Thursday, 5 March 2026

Kisah @ Menu 15 Ramadhan


Senang berkembang. 
Boleh dah nak kutip buat nasi kerabu tapi kerajinan pula takde 🀭
Ummi pergi market, balik suruh assistant siang ikan ayam semua. Alhamdulillah bab ni Ummi dah boleh sub dekat Abang. Angah pun dah boleh (pandai) basuh. Alhamdulillah bab ni Ummi takyah risau dah. 

Sahur makan lauk leftover je.... Gambar pun tak ambil. 

Berbuka Ummi masak ayam buttermilk, masak lemak pucuk cekak manis + keledek dan ikan masin. Dalam mangkuk kecil tu ayam ungkep (leftover). Ada satu lauk lagi Ummi masak tapi simpan dulu sebab πŸ‘‡πŸ»

Walid pun beli lauk juga; ayam dan kambing. Masak apa Ummi tak tahu, mamak style. Leher ayam tu Abang beli di bazar. 

Ummi buat puding roti juga. Lebihan roti Adik buat aiskrim goreng tempohari tu sayang nak buang, jadi Ummi buatlav puding roti. Resepi Ummi share dlm entry lain nanti In Sha Allah. 

Wednesday, 4 March 2026

Dari Kain Menjadi Baju

Alhamdulillah kain ela + lace pemberian Kak Notie dah siap menjadi baju. Ummi hantar dekat tailor Walid (lelaki). Bagi sample baju, sebab takde tukang ukur perempuan. Isterinya dah tak dapat bantu di kedai, jaga anak di rumah. 

Ummi buat kurung Kedah, versi moden. Kalau kurung Kedah betul, pesaknya jatuh (bukan betul² atas tulang bahu). 

Untuk kain, Ummi padankan dengan kain batik pemberian Kak Amie. Tak ingat Ummi menang apa, tapi kain ni memang disimpan untuk buat kain baju kurung. Lawa sangat nak buat pakai basahan. Lagipun, istimewa sebab pemberian orang. Jadi, sebagai tanda penghargaan, kita buatlah sesuatu yang istimewa begini. 

Warna kain yang Kak Notie bagi ni agak menyerlah untuk tone kulit dan personaliti Ummi jadi bila digandingkan dengan kain batik tu, nampak seimbang dan tak terlalu menonjol. Lebihan kain ela ni Ummi simpan dulu. Cadangnya nak buat baju untuk Adik In Sha Allah. 

Sekali lagi, terima kasih banyak Kak Notie atas pemberian kain ela ni. Untuk Kak Amie juga, terima kasih banyak. Alhamdulillah, bertambah sepasang lagi baju raya Ummi 😁


Kisah & Menu 14 Ramadhan

Minggu ni ada pemeriksaan gigi di sekolah. Adik dapat surat untuk cabut gigi depannya yang dah berlapis. Gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu masih kuat. Tahun lepas kes gigi geraham (gigi susu), tahun ni gigi depan. Adik baru 10 tahun, Ummi takdelah risau sangat. Masih ada masa untuk gigi tu goyang dan tercabut sendiri. Jadi, kami tak bagi kebenaran untuk Doc cabut. Prefer bawa ke dentist yang dia dah biasa. 

Sahur tadi goreng telur mata, tabur bawang dan ikan bilis. Menu viral tahun lepas, bila mana Amira Othman masak lauk ni :) 

Untuk berbuka Ummi masak ayam ungkep dan sambal goreng jawa. 

Kurma Ajwa, epal potong, murtabak, cucur dan bubur lambuk. 

Walid sampai rumah, jinjing bungkusan makanan ...

Ikan bawal goreng bercili, masak lemak daging salai, kembung goreng dan masak lemak telur ikan. Banyak jenis sangat lauk ni, Ummi simpan dulu ikan goreng tu. Sahur nanti boleh panaskan. 

Alhamdulillah. 

Tuesday, 3 March 2026

Kisah & Menu 13 Ramadhan

3.3 Terjadinya gerhana bulan. Ramai kongsi gambar cantik²; sebiji bulan berwarna merah. Adik keluar jenguk di luar rumah, tak nampak katanya. Ialah, hujan lebat lepas Asar hingga ke Isyak masih renyai². Kakak bagitau depa buat solat sunat gerhana ramai² πŸ‘πŸ»

Menu sahur nasi goreng, telur rebus dan fries. Lauk yang beli di kafe HSB semua dah dihabiskan waktu iftar. Nasi je yang tinggal jadi goreng aja.

Menu berbuka; ayam goreng berempah kari, sambal goreng, bayam tumis air dan kari ikan kayu. Di kampung Ummi, kami panggil ikan tongkol tu ikan kayu :D 

Cekodok Pisang dan murtabak. Piring mangkuk kahwin, sebab banyak tangan yang serve makanan. Orang tu ambil piring merah, orang ni ambil mangkuk hijau. Ummi pejam mata je la  janji anak² rajin nak membantu. 

Kurma Ajwa dan nasi lemak surau. 
Kurma Ajwa tu Bik bagi. Boss (majikan dia) baru balik Umrah katanya. Alhamdulillah elok  habis kurma Ajwa kiriman Kak Mulan, top up pula dengan kurma Ajwa pemberian jiran ni. 

Alhamdulillah. 

Photodump Week 9, 2026

Kakak shopping dekat Eco Shop.
Ada sesi tukar² hadiah ikut warna dgn rakan² dorm

Ada boss bagi untuk staff sempena nak puasa. Tak nampak dah biskut ni, pakat ngap dah kot :) 

Abang dah boleh bawa motor (lesen L) jadi mudahlah urusan Ummi pun. Ni minta tolong dia ke kedai, beli beras.

Hasil tanaman Ummi yang tak seberapa ahak πŸ˜† 


Pertandingan tidur :p
Terpaling puasalah katakan... 

Monday, 2 March 2026

Kisah & Menu 12 Ramadhan

Beli air free kurma πŸ‘πŸ»
Gambar ni Ummi snapped dalam kedai di Hospital Sg Buloh. 

Alhamdulillah Ummi dan Walid sempat menziarahi jenazah adik saudara Ummi, Naim di HSB ni. Kami ke ICU, tapi dimaklumkan jenazah akan dibawa ke Unit Forensik HSB untuk urusan mandi jenazah. Alhamdulillah tak perlu post mortem

Sementara menunggu proses selesai, Ummi temankan ibu arwah (Mak Cik/Tok Cik Nah) beli makanan dan minuman untuk bekal berbuka. Sempat Ummi snapped gambar πŸ‘†πŸ»
Tok Cik Nah naik van jenazah dan temankan anak kesayangannya untuk perjalanan terakhir balik ke Baling. Sebak kanπŸ₯Ή 

Ni menu sahur; panaskan tomyam dan goreng telur dadar. Cukup dah alhamdulillah. 

Untuk berbuka,semua lauk ni beli di kafe HSB. Ayam masak lemak, sotong goreng + kacang panjang, ikan keli & kembung goreng dan ayam masak bawang. Called Abang di rumah, minta tolong masakkan nasi. 



Beli juga air teh ais, nasi goreng dan nasi ayam kunyit standby takut tak sempat berbuka di rumah. Waktu kami di hospital tu hujan lebat. Risau juga terperangkap lama dalam kesesakan trafik. Alhamdulillah sampai di rumah kira² 15 minit sebelum berbuka. 

Walid sempat lagi bergegas ke bazar beli murtabak kegemarannya. Beli juga leher ayam dan ayam gunting. 











Al Fatihah ~ Naim

11/2 Ummi ada ke Hospital Sg Buloh melawat dua pupu Ummi yang mengalami komplikasi selepas pembedahan di kepala. Terima kasih semua yang mendoakan. Sejak hari tu, saudara Ummi ni (Naim namanya, gelaran Pakteh Naim utk anak²) ditidurkan dan menjalani beberapa kali lagi prosedur pembedahan. Semalam, keadaannya semakin kritikal. Dan hari ini 12 Ramadhan Naim kembali ke negeri abadi sekitar Zohor. 

± jam 6 ptg tadi jenazah dibawa pulang ke kampung kami di Baling. Arwah muda lagi, baru 39 tahun. Anak sulong sebaya Angah, anak kedua muda setahun dari Kakak dan si bongsu sebaya Adik. 

Banyak kenangan manis Ummi dengan arwah sebab kami membesar sama². Ummi berkawan rapat dengan kakaknya, Maklang Liza manakala arwah pula kawan baik dengan Abg Anas. Kali terakhir jumpa arwah raya tahun lepas, di rumah ayahnya Wan Kob. Orangnya ceria dan suka senyum. Memang dia disenangi ramai. 

Perjalanan akhir yang memilukan. 

Selamat tiba di kampung sekitar jam 1 pagi. Semoga tenang di sana Im 🀲🏻

Semoga seluruh ahli keluarga khususnya anak³, isteri, ibu ayah dan adik beradik arwah diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian berat ini. Semoga dipermudahkan urusan akhir arwah dan rohnya ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🀲🏻 



Terima Hadiah Top Commentator dari Blogger Mulan

Alhamdulillah hadiah dari Kak Mulan selamat diterima Jumaat lepas. Ummi antara top commentators di blog Mulan. 

Cantik kotaknya...

Ada macam² hadiah dalam kotak cantik tu; kurma ajwa, keychain Korea, fridge magnet Taiwan, tudung dan pot holder. Alhamdulillah tqsm Kak Mulan 😘 

Lurv sangat tudung ni...memang taste Ummi color² gini. Alhamdulillah suits pulak dengan jubah yang Ummi dah ada.

Hadiah ni pun Ummi sukaaaaa sangat. 
Sebab πŸ‘‡πŸ»

Cenderamata unik yang dibawa balik jauh dari Kazakhstan sana. Alhamdulillah terima kasih sekali lagi atas pemberian ni. Semoga bertambah berkat dan mewah selalu rezeki Kak Mulan sekeluarga 🀲🏻 



Sunday, 1 March 2026

Kisah & Menu 11 Ramadhan

Sekejap je dah berlalu 10 terawal bulan Ramadhan kan... 

Kawan² Adik nak datang buat tugasan Gerko. Adik kemas beranda. Siap letak goodies dari Langkawi atas setiap kerusi :) 


Sahur semalam sambal ikan keli dan leftovers berbuka. Gambar pun tak ambil sebab kalut. 

Untuk berbuka, Ummi masak tomyam dan daging goreng + kacang panjang. Sayur pun dah habis, nak kena top up. Tomyam Ummi guna serbuk tomyam Seri Aji. Pertama kali cuba. Sedap kata anak². 

Popia inti daging dan dim sum. Dua² ni Kakak request. Selain tu, menu wajib murtabak dan bubur lambuk untuk Walid. 

Balik hantar anak² asrama, singgah beli megi goreng. Moreh di rumah je, malas nak makan di kedai. Cinderella mana boleh tidur lambat :p 


Saturday, 28 February 2026

Kisah & Menu 10 Ramadhan

Ummi minta tolong Abang tempahkan tauhu lembut ni di kedai berhampiran sehari sebelumnya. Cadangnya nak bawa ke surau, Walid join iftar surau hari ni. Nak dijadikan cerita, Ummi ke kedai jalan kaki je la sebab dalam fikiran apalah sangat nak bawa 30 biji tauhu tu... Kedai ni walking distance je dari rumah, malas la nak bawa kereta. Walid dan Abang masing² ada urusan di luar. 

Rupanya tauhu yang Ummi tempah ni pihak kedai dah asingkan siap² dan rendam dalam air supaya tauhu kekal segar. Ingatkan kita pilih satu² masuk plastik. Bila dah diisi air dalam plastik tu, beratlah jadinya kan.. Tuan kedai bagi pinjam tray kuning tu sebab katanya tak boleh masuk dalam plastik, nanti bertindih² pecah pulak tauhunya. Tauhu ni jenis lembut. Makanya jenuh la Ummi menatang tray berisi tauhu tu balik ke rumah. Berat! 

Menu sahur. Ada nasi dan ayam masak bawang leftover juga. 

Sampai terjuntai kaki si Emon ni tidur. Terpaling puasa πŸ˜†

Menu berbuka Ummi masak; sambal tauhu, ayam masak kicap, ulam + air asam picit, telur dadar dan keli bakar. Tauhu Sumbat Daging dan cili kicap tu simpan sikit dekat rumah, selebihnya bawa ke surau. 

Keli bakar atas pan je... 

Tembikai Bik bagi. Manis πŸ˜‹

Moreh dari surau. Kalau Angah balik bermalam dia rajin beratur ambil makanan moreh. Walid dengan Abang tak rajin :) 

Sebelum tidur, Kakak goreng Aiskrim Goreng. Adik yang buat AG ni.

Lulus ✅