Monday 3 August 2015

Koleksi Pakaian Tradisional Versi Moden by Zalora you!


Dah masuk pertengahan syawal tapi kemeriahannya masih terasa kan? Sana sini ada open house. Bila nak ke open house tu mestilah nak bergaya kan? Sekarang dah senang, 'just a click away' je kata Mak den :) macam kat Zalora tu macam2 pilihan yg ada... designers' collection pulak tu.

Baaaanyak sangat choice sampai rambang mata, dari kurung tradisional hinggalah ke jubah. Sekarang memang trend kan orang pakai jubah or long dress/maxi. Designers pun berlumba2 merekacipta design yg meletop semuanya. Cer tengok koleksi baju kurung hasil sentuhan pereka-pereka seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Nurita Harith dll yg semuanya cantik menarik memang dabomm :)

Namun rekaan baju atau pakaian tradisional yg lama (asal) tak harus terus dilupakan. Tiada yg lama tiadalah yg barukan? Jom kita imbas semula rekaan asal koleksi pakaian tradisional kebanggaan kita sebelum diberi sentuhan moden; 


Cuba tengok yg kiri tu rekaan baju kurung pesak yg asal. Rekaan ni memang evergreen kan, sejak zaman berzaman dipakai oleh wanita di Malaysia. Di sebelah kanan tu rekaan baju kurung versi moden. Bajunya kebih singkat dan rekaan kain pun sedikit berbeza. Kurung pesak biasanya regu dgn kain susun tepi kan. Itulah evolusi mengikut zaman. 



Haaa.... yg ke-2 ni pula rekaan baju kurung moden tahun lepas (sebelah kiri) dan rekaan baju kurung moden terkini utk tahun ni, berpotongan ala kimono (sebelah kanan). Kimono-inspired style ni trending untuk tahun ni kan? Kalau tak silap masa akad nikah Syarifah Sakinah hari tu besties dia semua pakai baju kimono style ni; Marsha, Jihan, Elfira dll. Macam comel je kan... 


The third one is my favourite, jubah. Dulu, rekaan jubah adalah loose & straight sot gambar sebelah kiri. Now pelbagai koleksi jubah moden spt gambar sebelah kanan mewarnai dunia fesyen tempatan. Tinggal nak pilih je ikut citarasa empunya badan. Yang penting ukur baju di badan sendiri ye.

Invitations utk open house for this weekend pun dah start coming in, mokcik nak kena cari baju jugak ni :) 

Jom shopping!

No comments:

Post a Comment