Sunday 13 January 2013

Jom Balut Buku!

"Umi, Abang dapat buku!" jerit Abang sewaktu saya menjemputnya di taska. 
"Fawwaz & Ibrahim berjalan macam ni", sampuk pembantu taska Abang, sambil menggayakan badan, membongkok sedikit menunjukkan berat beg yang mereka sandang. Saya hanya tersenyum.Bila dihulur beg sekolah Abang, mak ai memang berat! Dalam hati terfikir, macamanalah Abang carry beg nie...

Sampai di rumah saya buku beg sekolah Abang, terperanjat den! Memang banyak buku yang Abang dapat - semua sekali 19 naskah. Maklumlah, ini pengalaman sulung anak bersekolah (w/pun baru tadika), segalanya canggung bagi kami.


Disertakan nota oleh Cikgu - sila balut dan tulis nama, hantar semula minggu depan. Makanya, bermulalah projek membalut buku Abang, diketuai oleh En Walid...:) Terkenang kembali zaman sekolah dulu, pembalut yang 'glemer' ialah kertas minyak. Plastik pembalut belum wujud lagi kot. Arwah Pak yang jadi tukang balut. Tools yang digunakan hanyalah kertas minyak dan pisau lipat. Dah balut, buku-buku ditindih agar tidak terbuka pembalutnya. Maklumlah, syarat pinjaman tidak membenarkan buku distapler, di'seletape' dsbnya sebab buku itu akan digunakan oleh orang lain tahun depan. Kalau boleh pun tak buat juga rasanya - tak mampu! Maklumlah, stapler & seletape tu kira barang mahal time tu...:)




Di zaman sekolah menengah baru ada pembalut buku plastik. Itupun yang nipis, licin dan sangat mudah terkoyak. Nak membalutnya sikit punya susah. Kalau kebetulan dapat buku yang elok, siap berplastik memang bertuah. Tapi memang jarang le, maklumlah AJK Buku Teks biasanya dah rembat dulu untuk dirinya & kroni-kroni. Rakyat marhaen macam saya nie, dapat yang hujung-hujung je, nak-nak yang namanya berpangkal 'Z', lagilah kesian. Sistem yang digunakan ialah pelajar dipanggil mengikut abjad, memilih buku teks yang telah disediakan mengikut subjek. So, siapa yang dulu, boleh pilih buku yang lebih baik kondisinya. Kesian saya...:)




Siap! Umi tukang potong plastik, Walid tukang balut.
APA YANG PENTING KERJASAMA... lagu selingan Wonderpets...:)



Hari ni, buku diserahkan semula kepada cikgu.

Selamat belajar Abang!

No comments:

Post a Comment