Friday 24 January 2014

Langkawi Day 2


Pakaian anak2 utk hari ke-2.
I like doing this nowadays... feeling Kimora Lee gitew

Langkawi Day 1
Rancangan kami untuk hari kedua ialah menaiki cable car dan melawat Underwater World Langkawi. Selepas breakfast, kami terus bergerak ke cable car. Puas pusing sana sini barulah terjumpa signboard cable car. Itupun signboard kecik yang dah lusuh. Rupanya sekarang dah bertukar nama, bukan lagi cable car, SkyCab Langkawi nama barunya. Patutlah i sesat...:) by the way, utk senang cari je signboard Oriental Village. Memang kat situ le letaknya SkyCab tu.



 

Kami sampai di situ sekitar jam 10 pg. Suasana masih lengang, orang pun belum ramai. Hubby terus ke kaunter ticket. Untuk 2 dewasa & 2 kanak2 harga tiket rm50. Cik Balqis free je. Elok je sampai di tempat menunggu skycab, kami dipersilakan utk posing dulu, amik gambar. Background nya Panorama Langkawi, dah x pangge gunung raya or gunung mat cincang dah. Suka mokcik ada org ambilkan gambar, sekeluarga pulak tu.. kot gambar cantik boleh masuk katalog Tahun Melawat Malaysia 2014..:) rupanya mokcik terkena! Elok je lepas amek gambar tu, sementara sky cab tu sampai depa sempat print gambar tu dan tunjuk pada kita. RM30 je Kak! Nasib baik gambar santek... bila masuk dalam sky cab pun depa suh posing lagi. Kali ni saya senyum ala kadar je. Hahaha...




Sky Bridge ditutup utk kerja2 penyelenggaraan
This time rasa cuak sikit bila kat atas gunung tu. Maybe sebab bawak kids, lebih risaukan keselamatan diorang kot. Balqis sangat ok, sekali je merengek. Maybe sebab telinga dia rasa berdengung. Maklumlah di tempat tinggi. Kami turun sekejap di hentian pertama, just ambil gambar. Masuk semula dalam skycab, sekali lagi kami diminta posing. Senyum je lah... sampai di hentian kedua, sekali lagi kami turun. Naik tangga skit, sampai ke puncak. Subhanallah sangat cantik view di sini. Boleh nampak sebahagian wilayah Thailand on one side and Langkawi on the other side. Dapat juga bergambar berlima kat atas ni. There was a lady tourist yg offer diri utk ambik gambar kami sekeluarga. Kami lepak sekejap di atas tu. Ada tempat duduk dan gerai kecil disediakan. Aduh, memang mengasyikkan dengan angin yg berhembus lembut, cuaca sejuk ditemani pula dgn secawan teh panas... rasa taknak balik...:)

Secawan teh di puncak gunung. Walah!
Sementara menunggu cab utk turun ke bawah, sekali lagi kami ditunjukkan gambar yang diambil di hentian pertama tadi. Rm25 je kak, kalau kat bawah rm30. Hubby kata OK, saya hulur le duit. Dalam perjalanan turun dah set sampai bawah dah taknak beli gambar lagi. Iyelah 2 kpg gambar je dah rm55. Lagi mahal dari harga ticket. Betul tekaan kami, sebaik sahaja pintu sky cab tu terbuka, sekali lagi kami di approach utk beli gambar. Tak kuasa dah ai..:)

Turun dari situ, kami bersiar-siar di Oriental Village. Tempat ni pun dah banyak berubah. Sepuluh tahun dulu, tidak secantik dan semeriah sekarang. Mungkin ketika itu ianya baru dibuka. Kini deretan kedai menghiasi perkampungan ini. Dari kedai cenderamata hinggalah ke kedai makan, semuanya menarik hati. Saya hanya membeli sebuah beg untuk Mak sbg tanda ingatan.





Kemudian kami menuju ke Underwater World, yang terletak di Pantai Cenang. Bayaran yang dikenakan rm100 untuk kami berempat, tidak termasuk Balqis. Sekali lagi kami dijemput utk bergambar. Namun kami tolak dengan baik. Cukuplah kami spent utk gambar, dah habis budget dah...:) Tarikan terbaru di sini ialah penguin. Sangka kami anak2 akan gembira melihat pelbagai jenis hidupan laut, rupanya tidak. Tambahan pula Angah, terlalu muda untuk menghargai dan menikmati khazanah alam laut ini. Dia hanya berlari ke sana ke mari. Abang pula dah takde mood, lapar dan nak tidur agaknya. Lebih kurang setengah melihat-lihat di dalamnya, kami sampai di pintu keluar. Rasa tidak berbaloi pula habiskan rm100...

Keluar dari situ kami terus menjamu selera di Restoran Harum Aroma, berhadapan UWW. Masakannya sedap dan harganya berbaloi. Selepas makan kami pulang me hotel untuk berehat.

Cik B posing tepi kolam renang
Credit: Ustazah (baju)
Petangnya kami bawa anak2 ke kolam renang hotel. Ramai jugak foreigners yang berjemur. Kid's pool memang hak milik Abang dan Angah. Takde budak2 lain.

Selepas puas berendam kami ke Restoran Nelayan di Bukit Malut. Katanya seafood di sini sedap. Memang banyak juga pilihan seafood yang disediakan. Harga juga lebih murah berbanding di ibu kota. Sejak tiba di Langkawi semalam, setiap kali makan Abang mesti ambil lauk ketam. Jadi, utk dinner malam ni saya pilih ketam juga. Saya minta ketam itu dugoreng sahaja tapi pelayan kedai suggest ianya digoreng dengan serbuk kari. Sedap katanya. Saya setuju tapi berpesan agar jangan terlalu pedas, takut kids tak boleh makan. Bila hidangan tiba dah jadi macam kari saya tengok, bukan goreng. One more thing yang saya agak upset ketam tu was not properly cleaned. Baunya juga kurang enak. Kesian pulak tengok Abang, dia makan je tanpa banyak soal. Mujur dia tak sakit perut. Tapi lauk lain semuanya OK esp ikan jenahak bakar. Terasa kemanisan isi ikan tersebut. Ikan baru agaknya.



Add caption
Usai makan kami ke pekan Kuah. Tapi disebabkan ada pertunjukan bunga api di Dataran Lang, jalan jem. Jadi kami terus balik ke hotel. Berakhir hari kedua di Langkawi dengan memori indah buat kami sekeluarga.

Kasut baru mokcik. Beli semata-mata nak bercuti di Langkawi


TBC...








No comments:

Post a Comment