Monday, 4 August 2025

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih + Udang

Rezeki yang tak disangka... 
Walid beli roti canai, kebetulan Mak Tam tengah siang umbut kelapa. Ada orang Kuala Selangor bagi ke Pak Tam. Dihulurnya satu plastik kpd Walid. 

Kecik² dulu orang kampung kami selalu bergotong royong tebang pokok kelapa dan belah batangnya untuk dapatkan umbut kelapa. Ummi cuma tengok je arwah Tok dan Tok Wan makan umbut kelapa ni. Bila dah dewasa baru pandai makan. Kali pertama makan umbut kelapa masak lemak putih ni di kenduri kahwin Hjh Misah, kawan uni dulu di Tg Karang sana. Itulah kali pertama Ummi merasa keenakan umbut kelapa masak lemak putih ni. Teringat² sampai sekarang pengalaman pertama kali tu. Jadi sekarang ni bila jumpa umbut kelapa memang Ummi tak lepas peluang makan atau masak. 

Kali ni Ummi buat masak lemak putih bersama udang. 

Ummi rebus dulu umbut kelapa ni. Rebus sekejap je, sampai air mendidih kemudian tutup api. Ummi suka tekstur umbut kelapa tu ada rasa crunchy sikit, bukan lembik. 

Kemudian tumbuk bawang merah dan lada hitam untuk rencah. Masukkan bahan tumbuk dan santan cair dalam periuk. Buka api dan masak hingga santan sedikit berbuih (hampir mendidih). Kacau selalu... Kemudian masukkan umbut kelapa yang telah direbus, cili merah hiris dan udang. Masak hingga udang bertukar warna dan kuah mula mendidih. Perisakan dengan garam secukupnya dan tutup api. Siap! 

Hasilnya? 
Sedap alhamdulillah. 

Gambar? 
Lupa snapped sebab teruja nak jamah. Terus jadi tak sabar 😅



Early Dinner @ D'Faza SG

Otw balik ke rumah lepas hantar Abang Angah balik ke asrama, kami singgah minum petang/early dinner. Walid minum petang, Ummi and gegirls dinner terus la. Alang² dah sampai kedai, order makanan berat terus la. Tak payah masak dah hihi... 

Ummi order Kue Tiau Celup Daging (KTCD). Datang bersama meatball sebiji dan telur goyang (poached egg). Harga semangkuk RM10. Sedap dan mengenyangkan. 

Kakak order CKT dan Adik as usual, Megi Goreng. Dia minta pedas. Memang pedas menyengat. Cili bukan setakat diketuk² manja tapi ditumbuk² dan tumis sekali dgn segala rencah. Cili jenis pedas, sampai kami yang dewasa pun rasa pijar di lidah. Selalu minta pedas di kedai lain tidaklah sepedas ini. Cili tu sama ada dihiris atau diketuk. Pulak, yang nak makan pun budak. Maybe cook tak perasanlah kan sebab bukan dia yang ambil order. 
Itu yang sepedas² alam dia masak 🫣

Walid order roti bakar. 
Sedap 👍🏻 
Sebelum balik Kakak minta tapau lagi satu set roti bakar. 

Malam tu kami dah tak makan malam. Ummi masak nasi dalam mug je utk Walid. Lauk siang ada lagi, cukuplah untuk Walid sorang. 

Sunday, 3 August 2025

Permohonan PKSK 2025

Permohonan PKSK telah dibuka, bermula 1 Ogos hingga 7 September 2025. Kali ni single window utk permohonan ke SBP/SMKA dan MRSM. 

Langkah memohon PKSK. 

Permohonan terbuka untuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 

Bahagian² ni tak perlu isi. Semua data PAJSK, psikometrik dan PBD auto linked dgn KPM. 
Tapi dalam group kelas Kakak ada parents yang tak convinced, dok juga tanya mana dapat markah PAJSK dsbnya tu. Link PAJSK tu rasanya bulan 10 baru buka untuk cikgu² isi, bukan parents yang isi pun. Takpelah, mungkin first timers kan. 

PKSK utk Kakak kami dah isi alhamdulillah. Kalau berubah pilihan sekolah² tu, masih boleh buat pertukaran hinggalah link ditutup pada 7/9 nanti. 

Doakan Kakak berjaya ke sekolah impiannya 🤗

Biru Mata Bilisku

Biru Mata Hitamku ❌
Biru Mata Bilisku ✅

Hari ni merasmikan ikan bilis mata biru pemberian Kak Amie tempohari. Almaklumlah anak² asrama balik kali ni. 

Bangun seawal 5.30 pg di hari minggu semata-mata nak masak nasi lemak ni. Semangat 😆

Ayam goreng, telur rebus, timun, bilis mata biru dan sambal tumis bilis. 

Si mata biru pemberian Kak Amie 💙
Bilis dalam sambal tumis tu pun sama, terbang jauh dari LD sana... Sekali lagi terima kasih banyak Kak Amie. Bertambah selera kami makan dengan adanya si mata biru ni :3  

Dah selesai Ummi masak, Abang bagitau Ilham kawannya tu dah beberapa kali tanya bila Ummi nak bawa nasi lemak ke sekolah lagi? Hehe... Ummi ni bukan tak nak bawa, tapi sekarang pihak sekolah agak strict dengan makanan dari luar, nak elakkan perkara yang tak diingini berlaku esp kepada calon² SPM ni. 
In Sha Allah semestinya Ummi akan tunaikan permintaan Ilham tu. Tunggulah masa yang sesuai. Kesian pulak, dah banyak kali dia tanya 😁


Saturday, 2 August 2025

Gulai Tunjang dan Ulam Betik Muda

Alhamdulillah nikmat sungguh makan tengahari semalam... Makan ulam betik muda rebus dan ikan goreng. Simple tapi nikmat sebab dapat makan bersama 6 beranak. 

Betik Muda Rebus dan Budu. 
Abang PB minggu ni. Seronoklah Ummi makan budu, ada geng. 

Ikan merah bahagian isi Ummi goreng. 
Bahagian kepala buat sup. Tapi simpan dulu sebab dah banyak lauk. Ayam goreng pun ada. Kakak tolong gorengkan. Pandai dia goreng, masak sekata semua. Good job Kakak 👍🏻

Kemudian Walid beli gulai tunjang dan gulai daging dari kedai nasi padang sebaris dengan Salam Tailor Sri Gombak tu. 

Walid beli juga jeli kelapa. Sini panas hari ni memang ngam la dapat makan jeli kelapa ni. Harga sebekas cuma RM1. 10 bekas Walid borong 😁

Ummi pula beli air jambu. Cuaca panas ni nak minum air manis² je... 

Friday, 1 August 2025

Riadah @ Taman Tasik Sri Gombak

Lari dari kebiasaan, kali ni beriadah di Taman Tasik Sri Gombak (TTSG). Kalau beriadah dengan family, pergi ke tempat² begini lebih sesuai. 

Ramai pengunjung, pelbagai kaum dan peringkat umur. Bila beriadah di tempat proper begini lebih seronok dan bersemangat sebab semua orang datang dengan tujuan yang sama, nak beriadah. 

Lama tak datang sini.
Baru perasan jambatan tu dicat baru. Terang betul warnanya. 

Selain brisk walking, guna juga peralatan bersenam yang disediakan. Hari ni memang berpeluh sungguhlah sebab brisk walking dan guna peralatan senaman ni. 

Lepas beriadah, sarapan pula Pulut & Ikan Kering. 
Mantappppp :3 



Abang ~ Sesi Bersama Pengetua

Selasa 29/7 Walid ke sekolah Abang. Dari ofis terus ke sana. Tak dapatlah Ummi nak ikut, plus Ummi jaga gegirls la. Sesi ni dijalankan sebelah malam, pukul 8-10 mlm ikut kumpulan masing². 

Setiap calon kena set target untuk SPM nanti, kemudian baca ikrar something like that depan semua orang termasuk parents lain yang hadir dalam sesi tersebut. 


Didoakan agar semua berjaya capai target masing² 🤲🏻