Tuesday 19 August 2014

Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran di Teratak Hazel


Alhamdulillah syukur tertunai sudah hajat kami suami isteri nak buat utk kenduri doa selamat & kesyukuran. Banyak sangat nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kpd kami sekeluarga. W/pun tujuan utamanya utk majlis doa selamat dan kesyukuran kerana kami berdua mendapat jemputan istimewa dari-Nya, banyak sebab lain utk kami menzahirkan rasa syukur terhadap kurniaan-Nya melalui kenduri ni. Hajat nak berhenti kerja dan jadi full time housewife Allah perkenankan. Nak baby girl Dia kurniakan. B pula dgn kerjayanya yg makin berkembang, kebahagian rumah tangga, kesihatan yg baik  semuanya nikmat yg tak mampu kami dustakan.

Majlis pada sabtu lepas berjalan lancar w/pun awal pagi hujan. Bangun solat subuh saya tengok hujan dah mula turun manja2. Makin lama makin lebat. Caterer yg janji nak datang pukul 11 pun sampai dalam pukul 11.40. Dalam masa yg sama tetamu utk majlis tahlil & bacaan Yasin mula tiba. Kelam kabut juga situasinya. Dengan pihak caterer sibuk menyusun kerusi meja, tetamu pulak mencari tempat berteduh. Namun menjelang pukul 12 t/hari hujan mula berhenti dan mentari mula muncul (ewah!).

Bila hujan reda, makin ramai tetamu yang mula muncul. Ada yg datang sejauh Kuantan dan Seremban. Kenduri kami dah jadi mini re-u utk kawan2 sekolah menengah juga kawan2 semasa di U dulu. Maklumlah skrg era 'wasap'. Senang nak menjemput dan merancang pertemuan. Ada yg dah berbelas tahun x berjumpa, ada juga yg jarang hadir kemana2 acara termasuk acara ofis, hadir di kenduri kami, ada yg suka memencilkan diri dari massa tetapi tidak pernah miss jika diundang ke rumah kami. Macam2 ragam. Yang pasti semuanya manis2 belaka. Kesudian YDP Yadim & isteri (Abg Wadi & K.Wani) hadir walau sekejap cuma meninggalkan kesan pada hati. Ukhuwah yg terjalin selama ini harapnya bertambah utuh.

Makanan yg disediakan juga mencukupi. Jika berbaki pun sebab saya simpan utk kaum keluarga yg nak hadir sebelah malam. Kerepek dan kek serta roti jala semuanya licin. Pulut kuning dan rendang paling awal habis. Sayangnya homemade dadih yang saya sediakan sehari sebelum kenduri lupa nak dikeluarkan. Jadi rezeki mereka yg datang hari2 selepasnya.

Secara keseluruhan kami amat berpuashati dgn kenduri ni. Dari A-Z kami berdua yg uruskan. Ini kali kedua kenduri besar yg kami adakan sendiri, dgn skala yg lebih besar. Kami tak berpeluang mengadakan kenduri aqiqah utk anak2 disini (semuanya diadakan di kampung) jadi kesempatan yg ada ni kami gunakan utk menjemput seramai mungkin sahabat handai rakan dan taulan. Ramai yg bergurau "dah macam kenduri kawin"... jemputan kami hampir 500 org termasuk kanak2 dan yg hadir juga melebihi 300 orang! Sangat2 puashati & syukur. Tetamu terakhir kami, Shahrul & Ani tiba jam 10.30 mlm dan beransur pulang sejam kemudian. Terima kasih kpd semua yg hadir. Jazakallahu khairal jazak.



Moga ada kesempatan lagi utk kami mengadakan majlis sebegini. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment