Sunday, 30 November 2025

Saman Trafik 🫣

Sebelum ke Melawati Mall dan M3 Mall tu kami ke Weststar dulu. Ambil insurance (cover note) dan road tax kereta Walid. Boleh je buat sendiri, tapi dah terbiasa minta diorang uruskan bab road tax dan insurance kereta kami. 

Dapat beg satu. 
Weststar ni tak kedekut, everytime service kereta atau renew road tax dengan depa, mesti ada souvenir 👍🏻

Masa nak renew road tax tu, ada kisahnya. Walid dah submit details semua dekat staff Weststar ni tapi 'tersangkut'. 

"Blacklisted la encik, ada saman"  
🤭

Rupanya ada saman trafik tahun 2022 dan 2023. Saman AWAS/AES, lebih had laju. Dekat highway sedaplah tekan minyak kan Walid? 
Last year renew road tax lepas je. Takde isu apa². Itu yang tak perasan. Rupanya sekarang kalau ada tunggakan saman, memang tak boleh renew road tax. Kena setelkan dulu samannya. Denda had laju ni RM300 utk satu kesalahan. Tapi sekarang ada diskaun 50%, sampai hujung tahun 2025 ni kalau tak silap. 

Selesai bayar saman, baru boleh proceed untuk renew road tax. Alhamdulillah. 

Alang² tu checked sekali status saman kereta Ummi. 

Alhamdulillah clear 😁
Patutlah masa renew road tax kereta Ummi (months before) smooth je, takde saman tertunggak agaknya. Apapun syukur, semuanya dah selesai. 


Beli Buah @ MBG Melawati Mall

Sebelum ke M3 Mall tu ke Melawati Mall dulu. Walid nak beli baju, Ummi pula nak cuci mata je, kot. Kot tu kena letak, takut nanti terbeli juga barang :p 


Pusing sana pusing sini, last² Ummi ke MBG. Tujuannya nak cari jus. Belum minum air manis pagi tu, rasa something tak kena pulak. Dapat gula rasa bertenaga sikit badan. Baru ada mood nak shopping :p 

Pertama kali Ummi beli dan makan Pisang Kaki (persimmon). Jenis Sweet Persimmon, from China. 6 biji RM10. 

Tekstur buah macam prune tapi rasanya manis sangat. Boleh beli lagi. Sedap. 

Beli juga Epal Strawberry. 
Nampak menarik. Ummi ingat buah epal rasa strawberry haha.... Rupanya rasa epal juga cuma saiznya je kecik, macam buah bidara epal. Rangup buahnya. Sedaplah makan sambil tengok TV ke nak snacking sambil buat keja ofis ke... Harga RM29.00/kg. 

Suka MBG ni sebab ada macam² buah yang jarang atau tak pernah jumpa. Ada dragon fruit kuning, tapi Ummi tak beli sebab dah beli persimmons dan strawberry apple ni. 

Cempedak tu beli sehari sebelum tu. 
Dah selamat digoreng semuanya. 




Saturday, 29 November 2025

Eco-Shop Haul

Minggu lepas Ummi ke Eco-Shop dalam M3 Mall, Taman Melati. Bila masuk ES ni macam² la yang dibeli kan... 

Makanan kering dan barang dapur (barang kering). 

Jajan

Cleaning products/items.

Personal items.
Penggaru tu best pulak buat garu kaki @ belakang 😆
Abang suka benda alah ni. 

Sarung tangan untuk berkebun. 

Pembalut hadiah. 

Itu ini begitu begini, habis juga RM50. Tapi dapat banyak barang, hati gumbira :D 

Friday, 28 November 2025

Cucoq Cempedak

Biasalah, orang Kedah semua cucoq :D 

Sarapan pagi tadi... 
Cempedak tu dah beli 2-3 hari lepas, ada jual di kedai Acheh dekat rumah ni. Sekilo RM9. Tak tahulah mahal ke murah. Dah lama tak beli cempedak pun. Yang Ummi beli ni RM12.50, kecik je nampak tapi sekilo lebih juga. 

Ummi goreng 6-7 ulas je, nak makan sorang je. Esok² la goreng lagi baiknya. 

Isi kecik, biji pun kesit (kecut). 

Alhamdulillah sedap makan time hujan² ni. Nak bancuh kopi O, takdelah pulak stok. Bun Puazz tu tak makan pun. Kenyang makan cempedak goreng tu je. Boleh je sarapan gini kalau sorang². Tapi kalau ada Walid dan anak⁴, nak juga makan makanan berat. 


Thursday, 27 November 2025

Ribut Tropika Senyar

Sejak semalam kecoh tentang Ribut Tropika Senyar yang diberitakan oleh Met Malaysia akan melanda beberapa negeri termasuk KL, Selangor ni... 

Bila dah dikeluarkan amaran begitu, risau dan berjaga-jagalah juga kita. 

Info tentang Ribut Tropika Senyar. 

Bila dengar begini, selain kita alert dengan keadaan cuaca buruk yang diramalkan bakal berlaku, sebagai orang Islam semestinyalah kita bergantung sepenuhnya kpd Allah SWT. Berdoa agar terhindar dari sebarang musibah dan bencana kesan dari ribut ni. Bagus inisiatif JAKIM dan JAWI ni. 


Teruslah kita berdoa wpun diberitakan ribut makin lemah selepas membadai pantai sebelah Banting, PD sana awal pagi tadi. Takut ye tengok video dekat TT. Kuat betul angin. Ribut ni akan bergerak ke sebelah Pahang sana pula. Take care kawan² dekat sana dan stay safe ❤️

Mangsa banjir di 7 negeri pun Ummi dengar radio tadi pun masih ribuan mangsa. 
Allahu musta'an 🤲🏻

Pusat Operasi Pengumpulan Bantuan Banjir di masjid kariah SG. Boleh singgah sesiapa yang berhajat nak serah sumbangan. 

Berita mutakhir 👇🏻

Alhamdulillah 🤲🏻

Ummi ni concerned sebab hari ni Adik Kakak patut ada Kem Pengawas di Hulu Selangor. Syukurlah malam tadi dimaklumkan bahawa program ni dibatalkan sebab cuaca buruk dan ramalan Ribut Tropika Senyar ni. Walaupun kem dibatalkan, still kena ikuti perkembangan cuaca sebab nak kena keluar untuk ambil depa balik sekolah. Kalau hujan berterusan, kena keluar awal dari rumah. Peristiwa terperangkap dalam banjir kilat di Greenwood masih segar di ingatan. Trauma setiap kali hujan, risau air naik mendadak. Keduanya, hari ni Angah PB. Kena rancang juga waktu perjalanan. 

Semoga baik² saja utk kita semua 🤲🏻 


Kakak ~ Rombongan Darjah 6

Lari dari kebiasaan, lawatan Tahun 6 kali ni ke Pulau Mutiara (Penang). 2-3 tahun sebelum ni, lawatan darjah 6 biasanya ke belah² Kuala Selangor, Sabak Bernam sana. Angah dulu ke Laman Cikgu, Tanjung Karang. Ada aktiviti tangkap ikan dalam sawah, mandi palong dsbnya. Aktiviti anak² kampung dulu² la. Sampai sekarang dok bercerita lagi :) 

3H2M @ Penang 

Tapi tahun ni cikgu² pilih pergi ke Penang. Ialah, cikgu² darjah 6 cikgu² yang sama juga saban tahun, nak juga kelainan kan. 

Awalnya berat juga nak bagi Kakak pergi, tengok pada bayaran yang hampir RM400 tu. Boleh beli macam² persiapan untuk masuk asrama nanti (semoga ada rezeki Kakak aamiin). Tapi hasil perbincangan dan pujukan, Kakak sanggup guna duit raya dia maka kami bagi greenlight

Jadual lawatan. Ada beberapa perubahan juga. 

Seperti dijanjikan, bas dah bersedia utk golek tayar pukul 6.30 pg. Tapi itu ini pukul 6.50 pg baru bergerak, dalam renyai² hujan di pagi Jumaat.

Kakak Bas B, bersama bff Nurin. 

First stop, Kampung Agong. 
Kami sekeluarga dah pernah ke Kampung Agong ni pada tahun 2021. Antara alasan yang diberi kpd Kakak supaya tak perlu ikut rombongan ni. Tapi Kakak kata nak pergi dengan kawan² pulak. Ikutlah nak ...
Di sini bebas nak jalan², ikut timing yang diberi. Jadinya Kakak dan Geng Adidas dia memang ambil peluang bergambar sakan la. 



 Anak⁶ burung Adidas :D 

±6.30 ptg checked in di hotel ni. 
Malam tu ikutkan nak ke Padang Kota Lama tapi hujan. Masing² pun penat jadi aktiviti bebas di bilik masing² je la. Hotel ada pool tapi murid² tak dibenarkan mandi. Risau, ramai² ni tak mampu nak control cikgu² pun. 

Kakak merayap ke bilik Medina. Medina suruh VC Ummi hehe....Kakak takde phone sendiri. Mujurlah ramai kawan baik, sudi pinjamkan phone dan ambilkan gambar. 

Esok awal² pagi dah sampai di Bukit Bendera. Antara tempat wajib lawatlah kalau ke Penang. 


Turun dari Bukit Bendera, depa pekena nasi kandaq 😋

Lauk standard semua orang; nasi putih, ayam goreng dan air sirap. Bab makan minum, ticket ni semua ejen uruskan. Bila dah pre-order, cepatlah nak dapat makanan dan tempat duduk. 

Alhamdulillah, cuaca elok dapatlah ke Padang Kota Lama hari ni. Adalah buat aktiviti sikit, main² dekat sini. 

Kemudian ke Penang Art Street, beli souvenir

Depa beli gelang manik sorang satu. 

Sebelum balik hotel, singgah bergambar dulu di Balai Bomba. Semua tempat dan aktiviti dalam itinerary tu depa pergi/buat kecuali Rumah P Ramlee (closed for maintenance/ renovation). 

Hari Ahad, sebelum balik tu bersarapan di restoran mamak lagi. Pelita rasanya yang ni. Breakfast roti canai dan Teh O. 

Masuk pulau hari tu dengan bas. Masa balik ni naik feri. Bas datang jemput di terminal sebelah tanah besar ni. Kemudian terus balik Gombak. Alhamdulillah menjelang Maghrib selamat sampai di sekolah. 

Souvenirs dari Kakak untuk Ummi Walid dan adik beradik dia. Terima kasih banyak Kakak 🫰🏻











Wednesday, 26 November 2025

Serai

Serai serumpun di tepi bangsal
Di padang tandus tiada lalang
Hujan berpohon panas berasal
Mengapa kabus belum menghilang

Jom la Ummi bawa melawat kebun serai Ummi. Kebunlah sangat ahaha... 

Pasu #1 

Pasu #2

Atas tanah. Yang ini Ummi selalu ambil sebab senang nak cabut/potong dan subur rumpunnya alhamdulillah. Masak Nasi Serai kelmarin tu ambil dari rumpun ni la... 



 
Tiga² rumpun ni tak membiak sangat. Pagi ni Ummi gembur² dan tambah tanah sekelilingnya. Harapnya gemuk merimbun macam yang 👆🏻

Ini yang baru tanam minggu lepas dan 3-4 hari lepas. Semoga tumbuh subur hendaknya 🤲🏻