Alhamdulillah doa dimakbulkan. Bantuan SARA Madani (SARA untuk Semua) bukan saja dikekalkan tapi akan diberi 2x untuk tahun 2027.
Pemberian akan diberi sebelum Aidilfitri dan sekali lagi bulan Ogos rasanya. Dasawarsa tu maksudnya dekad. 7 dasawarsa = 70 tahun ie merujuk kepada 70 tahun kemerdekaan negara tahun depan.
Ummi: Dasawarsa tu apa ?
Angah: Dasawarsa tu 1 dekad (10 tahun)
Ummi: awat guna dasawarsa? Awat tak dekad ja? (I like to stimulate his thinking)
Angah: sebab PMX nak kita berfikir
😁
Selain tu ada juga perkataan norja dan marbut yang menarik perhatian kami dalam Belanjawan kali ni. Maksud noja dan marbut ni ialah ringkasnya staff sokongan masjid/surau yang terlibat dalam urusan kebersihan dan keselesaan rumah ibadat tersebut.
Selain SARA ni, cukai individu tu juga antara habuanlah yang boleh dinikmati. In this case Walid la... Ummi dan anak-anak yang dibawah tanggungan beliau dapatlah juga tempiasnya.
Alhamdulillah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dinaikkan kepada RM 200. BAP ni sangat membantu khususnya untuk Ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.
Alhamdulillah adalah manis-manis juga untuk kami.
Apa lagi yang menarik perhatian kalian dlm Bajet kali ni?



