Sunday, 4 February 2018

Tetamu dari Pulau Indah...


Nampak je Umi di muka pintu, terus Walid bagitau "Taro nak mai..." Spontan je Umi jawab "jumpa kat sri gombak je la" Walid dah faham sangat dengan fi'il Umi yang satu ni. Umi tak suka orang terjah rumah haha... Bagilah notis at least sejam dua dah OK dah. Jangan lagi 5 minit nak sampai baru nak 'roger'. Ai is cannot ๐Ÿ˜…

Tapi kata je malas nak terima tetamu nak terjah petang2 tu tapi tangan tetap ambik penyapu sapu daun2 kering di porch, susun2 sofa/kusyen semua... Bilik solat pun umi  kemas siap2. Dah nampak lapang elok baru suruh Walid ajak je member tu mai rumah, instead of jumpa kat ameena bee. Member pun jauh datang dari pulau indah ke selayang. Nak singgah di rumah kami, takkan kita nak tolak. Kot nak tumpang solat ke, tumpang mandikan anak ke selesa sikit... Tadi tu acah je ๐Ÿ˜‰

Bagai diduga, sampai je tetamu tu terus bagitau nak tumpang solat. Dah pukul 6 lebih, asar pun belum depa ni. Mujur Umi dah sediakan semuanya.


Gambar sekadar hiasan je ๐Ÿ˜ 
Umi goreng keropok bawang & buat air je. Walid beli sate & roti john. Licin alhamdulillah. 

Seronok sebenarnya layan tetamu ni. Dapat bertukar-tukar cerita, bertanya khabar...pahala pun dapat alhamdulillah. Rezeki pun bertambah insha Allah.


No comments:

Post a Comment