Wednesday 15 February 2012

D'King Restaurant

Restoran yang osem ni sebenarnya dijumpai secara tidak sengaja sewaktu kami dalam perjalanan ke Pantai Merdeka tempohari. Selepas exit Plus SP (S), teruskan perjalanan anda hingga ke simpang 4 kedua - sehingga anda nampak Giant di hadapan anda. Kiri anda ke Tikam Batu-Pantai Merdeka. Kanan anda ke SP semula. Berhadapan dengan anda itulah D'King (berhadapan Giant).

Ini kali pertama saya merasa penangan Mee Udang dan sungguh percubaan pertama ini tidak mengecewakan langsung. Sangat lazat sampai masih terasa hingga ke hari ini (poyo je!). 


Ini area berbumbung yang ekslusif but open air. If nak duduk kat pondok2 pun ada or ordinary table pun ada
Mewah sungguh mee nie dengan udang yang besaq. Kami satu family semua pilih mee udang so dia serve dalam mangkuk besar ni. If u datang ngan ofis mate / friends etc blh minta individual plate. Harga RM10 per head utk mee udang laut and RM7.50 per head utk mee udang sangkar. Kami order utk 3 adult tapi rasanya cukup utk 5 orang dewasa


Selain specialty mee udang, juga ada ikan bakar, seafood dsbnya
Review:-
a. food 8/10
b. servis - overall good cuma minah yang amik order kitorg tu kerek skit, minta menu dia selamba je cakap "xyah menu bang, semua dalam kepala otak saya ja" - indah sungguh bahasa kan? 
c. kebersihan - tip top
d. harga - reasonable 
 e. ambiance - good even you bawak family pun. Kawasan restoran lapang dan x crowded. Parking pun senang

Overall saya amat berpuas hati dan x keberatan recommend anda utk datang ke sini.

No comments:

Post a Comment