Raya kedua Tok Umi jemput keluarga besar Nyang Mat & Nyang Hawa datang beraya. Nyang Mat Nyang Hawa ialah moyang kepada Abang dan adik³nya (ibu & bapa Tok Ayah). Ummi sempat jumpa Nyang Hawa masa hayatnya. Nyang Mat meninggal masa Walid masih di universiti.
Jumlah tetamu ±70 orang (termasuk keluarga tuan rumah). Info awal katanya nak tempah makanan, tapi end up kena masak sendiri.
Pengsan!
Lepas sarapan, marilah merewang....
Menu utama bihun sup. Tukang masaknya Mak Lang Yah, sepupu Walid. Ummi dengan Maklong helpers for that day. Majlisnya sebelah malam.
Dalam masa yang sama, nak kena masak untuk lunch dan layan tetamu datang beraya. Nasi beriani ni Ummi masak. Acarnya Maklong buat. Rezeki saudara Tok Ayah dari Baling; Tok Long Dah sekeluarga. Elok nasi masak, elok depa sampai.
Menu lain;
Nasi goreng - Maklong goreng sebelanga, Ummi sebelanga
BBQ - ayam, ikan, cucuk² (yang the girls prepared ) dan udang
Laksa Siam - ordered dgn kawan Tok Umi
Sate - by Paklong
Sosej cheese, buah dll
Air kopi O, sirap dan air kosong
Kuih muih/ kerepek by Maksu
Kami pakai baju raya tahun lepas, emerald green tapi dek sibuk layan tetamu dan masing² dah kepenatan tak sempat langsung nak ambil gambar sekeluarga.
Dah macam katering sendiri ya... semua pun pandai masak, cepat je lah siapnya. Ramai tu yang datang beraya. Tetamu membawa rezeki.
ReplyDeletemerewang ramai2 okla...rmi juga tetamu tu
ReplyDelete