Wednesday, 20 May 2026

Ummi Masak... #1

Gara² nak clear phone memory, jom la jamu mata... Kalau kering idea nak masak, sila² la tiru menu yang tak seberapa ni :)

Ayam Buttermilk 
Kegemaran Adik. Seminggu sekali kena masak menu ni, kalau tak dia akan cakap 'dah lama Ummi tak masak buttermilk'

Ayam Masak Kicap
Suka dan wajib letak kentang, ikut style Tok masak.

Ayam Goreng Kunyit, pun favorite si bongsu. 

Ikan Tauhu goreng. Sedap ikan ni, isi banyak tulang kurang. 

Asam Pedas Ayam
Bunga kantan takde, letak daun limau purut. Aunty Sofea ajar. Asalkan wangi, kita onz. 

Peria Goreng + Telur, favorite Ummi dan Abang. 

Sambal belacan, ulam timun dan terung bulat rebus. Ummi peminat terung, tak kisah apa jenis masakannya. 

Kerapu Masak Sweet Sour
Pernah cuba resepi seorang artis, tak kena dengan tekak. Jadi ikut resepi sendiri je, campak² siap. 

Nasi lemak tapi gambar nasi lemak lupa ambil πŸ˜… 
Masak untuk lunch sekali sebab Abang dan Adik tak ikut makan kenduri di Kajang tempohari.

Mee goreng sarapan Ahad lepas. 

Masak lemak tulang ikan kurau + terung bulat hijau

Ayam bakar AF & cili kicap. 

Sekian :) 


3 comments:

  1. Banyaknya Umi masak..seronok anak- anak ye...abang la tu yg seronok kan...SA kurang masak PH...lepas2 ni la kot...

    ReplyDelete
  2. KIter pun peminat terung tapi selalu suka terung berlado. Alhamdulillah umi masak anak-anak suka air tangan umi. Kiter tenguk pun terliur.

    ReplyDelete
  3. sedap2 umi masak...linda dah jarang masak ni... hahaha

    ReplyDelete