Monday, 22 November 2021

Ubi Kayu Rebus

Musim hujan ni kalau dapat pekena ubi kayu rebus dengan kopi O nikmatnya :D 

Sejak kecik makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. Bila bersahabat dengan Mommy Zya baru reti makan ubi kayu rebus ni dengan sambal tumis. 

Ada jiran setaman jual ubi kayu ni. Elok semuanya, ubi muda bukan tua yang dah ada rasa-rasa pahit, keras atau masuk angin. 

Basuh bersih tanah/pasir then toreh kulit dalam dan kopek. Kulit dalam ni kadang warnanya pinkish, lawa! 

Putih melepak dah hah... 

Rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Nak cepat guna Noxxa je :) 

Sedap dibuat minum petang.  





Beras Nagasari

Beras jenama Nagasari is our current favorite. Bila dimasak, nasinya lembut tapi tak berketul-ketul. Anak4 suka nasi lembut, Ummi pula suka nasi sebiji-sebiji (lerai). Kena sangatlah dengan selera seisi keluarga. 


Beras ni dibungkus oleh Bernas di negeri Jelapang Padi. Bangga ceq :p 


Kalau ke Utara, nampak sawah padi terbentang luas di tepi lebuhraya PLUS, sebelum sampai Alor Star tu, situlah Pendang. Lalu kat situ tak pernah tak cantik pemandangannya. 

Pengedarnya Syarikat Era Bayam Kota (EraBK) yang telah menjadi anak syarikat Bernas sendiri sejak 2018 (info dari laman Web syarikat). Syarikat ni ada keluarkan juga produk domestik lain seperti susu pekat dan minyak masak. Produk-produk ni belum try lagi. 

Beras ni buat nasi goreng pun sedap...

Nampak tak nasinya sebiji-sebiji? 

Finally, nak buat disclaimer sikit. Ini bukan iklan berbayar ye. Hanya perkongsian ikhlas dari  Ummi  yang suka makan nasi. Selagi tak makan nasi, at least sekali sehari, selagi tu considered belum makan 😂😂😂 



Sunday, 21 November 2021

Nangka ~ Tuaian Pertama

Tuaian pertama nangka arwah Tok tanam. Hari ni tergerak hati nak jenguk pokok nangka tu sebelum masuk rumah. Bau wangi! Dah masaklah ni, alhamdulillah. Dapat juga tuai buahnya. 

18/8 perasan pokok nangka arwah Tok tanam ni dah lekat buahnya. Sebelum-sebelum ni dah mula berputik tapi asyik gugur je selepas beberapa ketika. "Baru nak belajar berbuahlah tu .." kata arwah. 

18/9 kami balut buahnya atas nasihat Tok Ayah. Sejak tu memang kerap Ummi periksa buahnya. Besar harapan agar bertahan hingga masak. 

Hari ni 21/11, 4 hari lepas genap setahun Tok meninggal,  kami tuai hasilnya...

Alhamdulillah inilah hasilnya ... Isi banyak, manis sangat. Harum semerbak sampaikan Kakak yang duduk di tingkat atas terus turun ke bawah cari buah nangka. Banyak ulas dia makan sampai Ummi suruh stop. Takut kembung! 

Sebelum potong buah nangka, ambil minyak masak sapu pada mata pisau dulu. Nak elak getah melekat pada pisau. Petua orang tua-tua...

Bahagian yang buruk tu sikit je. Selebihnya memang elok semuanya. Ummi tak pernah baja pun cuma rajin siram dengan air basuhan beras atau ikan. Lepas ni nak trim sebab dah tinggi pokoknya, hampir cecah wayar letrik TNB. Kata Tok Ayah, tinggi sangat nanti susah nak ambil buah. Betul jugak tu. 

Dah berhajat nak berbagi rezeki dengan jiran-jiran. Alhamdulillah Allah makbulkan. 

Hadis Nabi SAW ada menyebut, 
"Bukanlah seorang Muslim yang menanam  tumbuhan dan tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang atau burung, tetapi tanaman ini menjadi sedekah baginya hingga hari kiamat." (HR Muslim).

Mudah-mudahan beroleh pahala sedekah buat arwah Tok. 


Saturday, 20 November 2021

Al Fatihah ~ Cg Hamdan

Guru Al Quran Walid meninggal tengahari semalam. Berita duka tersebut dimaklumkan oleh anak perempuan arwah yang juga rakan sekolah Walid. Arwah juga adalah jiran dan kawan mertua di Jitra. Sekarang menetap bersama isterinya di Putrajaya.  


Pagi ni kami sekeluarga turut sama ke Putrajaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Sempat sertai solat jenazah dan pengebumian arwah di Presint 20, Putrajaya. 

Surau Al Furqan Precinct 11 tempat persinggahan akhir arwah; dimandikan dikafan dan disembahyangkan. 

Ramai yang mengiringi jenazah arwah. Mungkin berkat beliau mengajar Al Quran maka pengakhirannya sangat mudah.  Ummi tak kenal pun arwah tapi kata Walid rata-rata penduduk di kawasan perumahannya mengaji Al Quran dengan arwah. Walid, Paklong dan Paksu juga sama. Tadi pun ada beberapa orang teman sepermainan Walid yang hadir. 

Pasukan petugas yang menguruskan pengebumian. Terdapat juga petugas keselamatan (security) yang menjaga lalu-lintas. Segala urusan sangat mudah dan lancar. Cuaca juga cantik, alhamdulillah. Mungkin ini juga 'bahagian' arwah.

Al Fatihah untuk arwah Cikgu Hamdan. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin. 

Resepi ~ Udang Nestum

Resepi Udang Nestum ini sebenarnya dikongsikan oleh admin akaun IG arwah Siti Sarah. Sebelum arwah meninggal pun Ummi suka tengok video masakan arwah. Gaya arwah bersahaja je masak sambil berceloteh dalam loghat Ganu pekat. Memang asyik gelak je bila tengok video-video arwah. Yang penting, resepi-resepi yang dikongsikan simple je...

Ummi dah try 2-3 resepi arwah tapi untuk kali ni kita belajar resepi Udang Nestum dulu ye :)

Resepi: Udang Nestum
Sumber: Media Hiburan

Bahang-bahang :p
Udang
Tepung jagung
Lada sulah 
Putih telur
* Gaul udang bersama tepung jagung, lada sulah dan putih telur. 

Bahan Nestum
Nestum 
Gula
Susu tepung 
Garam 
** Nisbah Ummi letak 3:2:1:1/2 (ikut turutan)
*** Gaul sebati semua bahan di atas

Bahan tumis
Butter  (1-2 sudu)
Bawang putih - dicincang
Cili api 
Daun kari

# Sukatan semua bahan agak-agak je, ikut pada kuantiti udang.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng udang yang telah digaul dengan tepung jagung, lada sulah dan putih telur hingga keemasan. Angkat dan toskan
2. Di dalam kuali lain, cairkan butter. 
3. Tumis bawang putih dan cili api
4. Bila sedikit garing, masukkan daun kari. Tumis hingga wangi

5. Kemudian, masukkan Nestum yang telah digaul sebati dengan gula, susu tepung dan garam. Gaul sebati hingga agak kering dan garing

6. Masukkan udang goreng tadi dan gaul sebati. Tutup api. Siap! 

Sedap!
Cuma next time udang kena goreng garing lagi. Pakai udang laut yang besar macam  di Medan Ikan Bakar MPPD lagi sedap rasanya. 

Didoakan agar arwah tenang di sana. Moga perkongsian resepi arwah dikira ilmu yang bermanfaat yang  mengalirkan pahala berpanjangan untuknya. 

Selamat mencuba 🤗




Friday, 19 November 2021

Abang ~ Persediaan ke Asrama

Alhamdulillah tumpang happy bila dapat tahu ada anak-anak F1 yang dipanggil untuk 3rd intake ke SBP/SMKA. Setakat ni tak dengar lagi kawan-kawan SRAI Abang yang berjaya dalam rayuan kali ni. Untuk 2nd intake hari tu (regi 13/6)  ada beberapa orang kawan Abang ditawarkan ke INSTAR, SMKA Hj Mohd Yassin, SBPI Temerloh dan ada juga dapat sekolah Abang sorang. Adalah geng lelaki dari SRAI. Tahniah anak-anak dan mak-maknya 😘

3rd intake ni khabarnya akan regi 23/11 ni, Selasa depan. Jomlah Ummi kongsi sikit persediaan Abang masa nak masuk asrama tempohari... Untuk makluman, Abang di SMKA TMUA. 

A. Pakaian 
1. Uniform sekolah 
Uniform asal Abang kemeja putih + seluar hijau gelap. 

Bila dilantik sebagai pengawas, tukar pakai kemeja biru + seluar hitam. Baju ok harga tu tapi seluarnya kemain mahal, RM89.90. Plus size, harga pun extra ler.... Beli di  Pasaraya Ekonomi Kawanku Greenwood. 

2. Baju PJ dan prep 
Ini beli di koperasi sekolah. 

Baju merah pakai 2x seminggu, baju oren pakai prep hari Sabtu. Prep malam pakai baju Melayu dan slack hitam. 

3. Kasut hitam
Rasanya mostly pakai kasut hitam bertali untuk SBP/SMKA kan? Kasut kulit/PVC beli di Bata. 

Harga RM129 kalau tak silap. Bata Comfit. 2-3 outlet Bata juga kami pergi sebab takde size.

Selain tu kena sediakan kasut sukan, sandal dan selipar. Stokin bercetak nama sekolah beli di koperasi. 

4. Baju batik
Baju batik + seluar hitam pakai hari Khamis dan waktu outing/balik bermalam. 

Terpaksa ambil baju display. Again, this is the only piece left untuk saiz anakanda :) Ini pun beli di koperasi asrama. 

5. Jubah TMUA
Takde pulak gambarnya 😅 Jubah pakai hari Khamis malam Jumaat. Kopiah TMUA pun ada cuma stok belum sampai.

6. Baju Melayu 
Baju Melayu pakai hari Jumaat, siap bersampin sekolah. 

Sampin pengawas. Sampin biasa warna maroon. Sempatlah pakai 1-2 kali je sebab kelas Abang PJ hari Jumaat.

Lain-lain tu songkok hitam, tie sekolah, seluar kecik, singlet dan pakaian biasa; T-shirt polos dan track bottom. Ummi bekalkan kain pelikat, kopiah, tuala, sapu tangan, sejadah... Setiap barang ni letak nama. Itupun ada yang hilang juga 😅

B. Keperluan Asrama

Cadar, selimut dan sarung bantal beli di koperasi sekolah. 

Keperluan lain termasuk baldi, gayung, toiletries, sikat, bedak, minyak rambut, sabun dsbnya. Face mask & hand sanitizer tu wajib. Sekarang KF94 dah murah, beli yang tu untuk Abang pakai sepanjang waktu sekolah. Selesa katanya. 

Al Quran, Surah Yasin bawa juga esp for TMUA students yang hari-hari berdamping dengan Al Quran.

C. Peralatan Sekolah
Buku tulis, buku latihan, set PSV, kalkulator semua beli di koperasi sekolah, standard set. Nak beli asing pun boleh sebab harga di koperasi boleh tahan juga 🤭

Erasable pen Ummi panggil sebab pen ni boleh dipadam dakwatnya .. Ini Abang guna untuk tahriri. Setiap mukasurat yang dihafal kena salin semula ke dalam buku khas yang dipanggil buku tahriri. Nak pakai pen biasa pun boleh cuma kalau salah kena padam guna liquid paper tu tak cantiklah. Beli di JL Office Sri Gombak. 

Beg sekolah jangan lupa : p 

D. Medical checkup dan isi pelbagai borang 

Lenguh tangan nak isi borang haha... 

Masa nak masuk SAMTAK lagi banyak borang :) 

E. Yuran 
1. Yuran/Sumbangan PIBG 
Yuran PIBG ni bergantung kepada sekolah. 

2. Yuran makan asrama
Yuran ni ikut pendapatan; RM4999 ke bawah kadarnya RM1/hari. RM5000 ke atas kadarnya RM3/hari. Standard rasanya untuk semua sekolah KPM/SABK. Untuk tahun ni bayar untuk 66 hari saja bagi yang masuk 1st intake. Intake seterusnya lagi kuranglah, bergantung pada tarikh daftar asrama yang telah ditetapkan. 

Tu je kot :)





Thursday, 18 November 2021

Cili Mati 😆

Ajak Angah dan Kakak breakfast kat porch hari ni. Saja, nak menikmati suasana pagi yang sangat indah hari ni. 

Kakak: Pedaslah nasi lemak ni Ummi
Angah: Aah la Ummi, pedas! 
Ummi: Ialah, ini kan nasi lemak Negeri Sembilan. Nasi Lemak Uwan namanya

Ummi sambung lagi... 

"Orang N9 kan suka makan pedas.  Masak lemak depa pun guna cili hidup tau, letak banyak-banyak..."

Tiba-tiba Kakak menyampuk...
"Jadi, kalau Ummi masak, Ummi guna cili mati la ye???"

😂😂😂