Kecoh la malam tadi di group WA sekolah anak³ pasal penutupan sekolah ni.
Mula-mula kenyataan YB Menteri KPM dikongsikan oleh ibu bapa yang nak tahu status penutupan sekolah ni. Ada yang menekan-nekan, ada yang chill-chill je. Iyelah yang bekerja tu nak kena fikir kebajikan (makan minum, babysitting dsbnya) anak-anak sekiranya sekolah tutup. Nak plan/ambil cuti pula bagi yang anaknya di asrama. Macam-macam la kena fikir dan atur agar semua urusan berjalan lancar.
Tapi SRAI kena tunggu pengesahan JAIS dulu.
Kenyataan media JPWKL.
Akhirnya sekitar jam 9 mlm JAIS sahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya ditutup bermula 9 Oktober 2026.
Anak-anak asrama pun sekolah tutup juga.
Maka, hari ni bermulalah PDPR.
Tenang Ummi tenang 🤭



Memang elok pun sekolah ditutupkan sebab jerebu makin teruk. Moga cepatlah hilang jerebu semua ni
ReplyDelete