Saturday, 12 July 2025

Recap ~ Week 27, 2025

Week 27: 2/7-8/7/2025

RABU Walid balik dari JB.
Selain telur pindang, Walid beli jug Ikea dekat Ummi ahaha... Sebenarnya kitorang dah survey jug dekat Aeon AU2 hari tu tapi takde yang berkenan. Ini dah jumpa depan mata, Walid teruslah beli. 

KHAMIS My first reading of 2025. Tak tau nak bangga ke nak menangis sebab dah setengah tahun baru 1 buku habis baca 🫣 

JUMAAT Buba datang sebagai ahli keluarga baru kami. Pagi Jumaat sebelum anak² ke sekolah dia dok mengiau bawah kereta. Puas juga memujuk baru berani masuk ke dalam pagar rumah. Sekarang pun masih takut² dengan kami. Anti social Angah kata πŸ˜‚ 
Lepas tu dia cakap lagi, rumah kita dah jadi zoo. Semua kucing datang ahahaha 

SABTU Makan kenduri aqiqah Baby Afeeya di Sg Buloh. Pertama kali naik buggy, excited mokcik 🀭

AHAD Study bahan untuk Kertas Seni. Bab ni boleh buat mak² menyinga ye kalau last minute baru nak bagitau kena bawa itu bawa ini 😬

ISNIN Sheikh Saad Nomani datang sekolah sempena jelajah beliau. Angah kata seronok. Bacaan sheikh ni sedap dan sangat mirip dengan sheikh² yang ditiru bacaannya. YB Menteri Pendidikan pun turut serta dalam majlis ni. 

SELASA Info berkenaan PKSK dah mula bertebaran. Tahun ni single window entry; 1 exam, 1 offer utk setiap murid. PKSK dgn UKKM disekalikan. Mudah-mudahan Kakak dan kawan² dapat rezeki yang terbaik 🀲🏻

28 comments:

  1. Orang kata, kalau banyak kucing datang rumah, rumah tu berkat rezekinya, PH.

    ReplyDelete
  2. wahhhh banyak ye yang suka bertandang ....mudah mudahan rezeki banyak yang datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tapi nak menguruskan pun bukan senang πŸ˜‡

      Delete
  3. skrg takut2 nnt dah lama2 dia konker 1 rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...skrg pun dah serabut dgn budak² bulus ni. Pantang buka pintu berderu masuk πŸ˜…

      Delete
  4. Nak bagi peluang kat orang lain juga la tu sebab kadang boleh jadi dapat 2 offer juga sebab MARA dan Kem Pendidikan portal yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ezna sbb sebelum² ni ada yg dapat offer bertindih.

      Delete
  5. Sama jugak di rumah ni, setiap hari kucing jiran akan datang makan di rumah, makanan untuk kucing memang ada khas untuk deme.

    Part bahan untuk kertas pendidikan seni, boleh bertukar warna mak kau nak.. kalau lewat malam baru bagitahu. Lagi geram, pagi nak ke sekolah baru dibagitahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekadar datang ok lagi, ini mmg nak duduk sini. Beranak pun di sini huhu

      Ya betul, mmg hijau la jadinya haha

      Delete
  6. Single offer lah lepas ni ya.
    Harap Kakak dan anak² yang lain dapat peluang masuk sekolah khusus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak...
      Mudah-mudahan 🀲🏻

      Delete
  7. Hello Buba welcome to the family. Buba ni mgkin jenis kucing Introvert kot PH. Pemalu agaknya. Hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dia biasa independent kot Ibu, itu yg nampak orang je lari hihi

      Delete
  8. comeinya buba....nanti manja-manja lebih dengan mama tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dia masih malu² kucing Kak Mieja :D

      Delete
  9. Sama macam rumah SA, dah jadi pusat kucing- kucing gelandangan kawan- kawan si Brown...SA bagi je makan...kucing pembawa rezeki kata PZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi makan no hal SA... Nak menguruskan yak yak yeay tu yang tak brp rajin ahaha

      Delete
  10. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga Kakak dan kawan2 dimakbulkan semua hajat yang diimpikan.

    ReplyDelete
  11. Ingatkan dapat ole-ole telur pindang je, dapat juga barangan IKEA ye. Hati berbunga-bunga dapat jug sekali. Kucing datang pembawa rezeki. Kalau baru-baru tu memang takut-takut. Lama-lama okaylah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak berbunga² Fiza, dapat barang dapur hehe ...
      Sekarang pun dah makin mesra :)

      Delete
  12. Biasanya kucing memang tahu mana rumah yg orang2nya penyayang kucing, mana yg tidak. sebab tuh dia datang ke rumah kakak πŸ˜„πŸ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya tidak membawa masalah ye hihi ... Nakal budak² bulus ni :)

      Delete
  13. ohhhh maknanya hanya seat 1 exam je which is PKSKlah kan. Dok terfikir juga maksudnya haritu.

    Cakap kat angah, rumah bukan macam zoo, tapi rumah ada aura positif tu yg kucing semua dok kerumun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ammi. 1 exam utk sekolah khusus & MRSM.

      Delete