Friday, 8 September 2017

Cendol Durian Mowla


Cendol Mowla ni memang femes dekat Gombak ni tau. 

Masa viral cendol durian baru2 ni Umi rilek je. Teringin memang teringin tapi tidaklah sampai sanggup mencari. Tapi bila ada kawan Umi yang mengajar dekat international school di Gombak  tu post gambar dalam fb terus Umi ajak Walid try. Bukan apa, tempatnya kami familiar sangat. Dekat BMI (sekarang UniKL Gombak). 

Lokasinya di food court sg pusu. Dekat gate tepi uia, berhadapan BMI. Area sekolah al amin & international school tu. Warga Gombak especially warga UIA mesti tau la area ni.

Sampai je kat gerainya terus Umi order "cendol durian 2 dik. Bungkus". Confident sungguh padahal duit kat tangan RM20 je. Walid tunggu dalam keta. 

Tapi baiknya alahai Adik tauke cendol mowla ni. Siap bagitau " hari ni kita ada durian tembaga. Kita bagi 2 ulas, harga RM13 sebekas". Macam tau2 je Umi tak cukup duit ๐Ÿ˜† elok juga dia bagitau siap2 kang dah siap terkejut pulak dengan harganya, 2 bekas cendol sampai dua puluh nam ringgit. Kang tak pasal jadi viral pulak ๐Ÿ˜‰

 Terus Umi keluar ayat cover line " oo...durian tu bukan isi je ye, memang letak seulas2 lah ye?. Bagi satu je la dik. Lagi satu cendol mangga (RM4 je ๐Ÿ˜€). 


Seriously sedap sangat cendol durian ni. Berebut-rebutlah kami anak beranak nak kan isi durian tu haha... Yang cendol mangga tu pun sedap. 


Selang sebuah dari gerai cendol tu ada gerai jual western food. Duduklah menyinggah situ sambil minum cendol. Walid order chicken chop & fries. Sedap betul sos chicken chop tu. Harga pun tak mahal sangat. Area sinikan ramai students; uia + bmi. 


Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga w/pun makan/minum berebut-rebut. Itu yang seronok tu. Datang pun sekadar nak merasa. Ada rezeki next time kita datang lagi. Makan puas-puas insha Allah. 

3 comments:

  1. Ermmm...Kita yg nengok ni dah terasa2 kesedapannya tu, nanti kalo tersinggah nak beli jugalah, syer anak beranak pun seronok.
    Lama gak dah merasa cendol ni, selalu lalu otw balik Rembau kampung suami tu ada cendol leman dawi tu tapi selalu dah tutup atau belum bukaklah plak.

    ReplyDelete
  2. Sedap Kak...nak pula makan berebut-rebut dgn anak2 hehe

    ReplyDelete
  3. Sejak kebelakangan ni banyak pulak baca entri pasal durian, aduh sudah teringin tau!!.Tengok gambaum pun dah tau sedap meletop letop.

    Area Gombak? Memang tak sampailah gamaknya. Bukannya reti nak jalan jauh jauh mcm tu hihihi....

    ReplyDelete