Saturday, 10 May 2025

Fruitful Friday

Jumaat semalam agak sibuk. 

Mula² hantar anak² ke sekolah.
Seram nak lalu gelap² ni sebab construction ECRL ni memang tengah rancak. Kejap tutup lane sini, kejap lane sana. Kena extra careful and alert bila memandu. 

Walid cuti, ada urusan keluarga. 
Breakfast dekat sini tenang setenangnya sebab kami je customer yang ada masa ni 😁

Lepas dropped off Walid di Terminal Putra, Ummi balik ke SG.

Orang singgah di market beli ikan sayur, Ummi beli souvenir 😆
Baru perasan dekat corner market ni ada orang jual barang cenderemata itu yang sakan Ummi borong. 16/5 ni kan Hari Guru... Beli la hadiah siap² utk cikgu², alang² jumpa hadiah yang berkenan di hati. Lega sungguh sebab nak memikirkan dan mencari hadiah ni boleh bikin fenin 🤭

Alang² keluar hari Jumaat, singgah ziarah kubur Tok. Makin banyak wildflowers atas kubur Tok ni. Macam taman bunga :)
Atas kubur Tok ni memang ditanam rumput carpet, wildflowers ni pula tumbuh celah2 tu la. Ummi tak cabut, tapi trimming je rumput & wildflowers ni bagi nampak kemas. Kalau ada anak lalang tu baru cabut. SA pernah tanya hari tu... 
.
Balik rumah selesaikan pula kerja² rumah. Itu ini begitu begini, dah hampir waktu nak kena keluar ambil gegirls pulak. 

Untuk lunch cadangnya nak beli je Nasi Kukus favorite depa tapi depa tak mau. Pulak 😅

Makanya Ummi masak je la...

Ayam Masak Belengas & Nasi Putih. 
Ni je menunya tapi dia punya pulun makan tu, nasi sepiyuk hampir licin. Lauk tu bajet untuk dinner sekali, pun tinggal kenangan dan harapan 😆

Untuk dinner, beli dekat pasar malam je la...

Pilihan anak²

Pilihan Ummi :) 

Hari yang sibuk tapi terisi dengan pelbagai aktiviti, itu yang seronok. 

Alhamdulillah.  

14 comments:

  1. Alhamdulillah semoga dikurniakan hari-hari yang indah

    ReplyDelete
  2. Pelik pula mereka tidak mahu nasi kukus. Telur goreng itu bentuk hati.
    Kiranya hari itu perempuan sahaja yang ada di rumah ya?

    ReplyDelete
  3. Wahh kat market pun ada jual souvenir yee? Cantik pulak tu paperbag dia.
    Comelnya telur tu bentuk star!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paper bag CNY :)
      Yes, guna acuan agaknya masa masak telur tu kan

      Delete
  4. Ummi masak sedap sangat lah tu.
    Mujur ada pasar malam.... selamat ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar tu Kak, masak biasa² je hihi...
      Itulah... Walid diorg takde lagi senang kerja Ummi haha

      Delete
  5. Eh telur tu bentuk bintang. Menarik jugak.

    ReplyDelete
  6. Moga cepat lah ecrl siap, tamat semua construction dan dapat train ke KL dari Kuantan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang pulak harap cepat siap sebab dah tak larat hadap construction-nya :D

      Delete
  7. Sibuk betul PH ye...cantik plak bunga tu..pokok bunga atas kubur MP, dh mati..sedih sangat ..kena la kami beli baru nnati...rumput carpet pun dh choc, nak mati jugak kot

    ReplyDelete