RABU Walid balik dari JB.
Selain telur pindang, Walid beli jug Ikea dekat Ummi ahaha... Sebenarnya kitorang dah survey jug dekat Aeon AU2 hari tu tapi takde yang berkenan. Ini dah jumpa depan mata, Walid teruslah beli.
KHAMIS My first reading of 2025. Tak tau nak bangga ke nak menangis sebab dah setengah tahun baru 1 buku habis baca π«£
JUMAAT Buba datang sebagai ahli keluarga baru kami. Pagi Jumaat sebelum anak² ke sekolah dia dok mengiau bawah kereta. Puas juga memujuk baru berani masuk ke dalam pagar rumah. Sekarang pun masih takut² dengan kami. Anti social Angah kata π
Lepas tu dia cakap lagi, rumah kita dah jadi zoo. Semua kucing datang ahahaha
SABTU Makan kenduri aqiqah Baby Afeeya di Sg Buloh. Pertama kali naik buggy, excited mokcik π€
AHAD Study bahan untuk Kertas Seni. Bab ni boleh buat mak² menyinga ye kalau last minute baru nak bagitau kena bawa itu bawa ini π¬
ISNIN Sheikh Saad Nomani datang sekolah sempena jelajah beliau. Angah kata seronok. Bacaan sheikh ni sedap dan sangat mirip dengan sheikh² yang ditiru bacaannya. YB Menteri Pendidikan pun turut serta dalam majlis ni.
Orang kata, kalau banyak kucing datang rumah, rumah tu berkat rezekinya, PH.
ReplyDeleteBegitulah hendaknya hihi ...
Deletewahhhh banyak ye yang suka bertandang ....mudah mudahan rezeki banyak yang datang
ReplyDeleteAamiin. Tapi nak menguruskan pun bukan senang π
Deleteskrg takut2 nnt dah lama2 dia konker 1 rumah hehehe
ReplyDeleteItulah...skrg pun dah serabut dgn budak² bulus ni. Pantang buka pintu berderu masuk π
DeleteNak bagi peluang kat orang lain juga la tu sebab kadang boleh jadi dapat 2 offer juga sebab MARA dan Kem Pendidikan portal yang lain.
ReplyDeleteBetul tu Ezna sbb sebelum² ni ada yg dapat offer bertindih.
DeleteSama jugak di rumah ni, setiap hari kucing jiran akan datang makan di rumah, makanan untuk kucing memang ada khas untuk deme.
ReplyDeletePart bahan untuk kertas pendidikan seni, boleh bertukar warna mak kau nak.. kalau lewat malam baru bagitahu. Lagi geram, pagi nak ke sekolah baru dibagitahu.
Kalau sekadar datang ok lagi, ini mmg nak duduk sini. Beranak pun di sini huhu
DeleteYa betul, mmg hijau la jadinya haha
Single offer lah lepas ni ya.
ReplyDeleteHarap Kakak dan anak² yang lain dapat peluang masuk sekolah khusus.
Aah Kak...
DeleteMudah-mudahan π€²π»
Hello Buba welcome to the family. Buba ni mgkin jenis kucing Introvert kot PH. Pemalu agaknya. Hihihihi!
ReplyDeleteSbb dia biasa independent kot Ibu, itu yg nampak orang je lari hihi
Deletecomeinya buba....nanti manja-manja lebih dengan mama tau
ReplyDeleteSekarang ni dia masih malu² kucing Kak Mieja :D
DeleteSama macam rumah SA, dah jadi pusat kucing- kucing gelandangan kawan- kawan si Brown...SA bagi je makan...kucing pembawa rezeki kata PZ
ReplyDeleteBagi makan no hal SA... Nak menguruskan yak yak yeay tu yang tak brp rajin ahaha
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga Kakak dan kawan2 dimakbulkan semua hajat yang diimpikan.
ReplyDeleteAamiin tq Kak π€²π»
DeleteIngatkan dapat ole-ole telur pindang je, dapat juga barangan IKEA ye. Hati berbunga-bunga dapat jug sekali. Kucing datang pembawa rezeki. Kalau baru-baru tu memang takut-takut. Lama-lama okaylah dia.
ReplyDeleteMaunya tak berbunga² Fiza, dapat barang dapur hehe ...
DeleteSekarang pun dah makin mesra :)
Biasanya kucing memang tahu mana rumah yg orang2nya penyayang kucing, mana yg tidak. sebab tuh dia datang ke rumah kakak ππ
ReplyDeleteHarapnya tidak membawa masalah ye hihi ... Nakal budak² bulus ni :)
Deleteohhhh maknanya hanya seat 1 exam je which is PKSKlah kan. Dok terfikir juga maksudnya haritu.
ReplyDeleteCakap kat angah, rumah bukan macam zoo, tapi rumah ada aura positif tu yg kucing semua dok kerumun tu
Betul Ammi. 1 exam utk sekolah khusus & MRSM.
DeletePadat dengan aktiviti ..
ReplyDeleteSentiasa penuh jadual kami hehe...
Delete