Tuesday 22 January 2019

Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6.


Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6 2019
18 Januari 2019 / Dewan SRAI

Tak ada aral insha Allah bulan 10 nanti Abang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Jangan tak tau, Umminya dah start nervous haha... Jangan BP naik sudah 😅

Untuk pencerahan, ibu bapa anak-anak Tahun 5 & 6 telah diundang ke majlis ni untuk sesi taklimat dan analisa keputusan UPKK, UPSR dan PSRA 2018. Juga dibentangkan program yang telah disusun serta hala tuju para pelajar lepasan SRAI. Alhamdulillah ramai yang dapat menempatkan diri di sekolah-sekolah terbaik. Sekarang ni lepasan SRAI pun dah ada yang berjaya ke MRSM dan SPB. Tiada lagi sekatan alhamdulillah. 


W/bagaimanapun masih ada segelintir ibu bapa yang bertindak menukarkan anak mereka ke sekolah kebangsaan bila masuk darjah 5. Ada beberapa kawan abang yang dah tak sekolah di SRAI mulai tahun ni. Pilihan masing-masing. Bagi kami, SRAI masih yang terbaik untuk kami dari segi pengurusan harian (lokasi, jarak), kewangan, barisan tenaga pengajar, environment sekolah dll faktor seperti yang telah kami pertimbangkan sewaktu awal2 dulu. Untuk Kakak pun kami harap dan berdoa dapat masuk SRAI juga tahun depan. Aamiin.

Batch 2018 telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang jadi untuk Abang dan rakan-rakannya memang kena kerja keras untuk mengekalkan atau mengatasi pencapaian senior mereka. Boleh Insha Allah asalkan ada keyakinan dan usaha. 

Program yang telah disusun untuk Abang dan rakan-rakannya. Dah dapat almanac ni senang nak merancang. Nak bercuti ke, balik kampung ke memang kena elak dari bertembung dengan program UPKK ni. Priority pada Abang dan UPKK-nya. Besar harapan Ummi untuk tengok Abang cemerlang.


Antara pilihan sekolah menengah untuk lepasan SRAI.



Insha Allah ada rezeki Abang di salah satu sekolah ni. Aamiin. 


2 comments:

  1. Sekolah syafi bulan depan rasanya meeting

    ReplyDelete
  2. kebetulan, jumaat lepas aida gi taklimat UPSR for syuhada.
    hadoi. saspen!
    rabu depan da start ujian 1.

    ReplyDelete