Sunday, 24 June 2018

4 Syawal ~ Ada Apa di Tanjung Dawai?




Pagi raya keempat tu hujan di SP (Sg Petani). Ikutkan hati nak tarik selimut je tapi bila difikirkan rugi pula... Duduk tempat orang (SP) baiklah kita jalan-jalan... Nak tidur kat rumah pun boleh :) 

Nak beraya rumah kawan2 mostly yang local (stay @ Kedah) ni dah start kerja dah. Yang dok beraya tak ingat dunia hehe ni perantau macam kami ni lah πŸ˜„

Dah lama teringin nak ke Tg Dawai, port shopping ikan masin & hasil laut kegemaran orang Kedah dan juga pelawat dari luar. Dari kecik lagi Umi dah dengar tentang Tg Dawai ni tapi tak pernah sekali pun sampai. Masa kenduri pakcik dulu pernah juga cuba explore tempat ni tapi 'tersesat' ke Pantai Merdeka, which is the opposite of Tg Dawai. Dari SP ke Tg Dawai dalam 30-35 km kalau tak silap. Dekat je.

Boleh naik bot disini untuk ke Pantai Merdeka.
Jeti nelayan. Sebelah je dgn jeti Tg Dawai. 

On the other side is Pantai Merdeka. 


Arked. Ada kedai, food court & toilets. 

Ingstkan anak buaya, rupanya biawak πŸ˜…

Kali ni sampai juga kami ke Tg Dawai alhamdulillah. Hujan lebat sampai kena berpayung. Bumped into Walid's friend; orang KL tapi datang ke Kedah hantar rombongan pengantin. Hah kan Umi dah cakap, Tg Dawai ni tempat tumpuan... Depa tengah makan laksa & ais kacang kat situ. Hujan kot... Tapi mana boleh miss laksa Kedah kan πŸ˜‹ 

Kami ronda sekejap dalam arked Tg Dawai tu. Ambik gambar dekat jeti then beli ikan masin dekat satu kedai ni. Excited sungguh Umi tengok ikan masin yg baru, nampak segar je... Ada macam2 dalam kedai ni; produk tempatan macam kicap Mudim & rempah Cap O tu wajiblah ada. Selain tu ada produk dari Thailand spt asam katok, buah kana, jeruk dll. Rambang mata juga Umi nak pilih.

Kedai tepi jalan.
Dalam arked tingkat 2 pun ada jual hasil laut macam ni. Harga sama je ikut kata akak jual kuih dalam arked tu. 

Berkilat lagi ikan masinnya. Tanda ianya masih baru.
Yang siap ikat macam ni dijual 3 peket 10 ringgit. Yang timbang pun ada. 





Jajan favorite time kecik2 dulu.



Masa Umi praktikal di Bank Islam dulu ada sorang kakak ni selalu suruh beli rempah Cap O ni bila Umi balik kampung. 

Hasil tangkapan Umi of course belacan tumbuk mesti beli. Buat air asam sedap pakai belacan ni.





Teringin juga nak makan mee udang kat situ tapi kebanyakan kedai masih ditutup, cuti raya. Ada juga buka belah petang hingga ke malam. Takpa, next time kita mai lagi insha Allah.





On the way balik kami singgah di Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sg Merbok. Kalau menghala ke SP, sebelah kanan jalan utama. Boleh singgah sini.



 Ada restoran atas sungai, bot pelancong and view pun cantik kalau sekadar nak bergambar. Since hujan, kami tak explore sangat tempat ni. Restoran tu pun buka sebelah petang. Tapi boleh disewa untuk private event; wedding ke bday party ke...


Nice view πŸ‘







Sejuk punya pasal, sampai jadi selimut tudung kakak tu πŸ˜†

Petangnya kami pi makan kenduri aqiqah anak member di Tikam Batu. First time Umi sampai di pekan Tikam Batu ni. Dok dengaq nama ja sebelum ni.

Angah & Adik pakai baju maksu sponsor. 
Depa dia pakai baju maklong sponsor. 
Dah jadi tradisi kami bertiga (maklong, Umi & maksu), tiap kali raya sedekah baju kat anak2 penakan.  Seronok tukar-tukar hadiah macam ni.

Kuih serabai makanan tradisi orang Kedah.

Thanks Pak Yin for having us πŸ‘πŸ‘πŸ‘

6 comments:

  1. berzaman tak sampai kesini. dulu pi time kecik2 hehe..

    kita tag sini http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
  2. Akak baru 1st time sampai sini hehe...

    ReplyDelete
  3. menarik ni.
    tempat terkenal di sana, kan.
    ada dlm lirik lagu.
    kedah & perlis antara negeri aida lom pernah bermlm.
    just fly ke langkawi ajer few times.
    dok usha juga nak holiday sana. pasti best.

    ReplyDelete
  4. Yer Aida...lagu Cinta Pantai Merdeka lejen hehe

    Mai ooi mai ceq mai
    Kita ke negeri Kedah
    Makan usah bimbang
    Kami banyak beraih :p

    ReplyDelete
  5. Teringat pulak lagu Lan Solo pasal Tg Dawai dgn Pantai merdeka... ohh kiranya mcm tempat soping jugaklah kat sini ek. Tu diaaaaa syok beli bawak balik KL tu

    ReplyDelete
  6. Memang lagu tu inspirasi dgn tempat2 ni lah..

    Ikutkan byk lagi nak angkut balik kl tapi takut tak celuih kereta :p

    ReplyDelete