Thursday 22 December 2016

The Jana Kampung Living Sanctuary @ Taiping Golf Resort



Plan asalnya nak book apartment semasa bercuti di Taiping tahun lepas. Tapi fully booked. Jadi kami pilih chalet. Dua unit 2-room chalets dan satu unit 1-room chalet utk Umi Ayah. Cantik tempatnya ala kampung. Keliling rumah ditanam dgn pelbagai pokok buah-buahan dan ulam-ulaman. Subur menghijau pulak tu.


Chalet ni terletak dalam golf course ni lah jugak. Namanya Jana sempena nama tempat ni, Bukit Jana. 

Basically chalet ni semuanya lengkap. Cuma unit yg kami duduk tu mentol lampu ruang tamu terbakar. Tak ditukar even kami dah complain. Bila kami dah check out tu nampak staff dia sibuk tukar mentol baru, utk next guest. Macam geram jugaklah sbb kita stayed there 2 malam, bukan touch and go satu malam je. 



Ada satu petang tu hujan, dapatlah lepak di beranda.
Kalaulah ada goreng pisang aduh sedapnya alahai... 

Di ruang tamu ni takde aircond, kipas je tapi tingkap semua besar2. Time tu memang cuaca panas sangat, bukak tingkap pun rasa bahang. Udahnya kami banyak duduk dlm bilik je...



Swimming pool kat apartment ni 

Cumanya bila stay kat chalet ni jauh sikitlah nak ke pool. Pool letaknya di area apartment. Untuk ke cafe pun kena berkenderaan. Atas bukit sikit. 

Coffee house overlooking the golf course.
Saujana mata memandang...

First day breakfast (khamis), menu ala carte. Second day baru buffet sbb dah kira weekend. Ramai golfers je la yg kita jumpa, family mostly makan kat luar kot. 

Entry ni tanpa sengaja  'terperam' dalam kotak memori.  Genap setahun baru up kan cerita ni. Daripada takde langsungkan, throwback pun jadilah hehe...

2 comments: