Thursday, 23 October 2025

Trekking Hutan Kecil

Rabu minggu lepas berjaya trekking hutan kecil yang Ummi teringin nak masuk tu. Ada dalam entry ni kisahnya. Ada hiker lain ajak Ummi join. Bagai orang mengantuk disorong bantal la Ummi pun. 

Jom! 

Lawa struktur tanah yang terhakis oleh hujan. Uncle Cina sorang tu bagitau Ummi everytime hujan, bentuk dia berubah. Ialah, hakisan air hujan berlaku sebab takde pokok yang cover tanah ni. 

Hari tu Kak Rawiwa ada tanya, ada lagi ke hutan hijau² dekat Sri Gombak ni...jawapannya ada :D 
Hidden treasure 😁

Stunning

Atas ni nampak lagi jelas PNB 118 dan KL Tower. 

Sepanjang trekking ni dengar bunyi air ye... Kata diorang ada sungai nun di bawah tebing/cenuram. Takde access ke sana sebab semak dan curam. 

Banyak paku pakis. 

Bila berjalan dalam hutan kecil ni teringat kenangan zaman kecil. Tok Wan selalu bawa Ummi dan kawan² sekampung masuk hutan cari hasil hutan; petai cambah, jering cambah, buah salak, buah rotan, cari pucuk ceperai, ulam umbut tepus dll ... Kadang Ummi ikut Tok Wan tahan jerat burung. Setiap hujung minggu pula ikut Tok kutip getah skrap. Macam² la kenangan masuk hutan, sebab tu Ummi suka hutan dan kehijauan. 

Sedar tak sedar dah sampai ke pangkal jalan :) 

Alhamdulillah berjaya juga sampai ke sini. 
Keluar masuk hutan ni dalam 1km je kot. Dapatlah tambah jarak dan steps. Chaiyok


20 comments:

  1. bestnya trekking! ada pacat tak? MZ ni takut/geli dgn pacat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...seronoknya nampak hijau je... refreshing...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah take care pH...hiking Ni best sgt dpt tmbh step kuar peluh n fit

    ReplyDelete
  4. Perghhh... dia dah masuk hutan pulak ya. Tak lama mungkin dah ada atas Bukit Broga, hihi.

    ReplyDelete
  5. tercapai dah hasrat PH kan, Alhamdulillah.. cuma lately ni musim hujan agak bahaya untuk naik ke kawasan berbukit .. semoga yang baik-baik semuanya, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam sampai atas bukit, hujan Kak Ana. Terpaksalah lari balik rumah haha

      Delete
  6. Seronok trekking macam ni...eh nanti join x Family Day? ada briskwalk gak macam sebelum ni...jommmmm....

    ReplyDelete
  7. Lawa view kat atas ya, PH. Seronok dapat masuk hutan. Tenang je rasa tengok pokok. 🥰

    ReplyDelete
  8. Lawanya view dia.. Alhamdulillah.. Riadah yang menyihatkan..

    ReplyDelete
  9. Kalau gini selalu, sihat la badan PH kan....lepas tu berat pun boleh maintain.....suka sangat hijau ni sebab tenang je....lepas tu kalau terjumpa pula haiwan ke, serangga ke, bunga ke mesti best kan.....

    ReplyDelete
  10. Seronok PH ada memori gitu dengan Tok Wan. Dapat kenal pelbagai jenis hasil hutan.

    Walaupun keluar masuk cuma 1km, tapi banyak dapat bakar kalori bila mendaki ni. Tak sama dengan jalan rata. Tahniah PH 👏🏽

    ReplyDelete
  11. best.. saya pun suka jungle trekking.. boleh dikatakan sekurangnya sebulan sekali saya akan mencari hutan hijau, alur jenih.. terapi untuk diri hilangkan stress hehe

    ReplyDelete
  12. Hiking kat situ takde terserempak dgn 'capybara' ke sis? 😆 teringat dulu masa duduk dekat SG belakang apartment kiteorg tu kan ada hutan simpan, selalu je 'capybara' anak-beranak muncul tepi rumah nak cari makanan dekat area tong sampah besar luar apartment tu hehe

    ReplyDelete
  13. cantik bentuk hakisan tu. tapi risau gak lama2 makin terhakis teruk pulakk

    ReplyDelete
  14. Tanah bentuk hakisan tu kalau gambarnya di luar negara...pasti kita kagum kemain...Tapi sebanarnya untuk kita di sini pun Allah dah kurniakan ...pun cantik ..kan

    ReplyDelete
  15. oo ada petai cambah rupanya. Biasa nampak jering cambah.
    harap-harap PH atau hikers lain dapat laluan ke sungai tu nanti...

    ReplyDelete
  16. Zaman kecil saya suka masuk ke hutan kecil belakang rumah di Aceh. Memang seruuuu, Krn banyak yg bisa dilihat. Pindah jakarta, wassalam lah. Tak ada lagi hutan2 begini kak. Masih bagus di sana tetap ada hutan hijau begitu 😍

    ReplyDelete
  17. Bestnya. Ammi disini takde pun jiran yg pagi or petang keluar BW atau even duduk2 depan rumah. Terasa seperti katak dibawah tempurung pulak duduk di Seremban ni.

    ReplyDelete