Saturday 13 February 2016

CNY Break ~ masak makan masak makan...


Cuti tahun baru cina tempohari kami tidak kemana, balik kampung tidak, pergi bercuti pun tidak. Abang cuti standard, 2 hari je isnin & selasa (ikut kalendar sekolah JAIS) manakala Angah pula cuti seminggu (ikut calendar KPM).  Lagipun minggu sebelumnya kami dah bercuti di Janda Baik. 

Saya ambil kesempatan cuti panjang ni utk mencuba resepi2 baru juga masak special2 sikit utk keluarga. Seronok sbb ramai yg nak makan.


Fettuccine carbonara resepi dari blog Kathyjem. Resepi yg simple tapi hasilnya meveles. Ini menu sarapan sabtu. 


Mee kari pula utk breakfast hari ahad. Kalau masak mee kari selalunya saya guna resepi Kak Azie Kitchen. Cuma kali ni tak letak kerang dan stock udang. Udang pun saya dapat udang size S je, itupun beli yg dijual dlm tong ais kat pasar makan. Raya cina agaknya susah dapat stock fresh seafood. Kat market pun tak banyak ikan.


Lemang ni jiran saya bagi, lemang Lipis. Dapat je lemang pagi ahad tu terus saya ke dapur masak rendang. Actually on the way ke Janda Baik hari tu dah teringin nak makan lemang. Tapi masa lalu tempat jual lemang kat hiway karak tu x sempat singgah sbb kami on the fast lane. Ingatkan warung tu tak buka so laju je... On the way balik pulak terlepas R&R Gombak. Akhirnya lemang tu 'dihantar' direct ke rumah. Alhamdulillah dah tertulis rezeki saya & keluarga :)


 Rendang ayam resepi sendiri je. Kali ni elok je kejadiannya, secukup rasa. Masak je rendang kami 4 beranak (except B) terus jamah lemang. Habis jugaklah separuh lemang tu :p


Ini pula fettuccine goreng. Resepi campak2 je. Kali ni saya rebus fettuccine ni dlm rice cooker (non-stick). Jimat masa dan lembut elok je fettuccine ni. Masa buat carbonara hari tu saya rebus atas dapur gas so agak lama utk lembutkannya dan ada juga yg keras. Mungkin padat sangat kot periuk tu. 
Well, lesson learnt. 

No comments:

Post a Comment