi sokmo even time peak pun. Salute dengan makcik2 cleaner PLUS ni 👍👍👍



Pukul 5.30 baru sampai ke teratak bonda. Semua dah layu & kuyu haha. Berlengas dah seharian dalam kereta. Mujur malam tu takde tetamu. Dapatlah rehat secukupnya sebab besoknya nak beraya sakan.

7 comments:

  1. selamat hari raya PH, maaf zahir batin, raya pertama pun jalan sesak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya mamayan :)

      Itulah...rupanya ramai juga yg beraya at as hiway hehe

      Delete
  2. selamat hari raya maaf zahir batin kak..
    sy balik kampung hari rabu petang nasib tak jem melekat sgt.. sempat berbuka sama2 dengan org tua..

    seronak la budak2 tu beraya di kampong walaupun penat berjam2 dalam kereta sampai kmpong semua happy ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya zie ..

      Oh tak jem rupanya ye rabu tu..selamatlah kalau tak jem. Akak ni nak lepas slim river tu pun merangkak-rangkak huhu..

      Delete
  3. ohhoo memang tabah sungguh yang terperangkap dalam jem. penat memandu bila jalan jem ni lain macam..

    ReplyDelete
  4. sedap nyer lauk pauk.
    membaca nyer pun dah terasa sedap nyer :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya maaf zahir batin PH.... Sebenarnya lagi senang mcm tu. Dpd bersesak kat atas highway kan PH. Tp ikut mak bapak jugaklah PH, kadang diaorg nak jugak kita ni balik mlm raya... lagi lagi yg tak ada teman anak lain dah

    ReplyDelete