Friday, 16 September 2016

Al Fatihah ~ Datuk Dr Haron Din


Jumaat
16 September 2016 / 14 Zulhijjah 1438H

Kita kehilangan sebutir lagi permata ummah. Moga Allah mengampuninya, merahmatinya serta menempatkan beliau dikalangan para solihin dan muqarrabin.


 







Selamat berehat tuan guru...

Thursday, 1 September 2016

Nasi Bamboo Sg Klah




Keluar je dari exit Sungkai, dalam 200m macam tu ternampak satu kedai makan, Nasi Bamboo Sg Klah (NBSK). Hampir serentak saya & hubby cakap "kita kena try ni". Then baru teringat tempat ni yg femes tu. Tak sangka pulak kat tepi jalan je. Ingatkan kat hulu sungai mana la kan...

Sampai ke malam kami dok sebut nak makan kat kedai ni. Macam dah kena mandrem hahaha. Breakfast pagi tu pun makan roti canai je, which is very unusual for me. Paling koman pun biasanya nasi lemak bungkus esp bila nak travel. Kami breakfast di restoran yg terkenal di Teluk intan Ghulam Rasul. Signature dish nasi kandar dgn ayam goreng. Kami try ayam goreng je, seketul kongsi ramai2. Punyalah nak 'simpan perut' makan di NBSK. Lagipun food utk lunch belum ready. 

Ayam ni memang sedap sangat2. Please try if you are here. 

Lepas breakfast kami terus check out. Sampai di NBSK dlm pukul 11 lebih. Bukan setakat org dah ramai, orang yg dah habis makan pun ada! Kedai dibuka jam 10.30 pagi setiap hari kecuali jumaat. 

Saya terus ke kaunter nasi. Order nasi, bayar then dia bagi order kita yg diletakkan dlm dulang besar. Utk lauk, air dan sayur kaunter lain. Setiap station tu ada cashier masing2. Bayar dulu then makan. 


 Saya order nasi bamboo 2 set (rm2.50/set) dan 3 nasi tambah (rm2.00 satu). Setiap set nasi bamboo tu didatangkan dgn telur asin, sambal, ulam, sambal kelapa (marvelous) dan kuah kari. 


 Untuk lauk saya pilih ikan kembung bakar (rm8.00 seekor), kambing bakar (rm10.00 sepinggan) dan 2 jenis kerabu (rm3.00 semangkuk). Then hubby ambik kari ayam kampung (rm6 seketul). 

 Kambing bakar ni a must try OK




Untuk air, kitorang ambik air sirap satu jug (rm6). Berlebih2 sampai boleh tapau :)



Memang femes tempat ni. Tengoklah siap ada T-shirt seniri utk jualan. Tempat ni terkenal esp dikalangan bikers. Hari tu pun penuh dgn geng bikers ni. 

Dah hampir seminggu since we visited this kedai, dah terasa nak repeat. Memang sah kena mandrem! 

Wednesday, 31 August 2016

Selamat Hari Merdeka



Kemana kita cuti hari ni? Kami hanya lepak di rumah, makan tidur & tengok TV :) kebetulan pulak hari ni mendung dan hujan juga sekejap petang tadi, memang sedap layan bantal hehe...

Malam tadi jiran kami, Tn Kasim jemput ke rumahnya, ada makan2. Saya dah masak utk dinner then baru B inform ada jemputan makan. Dua kali dinner lah malam tadi. Ada nasi putih lauk masak lemak telur itik, sambal sardin, telur asin, ikan masin sambal belacan & ulam, bihun goreng, kuih durian & roti serta buah-buahan. Menu semuanya irresistible. 
Sebab last minute invite, saya bawak buah oren & lai je. Lepak lama, sedar2 dah pukul 10.45. Kesian Adik, dah mengantuk. Umi sibuk bersembang dgn jiran2. 

Angah dan kawan2 sambut merdeka di sekolah. Comel topi rabbit yg cikgu dia buat. 

Selamat hari merdeka! 

Sunday, 28 August 2016

Selamat Pengantin Baru Ida & Man



Sabtu lepas kami ke Teluk Intan, meraikan hari bahagia Ida dan pasangannya, Man. Sebelum ke sana, kami singgah ziarah Mak dulu. Moga kesihatan Mak kembali stabil. Bimbang jugak sbb ada ura2 Mak kena buat dialysis. Harapnya tak perlulah sbb Mak pun dah 76 tahun, takut tak larat nak harungi all the procedures. Once dah buat, kena buat sepanjang hayat. Tolong doakan ye...

Sebelum ni dah 2 kali kami ke rumah ida. So takdelah nak sesat or susah2 cari jalan. Kami sampai rumah ida sedang elok timingnya. Tengah makan pengantin lelaki sampai. Orang situ2 jugak suami ida ni. 


Usai makan, kami lepak sekejap sementara pengantin bersantap. Tak dapat nak borak lama dgn makcik & pakcik (parents ida)... Ramai orangkan... Lepas bergambar dgn pengantin kami minta diri. 

Kami ke pekan Teluk Intan. Check in kat satu hotel ni utk berehat & bermalam. Awal2 lagi dah stand by baju kot2 malas nak balik kl on the same day. But dah alang2 bawak baju memang tidoq sinilah kan...


Petangnya kami meronda, tengok menara condong. Ini first time saya melawat menara ni. Pernah lalu je sebelum ni tapi tak singgah. Ada bazar rupanya di sekitar menara ni. Orang pun ramai. 

Kami dinner kat restoran ni. Food sedap and murah. Empat main menu; (mee goreng, nasi goreng daging merah, nasi goreng kampung & nasi goreng hailam), air sorang satu (5 org) dan keropok harganya rm30.80. Saya recommend. Hubby pernah makan sini masa dia outstation before. Kedai tu satu jalan dgn grand court hotel & kfc, sebelah kiri. 



Untuk ida & man, selamat pengantin baru. Selamat menempuh alam rumahtangga, moga berbahagia hingga ke syurga. Aamiin. 

Untuk hubby, happy birthday.
I love you! 

Saturday, 20 August 2016

Puding Roti Resepi K.Jee



Masa jamuan raya sekolah Abang hari tu kelas Abang ditugaskan untuk bawa sandwich. Saya buat sandwich sardine & telur. Kerak @ frame roti tu kan banyak, sayang pulak nak buang. Saya buatlah puding roti, ikut resepi K.Jee. Alhamdulillah menjadi seperti yg saya hajatkan. Sebelum2 ni pernah buat tapi takde yg kena dgn selera saya. Tapi kali ni memang marvelous. Anak2 pun suka, depa snacking petang2. 


Since hari tu asal ada je kerak roti, buat je puding roti. Resepi pun dah hafal :)


Cuma tang bakar tu saya tak ikut k.jee. pernah try tapi oven saya kuat sangat kot api, hangus jika set suhu 180°c. Saya set 150°c, api atas bawah 1/2 jam then 15 minit lagi api atas sahaja. 

Terima kasih k.jee atas perkongsian resepi ni. Senang dan tak perlu banyak bahan. I like :) 

Sunday, 14 August 2016

Honda Coloring Contest



Hubby sent me these ads. I was thrilled to bring Abang & co for this contest. Dah lama tak participate in this kind of event.

First we took Nadeen for her 2-m/o jab at Shanaliza. She is weighed at 5.7kg on her 83rd d/o. What a progress! sekarang ni memang lenguh kalau angkat dia lama2... 

Then we went straight to Weststar. This event is organized by Honda at their authorized dealers & distributers nationwide. 




Abang yg paling excited sebab he was motivated by the hadiah. Bukan ticket F1 tu, tapi voucher Toys r Us tu yang dia idamkan. 

For me, the experience & exposure is more important. Kalau menang tu bonus. 

 Agak2 bole menang ke? 

 Angah siap dulu. Time given 3 hours, 11.30-1.30. Tapi tak sampai 1/2 jam dah siap dia color. Mulalah nak main jalan sana sini. 

Ini Kakak punya. Dia dah boring color, terus dikeronyoknya gambar tu. Lawak la Kakak :) utk Kakak kami tak hantar pun hasil 'karya' dia, bawak balik rumah dia buat main. 

Dah hantar Abang & Angah punya gambar, we went to kenduri kawin at kolej vokasional Gombak. Lunch kat situ. Thanks to k.zai & Dr zairi for the invitation. Tahniah dapat menantu 2 orang sekaligus. Alhamdulillah. 



Wednesday, 10 August 2016

Telekung untuk Kakak



Dah lama saya berhasrat nak belikan Kakak telekung. Dah marked dah blog k.mila utk order telekung. Tapi asyik bertangguh disamping nak bagi peluang Kakak besar sikit. Tunggu dia pandai appreciate & tau fungsi item tu. But of late she keeps asking me to buy a telekung for her, especially when we solat together. This is the right time right? It is a good investment too... She has a sister now. Remember Nadeen? 

At the same time, K.Mila is having a clearance sale for her homemade telekung. Willing seller willing buyer kekdahnya :p Last week we met at her place and bought a telekung for Kakak. Comel2 belaka telekungnya. Respect & admire k.mila for her talent & creativity. Moga terus sukses ye sis! 




Both hubby & I are elated looking Kakak in the pink telekung. She is of course over the moon you! Hahaha... 

Rajin betul dia solat sekarang hehe... Asal dengar azan je cepat2 ambik telekung & solat. Alhamdulillah :)