Monday, 11 May 2026

Walid | Debit Kad di Guna Tanpa Pengetahuan


Kisah di suatu pagi ... 

Balik dari surau lepas solat Subuh, Walid perasan ada notification (SMS) dari Bank X. Ada transaction dibuat sekitar jam 2 - 6 pg waktu kita, menggunakan debit card Walid. Tapi transaction dalam USD. Transaction 1st tu dekat Johnny's. Bila masa pulak Walid makan dekat Johnny's pukul 2 pagi. Pukul 2 pagi tu satu hal, makan di Johnny's pun tak pernah kami ni 🫣

Walaupun tak besar mana amount-nya dalam dollar, tapi bila convert ke ringgit ratusan juga jumlahnya. Jadi, tindakan segera diambil;

1. Call Bank X untuk block debit card tu > nanti ke mana² branch Bank X yang berdekatan untuk ganti kad debit

2. Buat report polis > kena attach dlm laporan kpd Bank X 
3. Send email to the bank w the police report > cc sekali BNM ( for their attention/ expedite the refund process etc)

Dalam email tu Walid requested the refund to be made within 7 working days and alhamdulillah as to date 2 dari 3 duit hilang dalam akaun tu Bank X dah ganti semula duit yang hilang tu. 1st transaction dekat Johnny's tu belum diganti lagi. Entah apa isunya, kena follow up lagi. 

Tak tahulah macamana orang tu buat kerja, hacked the system la kot sebab kad debit tu ada pada Walid. Risiko yang terpaksa kita hadap bila berurusan di atas talian I guess 🤷🏻

Hati² semua.  




40 comments:

  1. Bahaya betul sekarang ini.. Memang kena sentiasa berjaga-jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha.
      Kalau transaction dlm RM, mungkin kad kena clone. Tapi overseas transaction ni mgkn keja hackers la kot

      Delete
  2. ya leceh benda2 ni adalah nak kena buat report polis. banyak kerja jadi nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Yan.. leceh. Hopefully tak terjadi pada kita hendaknya 🤲🏻

      Delete
  3. Terer betul orang tu buat kerja. Bahayanya, nasib baik ada dapat notifikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wpun ada notification tapi 3x juga la dia sempat buat kerja. Ialah manalah kita nak perasan, pukul 2-3 pagi tengah lena tidur.

      Delete
  4. Kawan pun pernah kena juga..hampir 1k dalam masa sehari..dia nya tengah mengajar masa tu, memang tak tengok la telefon..bila dapat tengok..terus block kad debit tu..Allahuakbar .risau nya lah..
    Moga yang baiki je..tapi, alhamdulillah dapat juga la duit Walid semula..yang kawan tu, memang burn terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, kesiannya dia.
      Sedih dan terkilan bila benda gini jadi. Kita kadang nak belanja sekian² amount pun berkira², ikut keperluan & bajet tup² depa tibai gitu ja duit kita. Geram 😬

      Delete
  5. Husband saya pernah kena juga mcm ni. Mmg org bank kata antara sebab nya ada guna card utk bayar online. Bukan online banking, tp yang guna mcm credit card masuk nombor 12 digit kat card tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see... Tq² bagi info.
      Tapi itulah, skrg kita banyak guna cashless kan, risiko juga sebenarnya kan

      Delete
  6. Sy sakit hati betul bila baca perkara ni terjadi, tak kiralah sama ada mangsa sy kenal atau tidak. Eiiii.. geram betullah! Semoga cepat selesai urusan Walid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, ralat terkilan marah semua ada. Kita punya la cermat dgn duit tup² orang curi gitu je. Tapi alhamdulillah bank ganti semula. Tapi rasa insecure tu tetap ada

      Delete
  7. simpan duit dalam bank pun dah tak selamat. tak faham juga kan macam mana security boleh kena hack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu... Skrg bank pun dah tak selamat esp skrg kita banyak guna cashless, online transactions dsbnya. Ada la tu loopholes yg dimanfaatkan oleh orang² x bertanggungjawab ni

      Delete
  8. uish.. banyak amount nya tu..
    Mujur terus bertindak dan dapat balik, tinggal satu je lagi.

    ReplyDelete
  9. SA sendiri pernah kena..tapi credit card...memang bahaya sekarang PH...

    ReplyDelete
  10. Aitttt debit card pun boleh klon ke. Saya pernah kena kredit kad. Sebab tu sekarang pin nomber untuk amount bayar lebih tinggi saya tak guna. Nasib baik dia apung je. Ada pulak tengah malam kita tengah tidur tiba2 mes ada orang dah guna kad kredit kiter. Nasib baik dapat balik. Ghisau dengan sistem perbankan malaysia ni. Asyik kena scam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kredit card pernah kena juga Kak Notie :(
      Bahaya betul, mudah sangat org curi duit dlm bank kita. Dulu rasa bank tu selamat, tapi sejak ada online banking ni macam² hal jadi huhu

      Delete
  11. Alamak..Bahaya ni sis. Mcm ni kena beli wallet baru yg ada anti apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye? Entah la kes my husband ni card kena clone ke camne x tau le. Tapi kami suspect hackers punya kerja la

      Delete
  12. Sedara Cuya pon berpuluh ribu lesap bila dia guna touchngo.
    Lepastu dh kena hire peguam utk dptkn balik duit tu. Lepastu bank bayar balik 1 juta kt dia. Dh jdi org kaya baru hahaha. Ad hikmah hilang duit

    ReplyDelete
  13. Sedara Cuya pon berpuluh ribu lesap bila dia guna touchngo.
    Lepastu dh kena hire peguam utk dptkn balik duit tu. Lepastu bank bayar balik 1 juta kt dia. Dh jdi org kaya baru hahaha. Ad hikmah hilang duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau T&G /e-wallet lagi rumit dengarnya. Bagus la sedara Cuya tu hired lawyer, nak handle sendiri leceh. Lagipun duit ribu riban tu mmg kena tuntut la sampai dapat balik

      Delete
  14. cc sekali kat bnm tu...nak kena guna email apa yer? nak save info siap2...memang hacking ni selalu terjadi lah kat saper2 pun...MZ dh pernah kena few times tp my credit card, debit card so far selamat---lg pun dlm akaun utk debit card tu, jrg2 ada duit yg byk tp kdg2 ada jer letak duit dlm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband pernah kena juga credit card sblm ni. Same case, overseas transaction juga.

      Ni email BNM tu MZ;
      bnmtelelink@bnm.gov.my
      bnmlink@bnm.gov.my

      Delete
  15. sy kena jg mcm ni thn lps bln 9 tp transaksi dlm RM. cuak tu mmg x leh ckp laa sbb bkn sikit amaunnya. dah laa kite ni bkn berduit sgt. tu pn nk sebat jg ke? sbb kejadian tu berlaku sabtu so isnin br sy g bank. trs tkr kad baru. mmg x halalkan laa org yg buat keje2 mcm ni. dia igt kite keje bagai nk rak sng2 je nk rembat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Punyalah cermat & jimat berbelanja, tup² gitu je depa sapu duit kita. Dulu sebelum ada online banking ni rasa selamat duit dalam bank, now bila online banking rasa x berapa secure pulak duit kita dlm bank tu.

      Delete
  16. Risaunya jadi begini.. jadi masalah kepada kita untuk buat report pula. Serabut tu tak tahu nak cakapkanlah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita la yg kena bersusah payah buat report dsbnya. Orang yg curi tu xde apa² pun tindakan dapat diambil terhadapnya. Geram kan 😬

      Delete
  17. Lagi satu kan PH...cuba guna wallet RFID Blocking Card....dengan cara ini wave dari card tu pencuri tak leh curi atau scan sebab wallet tu block wave elektromagnetik dari luar.

    ReplyDelete
  18. Moga kita dijauhkan dari orang berniat jahat ni. Macam2 mereka boleh buat.

    ReplyDelete
  19. Fuh! Syukurlah orang tu belum sempat berjoli sakan.
    Leceh jugak ya sampai kena buat report polis, ingat kot cukup kita report ke bank. Apa pun Alhamdulillah dah dapat kembali sebahagian amaun yang dicuri tu.

    ReplyDelete
  20. Gigih la saya Google cara2 hackers ni curi guna kad debit tanpa pengetahuan kita:

    1. Penipuan Kad: Penjenayah melampirkan peranti kecil yang tersembunyi pada pembaca kad ATM, pam gas atau terminal runcit. "Penipu" ini menyalin data daripada jalur magnet kad anda semasa anda meleretnya.
    2. Penipuan Pancingan Data ("Phishing"): Penggodam menghantar e-mel, teks atau panggilan palsu yang kelihatan seperti daripada bank anda atau syarikat yang dipercayai, memperdayakan anda supaya memasukkan butiran kad anda pada tapak web penipuan.
    3. Pelanggaran Data ("Data Breach"): Jika anda telah menyimpan maklumat kad anda di laman web, penggodam boleh mencuri maklumat pelanggan secara pukal dari pelayan syarikat.
    4. BIN Serangan: Menggunakan perisian automatik, penjenayah meneka nombor kad yang sah secara matematik dengan bermula dengan Nombor Pengenalan Bank (BIN) yang diketahui dan menguji beribu-ribu kombinasi sehingga mereka menemui satu yang berkesan.
    5. Perisian hasad (Malware) dan Perisian Pengintip (Spyware): Perisian berniat jahat (seperti keylogger) boleh dipasang pada komputer atau telefon pintar anda melalui muat turun yang dijangkiti, merekodkan ketukan kekunci anda untuk menangkap butiran kad semasa anda menaipnya.
    6. Ghost tapping - Penipuan moden di mana penjenayah menggunakan pembaca NFC mudah alih di kawasan sesak untuk "mengetik" telefon atau dompet anda dari jauh, mencuri maklumat daripada dompet digital atau kad tanpa sentuh.

    ReplyDelete
  21. Nauzubillahi minzaalik. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete