Thursday 17 May 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu


Allah menegur kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Itu tanda kasih sayang-Nya pada kita. Cuma, bergantung kepada diri samaada kita melihat sesuatu yang terjadi sebagai teguran dari-Nya atau memandang negatif setiap yang terjadi pada diri. Juga sebagai cara untuk kita mengkoreksi kelemahan diri lalu membetulkan kesilapan dan bertaubat darinya.

Semalam saya menonton drama Hilangnya Doa Ibu, sungguh cerita itu menghibakan. Jika dilihat watak Angah lakonan Lisdawati seperti tiada yang tidak kena dengannya, dia seorang yang bersolat, menutup aurat dan perwatakannya seperti seorang yang baik. Malangnya, dia terlalu berkira dengan adik beradiknya dan sering juga mengungkit pemberiannya dan sumbangannya terhadap keluarga, kepada suaminya yang saya kira lebih rendah pendapatannya dari beliau. Terfikir saya, kadang-kadang rasa keogaan itu yang menyebabkan beliau bersikap begitu.Namun, saya kagum dengan watak suami yang di bawa oleh Roy Azman, sangat sabar dan tenang melayan karenah isterinya. Sentiasa dinasihati dengan baik dan lembut.

Merenung ke dalam diri, kadang-kadang terasa bayangan sisi hitam Angah berada dalam diri. Kita solat, berbuat baik pada ibu dan suami serta keluarga tapi kadang-kadang kita masih gagal menundukkan nafsu dalam diri. Masih ada ego ketika berdepan dengan ibu mahu pun suami, sedangkan merekalah pemegang kunci syurga untuk kita. Manfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang kita anak untuk menanam benih kebaikan kerana di akhirat nanti, dapat kita nikmati hasil tuaiannya. Dunia sebagai tempat kita bekerja keras sedangkan akhirat tempat untuk kita beristirehat selama-lamanya. Teruslah bermujahadah agar keegoaan dan nafsu yang menebal dalam diri dapat ditundukkan. 

Ya Allah, ampunkan diriku, aku hamba-Mu yang amat lemah, amat dhaif. Aku perlu kasih sayang Mu, petunjuk dah hidayah dari-Mu ya Allah untuk terus melangkah, memperbetulkan diri sebelum ajal menjemput. Amin...

Terima kasih atas tamparan kasih sayang Mu ya Allah! 


No comments:

Post a Comment