Biasanya orang ke Langkawi naik feri penumpang atau kapal terbang. Alhamdulillah Ummi dan Walid dah merasa kedua² perkhidmatan ni. Jadi untuk kali ketiga ke Langkawi, kami pilih khidmat RORO.
Apa itu RORO?
Kaedahnya macam naik feri ke Penang, dulu². Naik feri bersama kenderaan kita. Dalam perjalanan tu boleh keluar dari kereta dan nikmati pemandangan laut. Cuma, nak ke Langkawi naik RORO ni lebih kurang 2 jam ½ juga untuk satu hala. Kalau feri Penang tu sekejap je kan, sebab jarak antara tanah besar dan pulau dekat.
Jom la Ummi nak kongsi pengalaman kami sekeluarga menggunakan khidmat RORO (Rolls on/Rolls off) untuk ke Langkawi tempohari. Kami pilih khidmat RORO kerana;
1. Untuk merasa pengalaman baru
2. Selesa
- tak perlu usung beg naik turun feri
- tak perlu keluar dari the comfort of our own car (bebas nak makan minum, tidur baring dan bawa banyak barang)
- boleh shopping banyak²
3. Mudah sebab tak perlu sewa kereta
- tak perlu ambil dan hantar semula kereta sewa
- isi minyak masuk tank kereta sendiri :)
- lebih jimat sebab sewa MPV (utk 4H3M - trip kami) lebih mahal dari tambang pergi balik guna RORO
Bagi Ummi, guna khidmat RORO ni sesuai untuk keluarga besar atau pun keluarga yang ada anak² kecil. Kalau nak pergi berdua, bertiga tu mungkin naik feri penumpang lebih berbaloi. Sewa kereta kecil/sedan pun dah cukup. Macam kami 6 beranak MPV-lah pilihan yang sesuai dan selesa. Lagi satu, pengalaman tu yang mahal.
Ada 3 syarikat yang menyediakan perkhidmatan RORO ke Langkawi;
1. Langkawi RORO
2. Langkawi Auto
3. Wantas RORO
RORO akan turun di Jeti Tanjung Lembong, bukan di Jeti Kuah.
Jadual perjalanan ni bergantung juga pada cuaca juga. Kami pilih perjalanan perang, sebab slot sebelah pagi semuanya dah sold out.
Survey dulu harga dan waktu perjalanan. Nak naik RORO ni digalakkan berada 1-1 ½ jam awal dari waktu berlepas. RORO ni bukan hanya bawa penumpang bersama kenderaan, tapi ada juga seat untuk penumpang sahaja. Kadang tiket feri penumpang dah sold out, jadi alternatifnya naik RORO. Cuma, tempoh perjalanan lebih panjang. RORO tak boleh laju, sebab berat muatannya; orang, kenderaan..
Pengalaman Naik RORO dari Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembong, Langkawi
Provider: Langkawi RORO
Tambang: RM 332 I 1 buah MPV + 6 orang penumpang
Park dulu kereta, carilah pejabat provider RORO kita untuk cop borang dan sahkan kehadiran kita. Proses di sini kurang teratur, berbanding di Jeti Tanjung Lembong. Untuk first timer macam kami ni memang kena rajin bertanya orang² di situ. Ingatkan RORO yang sampai menjelang pukul 6 tu, RORO Kami. Rupanya RORO lain, yang sepatutnya berlepas pukul 5.30 ptg, dari JKP. Delay ½ jam. Maknanya RORO kami pun akan delay juga. Pergerakan RORO ni pun kena ikut pasang surut air laut juga tak bolehlah nak salahkan depa. Lagi pula, ferinya tak boleh laju pun.
Office Wantas.
Ofis Langkawi RORO Walid tak ambil gambar. Lokasinya dekat parking lot bersebelahan masjid.
Ofis depa semua dalam kabin gini je, bukan dalam bangunan.
Van Gardenia tu baru turun dari RORO. Bersimpang siur dan sempit kawasan ni. Sebab tu kita kena alert dengan RORO kita. Ada kereta dah masuk dalam kawasan berlepas, kena U-turn semula sebab bukan RORO-nya. Ada pegawai² kastam juga dalam tu.
Sport cars ni pun naik RORO. Rupanya semua kereta yang berdaftar di Langkawi perlu berada di pulau tersebut pada setiap 31 Disember. Means, walaupun kereta ni dibawa keluar dari Langkawi, by 31st Dec tu kena ada di Langkawi semula. Nak bawa keluar semula ke tanah besar, 1 Jan onwards. Info ni driver van yang bawa kami ke jeti untuk aktiviti island hopping tu yang bagitau. Selain tu, tak silap Ummi , kereta plat Langkawi ni hanya dibenarkan berada di luar Langkawi untuk tempoh 3 bulan saja setiap tahun. Dulu, ada kawan asal dari Langkawi, pernah la naik kereta dia plate KV tu...
Depa pun naik RORO, boleh bawa motor sekali.
Kereta kami depan sekali, kiri.
Staff depa akan susun elok² bagi muat semua kenderaan. Nak keluar kereta kena mengiring badan sebab memang sempit. Nak buka pintu kereta pun kena hati² takut terlanggar kereta sebelah.
Selesai parking kereta, naik tingkat atas. Ada kerusi, TV, tandas semua... Nak duduk dalam kereta pun boleh tapi boring la 2 jam lebih perjalanannya.
Ada deck untuk tengok luar (laut).
Dah belayar... Cantik betul tengok matahari terbenam. Apatah lagi bila beards di laut. Tenang, damai, kagum semuanya bersatu.
Avengers movies Ummi suka. Tak boring la duduk layan movie ni... Anak⁴ pulak layan phone. Walid tour satu feri. Lepas tu tidur 😆
Adik layan megi cup. RM 6/cup tu. Ada juga jual minuman tapi harganya double la. Harga tengah laut :D
Boleh je nak makan minum dalam RORO ni. Kami pun bawa juga jajan dan minuman. Kemudahan tong sampah disediakan, sama² la kita jaga kebersihan.
Sebelum naik RORO ni kami makan ubat tahan muntah, takut mabuk laut. Tapi syukur takde rasa pening pun. Dan tak rasa pun dilambung ombak sebab RORO ni besar, tak goyang macam bot kecil.
Selepas 2 jam, nampak dah Langkawi. Cuma, nak approach jeti tu ambil masa. Depa nak pasang tanjakan dsbnya...
Nampak MAHA Tower dari kejauhan...
Alhamdulilah selamat sampai di bumi Mahsuri sekitar jam 9.10 mlm. Dari Jeti Tanjung Lembong ni kami terus menuju ke Langkapuri Resort.
All in, 3 jam jugalah termasuk delay awal² tadi tu. Nak susun kenderaan masuk dan keluar dari RORO pun ambil masa sebenarnya. Ini pengalaman pergi, balik nanti lain pula pengalamannya.
dulu2 biasa naik feri je...nk merentas sungai.. kalau feri kecik muat 3 biji kereta, feri besar muat 6 biji kereta... masa kecik2 memang duduk dekat sempadan selangor, perak. memang takde jambatan..sampai sekarang pun takde lagi, tapi perkhidmatan feri dah takde.. kena pusing jauh sikit lah
ReplyDelete