Hari ni Ummi busy, ada report card day anak² di asrama.
Que dekat ½ jam, Ummi jumpa guru kelas sekejap je. Alhamdulillah semuanya memuaskan untuk Kakak. Kalau konsisten masa UASA nanti, ada harapan naik pentas. Untuk anugerah kecemerlangan ikut keputusan UASA.
Alhamdulillah hari ni juga berjaya bayar Yuran Makan Asrama anak².
Angah: RM 801/setahun
Kakak: RM 796/setahun
Menabung RM200 sebulan, cukup 7 bulan dapat selesaikan YMA Angah dan Kakak.
Yuran SRAI ni kena tunggu kelulusan JAIS dulu baru boleh kutip. Ramai yang berbunyi sebab tak boleh bayar terus masa bulan January. Takut terguna atau jadi bertimbun pula jumlahnya. Style kami, allocate siap² dan simpan setiap bulan. Kalau nak bayar gedebuk gini menggelupur juga. Semua anak sedang bersekolah, besar belanja jadi kena manage betul2 kewangan. Apapun syukur selesai bab yuran setakat ni.
No comments:
Post a Comment