Saturday, 21 March 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026


Selamat menyambut hari lebatan bersama keluarga tercinta. Ampun maaf dari kami sekeluarga untuk semua. 

Friday, 20 March 2026

Kisah & Menu 30 Ramadhan

Assalamualaikum Mak 🥹
Awal pagi ziarah pusara arwah Tok. Bersihkan kubur dan sedekahkan bacaan Yasin untuk Tok. 

Menu sahur caca-marba; tomyam ayam, tempe goreng tepung dan telur rebus. Nak habiskan stok barang dapur yang mudah rosak jadi kita masak je semua. 

Menu berbuka pun ala kadar je :) 

Anak #2 nak pakai baju Melayu lengkap bersamping untuk solat Jumaat. 
Ambil mood raya :D 

Terima kasih makcik² Aisyah bagi duit raya. 
Yang kuning tu sampul raya Maybank. Yang hijau tu CIMB. Dua² rekaan ni cantik. 

Mudah-mudahan Allah SWT terima puasa dan amal ibadat kita hendaknya dan 
ada rezeki kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun² mengarang 🤲🏻

Thursday, 19 March 2026

Persiapan Raya

Nak sambut raya ni macam² la persediaan yang dibuat kan... 

1. Kemas pantry
Terjumpalah beberapa barang masakan yang dah luput tarikh 🙃
Biji jintan tu Ummi rasa okay je, boleh guna lagi sebab ianya barang kering. Sagu tu pun nak try masak dulu. Kalau elok alhamdulillah. Adunan kuih bakar ni pun rasa nak try masak jugak. Sayang la nak buang. Nak² sekarang tengah perang, yang mana kesannya akan sampai juga kepada kita, khususnya dari segi ekonomi.  

2. Cat rumah
Ni touch up je bukan cat baru satu rumah. Setia dengan warna putih. Rasa lapang dan luas ruang bila dinding putih ni. Cuma kena rajin jugalah...

3. Duit raya
Tahun ni tak tukar duit raya. Menabung je dari awal esp duit RM5 tu. Alhamdulillah jimat banyak, tak perlu keluar sejumlah wang untuk peruntukan duit raya. Jimat masa juga, tak payah serbu bank. 

4. Kuih Raya
Tahun ni kami tak banyak beli kuih raya. Biskut² raya ni Ummi beli dengan Cik Atul. RM106 jumlahnya. Harga antara RM 20- RM 22 sebalang, ikut jenis kuih. Relatively murah, sebab mostly yg Ummi survey RM 25-28 (bergantung pd jenis/bahan juga). 

Almond London dan biskut lidah kucing beli dengan Uncle Shy. Combo 2 bekas RM50. 

Ini semua pemberian; Popia Simpul dari Uncle Syafiq, biskut tak tau nama (🤭) pemberian nenek Rizqy, kacang Uncle Jepp bagi dan tart Cadbury boss Walid bagi. Tart Cadbury ni dah tinggal 2 ketul kot. Depa semua suka, Ummi je tak makan. Serik makan manis², takut gigi sakit lagi. 

Hari ni nak buat persiapan juadah raya pula. Jom masuk dapur 🤗

Kisah & Menu 29 Ramadhan

Misi menyelamatkan bahan² memasak yang masih berbaki. Semua ni Ummi bersihkan, keringkan kemudian masuk ke dalam ziplock bags sebelum disimpan dalam freezer. Lemon tu hiris nipis, nanti nak guna keluarkan slice by slice

Walid masih kerja (Khamis). Trafik sesak teruk, melimpah ke Sri Gombak ni. Sampai ofis 9.30 pg, pukul 1.30 ptg boss bagi balik utk sambut raya :) 

Sahur pagi tadi hanya panaskan lauk berbuka. 

Berbuka pula Ummi buat fish & chips
Sos tu Ummi letak mayonis + chopped onions + jus lemon + salt & pepper. 

Menu lain Mee goreng Abang Angah bawa balik dari surau. Swiss roll Angah beli. 

Takde nasi sebab kami keluar berbuka di luar. Kononnya esok raya, itu yang keluar tu ... 

Sekali, raya Sabtu daaaaaa... 
Kena terawih lagi, dan puasa lagi la kita hehe...

Kakak teka betul kali ni, Tan Sri pakai baju hijau 💚

The boys punya pilihan... 

Ummi ordered nasi goreng kampung. Makan ½ tapau separuh. Dah masuk Isyak, tak seronok pulak masih di kedai 😌
Gegirls ordered megi; sorang nak megi goreng, sorang nak megi rebus. 

Terima kasih Atok Hj Razak bagi duit raya untuk Abang Angah. Kain pelikat tu Atok kirimkan utk Tok Ayah. Dah berkawan dah dua² atok ni sebab Tok Ayah kalau datang sini mesti solat di surau. Itu yang berkenalan dgn Atok Hj Razak. Selalu bertukar hadiah pulak tu. 

Alhamdulillah. 












Wednesday, 18 March 2026

Kisah & Menu 28 Ramadhan


Ramai dah balik kampung kan... 

Tq Abg Hazim dan Uncle M for the duit raya. Semalam dapat sampul CIMB merah, hari ni hijau. Suka motif ala songket pucuk rebung tu 👍🏻

Menu sahur Ummi panaskan lauk pauk dan nasi beriani yang Walid bawa balik dari ofis. 

Untuk berbuka, Ummi masak sambal bilis kentang dan sayur bayam merah. Habis dah stok sayur. 

Rendang Daging by Cik Tah dan sambal paru Cik Ros. 

Bubur lambuk, cucur roti dan roti john by Angah. 

Shawarma Abg Hazim bagi 👍🏻

Moreh kue tiau goreng. 
Kalau raya Jumaat, ni kira last moreh la. Mudah-mudahan ada rezeki bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak di tahun² mendatang. 



Mewah Rezeki @ 27 Ramadhan

Bingkisan raya dari Cik Tah 
Sampul hijau tu duit raya untuk Ummi. 

Dalam bekas Tupperware ada rendang daging, airtangannya. Rendang Daging Negeri Sembilan + Melaka katanya. 

Walid berbuka di ofis, join iftar syarikat bersama anak² yatim. 

Packed food ni untuk semua staff kot.
Tak bagi perhatian mása Walid bgtau tu 🙏🏻

Lepas terawih, dapat pula moreh bihun goreng dan kuih seri muka. Pihak committee program tapaukan juga lauk ayam goreng berempah dan kari kambing. Ramai balik lepas Maghrib rasanya, jadi lauk pauk yang lebih tu diagihkan kpd yang stay sampai selesai terawih. Bihun goreng tu kami pakat makan sorang sikit bagi habis sebab dah bercampur dengan sambal dan kuih. Lauk pauk simpan untuk sahur. 

Kuih raya dari company. Tuan CEO sampaikan kalau tak silap. 

Rezeki duit raya untuk anak⁴, dari Aunty Sofi. 
Tqsm 🌹
Sampul cantik ni dari CIMB. 

Paling Ummi sukaaaaaa...
Ini dari Kelab Kebajikan & Rekreasi syarikat. 
Nasi impit segera tu  sesuai sangat dengan suasana nak raya ni kan... 
Alhamdulillah rezeki. 




Tuesday, 17 March 2026

Kisah & Menu 27 Ramadhan

Sekolah dapat cuti tambahan. Jadi kenalah jemput anak² di asrama. 

Tak Sri Gombak la kalau tak jammed :D 
Kereta menuju Tol Gombak makin meningkat. Walid balik kerja pun 'sangkut', trafik Taman Melati ke TG selow melow.

Ummi berbuka dengan anak⁴ je. Masak sup daging + lemak, cili kicap dan telur masin. Lauk sahur hari ni dendeng daging. 

Anak⁴ esp yang duduk asrama nak merasa pergi bazar Ramadhan. Balik Bazar masing² jinjing plastik seorang sebungkus :) 

Buah hati Ummi bawa balik nasi goreng (moreh). 

Lepas tu pakat main bunga api... 








Koleksi Sampul Raya

Alhamdulillah jumpa dah beg harta karun (warna hitam) yang Ummi dok cari² ni 😁
Dalam beg ni Ummi simpan sampul raya; yang belum guna, dah guna (recycle) dan sampul² yang cantik dan unik. Kalau blogger BK tengok mesti terpegun kan :D 

Sampul² ni masih dalam plastik. Macam² sumber dapat sampul raya ni.

Dulu bank antara yang banyak keluarkan sampul raya. Diagihkan kpd orang ramai dan tak terhad kepada yang ada akaun bank dgn mereka shj. Ummi masa kerja dulu pun banyak berurusan dgn geng Corporate Comm bank². Selalu dapat diari, planner dan kalau musim raya tu dapatlah sampul raya. 

Paling ditunggu, sampul raya Maybank. Warna kuning tu dah tau dah mesti sampul Maybank. Yang warna soft green tu versi dulu². Yang terkemudian warna kuning diraja, warna korporat Maybank. 

CIMB

Bank Muamalat ni 'kawan baik office' Ummi dulu. Kami selalu bekerjasama dlm menjayakan program khususnya yang berkaitan dengan perbankan & kewangan Islam. 

Affin Bank

 
RHB, Public Bank dan Ambank. 


Yang cantik² macam ni Ummi suka simpan, at least sekeping setiap design

Banyak lagi yang cantik² lawa² dan rare tapi malas nak ambil gambar dah... Tapi, dalam banyak² sampul ni, yang👇🏻 paling Ummi suka... 

Nostalgia sangat!
Tengok lukisan ni teringat arwah Tok dengan Maklang Di dok buat ketupat :) 
Dulu memang kami akan bersila atas dangau/pangkin/jemuran begini sambil arwah Tok masukkan pulut dalam sarung ketupat. Lemang yang dah diisi dengan pulut dan santan pula disandar dulu di tepi dangau/jemuran sementara arwah Tok Wan pula sibuk hidupkan api nak bakar lemang. Tugas Ummi angkut lemang bawa ke Tok Wan untuk dibakar. Lepas tu tolong tengokkan api. Kalau kuat sangat, kena tarik kayu api jauh sikit dari lemang. Kalau api nak padam, kena cepat² susun kayu api bagi api melekat semula di kayu. 

Dan, sampul tu juga pasti ada sentimental value terutamanya bagi peminat jenama duCk. Ummi tak pernah pakai tudung duCk tapi Ummi suka baca blog pengasasnya dulu. 

Begitulah, sekeping sampul raya ada seribu satu cerita  :)