Friday 10 February 2012

Journey of Love 1/2012 - Walimatul Urus Abg Cik (AC) D3

This is the day! Ijabkabul and tea ceremony akan diadakan petang dan malam nie. Jadi, pagi ni saya hanya touch up hantaran dan apa yang patut. Kaum keluarga akan sampai sekitar t/hari.

Kami mengambil peluang waktu pagi yang masih terluang utk ke Tg Dawai. Ikut kata mak, my nieces selalu ke sini utk makan2. Macam best je kan. Saya x pernah ke sini tapi sedikit info yang saya tahu ini perkampungan nelayan. 

Rupanya, TD terletak lebih kurang 40km dari SP. Dari SP, ambik arah Merbok, anda akan sampai ke TD ni. Mula2 saya dah panik, sampai di pekan Semeling, dah x nampak sign board TD. Melintasi pekan tersebut baru nampak semula sign board TD, Yan & UiTM Merbok. 

Inilah UiTM Merbok
Ini kali pertama saya sampai ke TD. Kebetulan hari ini hari Jumaat, maka kebanyakan nelayan tidak turun ke laut. Jadi, harapan untuk membeli ikan fresh di jeti x kesampaian. Yang banyak terdapat di kiri kanan jalan adalah kedai menjual hasil laut yg telah dikeringkan - ikan kering, udang kering, keropok, ikan bilis, belacan dsbnya.
Jeti ni boleh menghubungkan  TD ke PM. Semalam saya ke PM berkereta, hari ni ke TD juga berkereta. Maknanya dua2 tempat ni accessible thru jalan darat..:)
Kami sempat makan pagi di sebuah gerai di sini. 
Nasi lemak ikan masin, tersangat osem sambal dia.

Bot nelayan
Dalam imaginasi saya, TD ni kawasan orang kita, tapi rupanya kebanyakan nelayan/peraih adalah kaum Cina. Kami sempat meninjau satu tempat pemunggahan ikan, tapi ikan2 tersebut sedang diproses untuk dijadikan ikan kering, bukan untuk di jual.

 Memandangkan tiada apa yang menarik, kami pun balik ke SP. Otw balik terjumpa satu kedai runcit. Minta B belikan ikan dan saya terkejut sangat bila B kata dia beli ikan 2kg. Dalam hati, mesti mahal nie. Rupanya ikan kembong tu hanya RM3.50 sekilo dan ikannya memang segar2. Maklumlah, di kampung nelayan.

Akad Nikah
Jam 3 ptg, upacara akad nikah diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna.

Pengantin
Tea Ceremony & Reception
Pada malam hari, diadakan majlis resepsi oleh pihak pengantin untuk family and close friends. Memandangkan SIL saya mixed Chinese-Malay acara malam ini bertemakan Chinese wedding, khusus diadakan untuk ahli keluarga uncle yang berketurunan China  mengikut tradisi perkahwinan nenek moyang mereka.

Congratulations!
Menu pada malam tersebut:-
The menu
Half way makan, upacara minum teh diadakan, dimulakan oleh bapa pengantin perempuan. Kami amat teruja kerana ini kali pertama menyaksikan upacara ini. Upacara ini mirip acara merenjis/menepung tawar pengantin dalam adat kita. Bezanya, pengantin berdiri ketika menghidangkan teh, dan orang yang merestu (?) akan duduk di kerusi. Mereka akan mengembalikan cawan teh tersebut beserta ang pau. Time diorang hulur ang pau ni, audience akan bertepuk tangan dan bersorak. Sangat meriah. 
Uncle ready for the tea ceremony
Then, sambung makan lagi. Tup2 MC invite semua anak2 buah, sepupu sepapat yang masih bujang dipersilakan naik ke pentas untuk menerima ang pau dari pengantin. Terus letak chop stick, sudu garfu segala ai kendong opal naik stage amik ang pau. Abang plak di dokong oleh B. Memang excited sebab first time experience ni. Berebut la kitorg yang family Melayu nie..:)

Lepas acara potong kek, bermulalah acara karoake. Masa ni ramai yang dah minta diri. Tapi sempat la dengar 1-2 lagu Mandarin yang didedikasikan kepada pengantin. Since Opal dah tido, kitorang pun minta diri jugaklah. Ingat nak ngeteh tapi ngantuk pulak. 

Esok, acara bersanding plak. Sampai Abang pun dah confuse bila cakap esok p.cik kawin lagi. Banyak sangat acara tu acara nie.. hahaaa

No comments:

Post a Comment