Sunday, 31 August 2025

Tiramisu akhirnya...

Orang dah muak makan tiramisu, Ummi baru nak join the club 😁

Ini pun sebab Kakak asyiklah dok minta beli. Kita ni dah pernah makan dulu² kan so takdelah rasa hype sangat nak makan tiramisu ni. Tapi dak Gen Z ni belum pernah rasa. 

Jadinya bila Acik Solehah open order, Ummi belilah...

Classic sebekas...

Choc sebekas. 
Abang Angah pun bolehlah pakat rasa sementara PB Merdeka ni. 


Seperti biasa, airtangan AS tak pernah mengecewakan πŸ‘πŸ» 
Bahan² yang digunakan semuanya premium jadi rΓ sanya memang padu. 

Selamat Hari Kebangsaan ke 68 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Merdeka semua! 

Acara wajib setiap kali tiba Hari Kebangsaan, tengok perarakan Merdeka. Walaupun sekadar di kaca TV, tapi tetap terasa kemeriahannya. 

Biduanita Negara 😍
Lawalah baju Tokti ni... 
Warna burgundy kan? 
Baju yang Tokti pakai pergi rehearsal pun dengarnya sold out ye? Kuat betul penangan Tokti. 

Seperti biasalah kan, pertunjukan udara paling ditunggu². Kali ni Panglima Tentera Udara sendiri terbangkan pesawat Sukhoi dari Pengkalan  Udara TUDM Subang ke Putrajaya. Paling win masa pesawat buat formasi turun dan terbalik. Tak pasti Tan Sri atau juruterbang lain yang buat formasi tu. Tak dengar sangat pengacara TV cakap apa. Dah masing² excited, riuh rendah suara kami anak beranak je πŸ˜† 

Kami lepak di rumah je long weekend ni. 
Relax & recharge @ home sweet home. 


Saturday, 30 August 2025

Recap ~Week 34, 2025

Week 34: 20/8-26/8, 2025

RABU Ziarah kubur Tok. 
Sekarang ni pergi kubur pun rasa tenang, faktor usia kot. Dulu kecik² lalu depan kubur takut 🫣 Tapi, hari² kena juga lalu sebab nak pergi sekolah agama di masjid. 

KHAMIS Acara mingguan bacaan Yasin F5. Kali ni diketuai oleh Ustaz Muhammad Ariffin @ Uncle Ipin. Anggota kumpulan nasyid Hijjaz ayah Hadi ni.  

JUMAAT Macam takde apa² yang menarik  :) 

SABTU Kakak joined bengkel online ni. Bagi warm up sikit pasal PKSK ni sebab sekarang ni fokus dia PSRA. Pagi Walid joined Gotong Royong Madani dan tengahari kami makan kenduri di Batu Muda. Full of activities today

AHAD Lepas beli karpet tu, pusing² sekejap dekat Taman Rekreasi Gua Damai ni. Ramai tengah beratur nak rock climbing

ISNIN Selesaikan bayaran KSIB Abang. Ikutkan takde outstanding tapi AJK  minta bayar advance untuk 3 bulan akan datang sebab KSIB nak pakai duit. Ialah banyak program nak dilaksanakan untuk anak² F5 ni. 

SELASA Walid singgah solat Maghrib dekat Shell MRR2, beli teh ais dekat Shell Cafe. Saja nak rasa. Rasa teh kurang, lebih rasa susu. Bolehlah takat nak rasa. 

Jalan² @ Melawati Mall

Walid nak cari baju kerja dekat Polo Haus Melawati Mall. 
Ummi nak cari hadiah utk cikgu yang bakal berpindah. 
Sampai main entrance, kami bawa haluan masing² haha... Malas nak teman Walid cari baju, ceferefewetfet 🀭

Cantik deko Merdeka di MM ni. Simple tapi nice kan... 

Ummi gi Brand's Outlet dulu. 
Nampak beg ni berkenan, angkatlah satu. Memang nak cari beg untuk daily use sebab beg Ummi dah rosak. Then ambil blouse sehelai. Suka cari blouse dekat sini, banyak cutting jenis loose dan labuh. Harga pun affordable. Dua items ni RM80 je. 

Bagai dikata, Ummi dah habis shopping Walid dok memilih baju lagi 😁

PWP duffel bag RM38. Bolehlah buat isi kain baju untuk overnight stay memana. 

Lastly barulah pergi cari hadiah. Alhamdulillah jumpa yang dihajati. 

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 68! 
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


Friday, 29 August 2025

Kuih Puteri Ayu Cheese

Hari ni busy, menjemput anak² di asrama di samping menguruskan Adik Kakak. Alhamdulillah Hujan lebat petang tadi tapi alhamdulillah dah selamat sampai di rumah baru hujan turun. Kalau hujan, pemanduan lebih mencabar dan aliran trafik pun jadi lebih perlahan. Ditambah pula long weekend ni kan, silap² nak balik ke SG pun jammed. Ini Walid bagitau dekat MRR2 hala ke Tol Gombak tu melekat. Semoga dipermudahkan urusan semua ye.

Masa menunggu Angah tadi Ummi tegurlah Cg Siti yang lalu sebelah kereta. Terus cikgu offer kuih Puteri Ayu Cheese ni. Angah pun dapat sebiji. Alhamdulillah rezeki 😁

Pertama kali Ummi pun jumpa dan makan kuih ni. Kalau Puteri Ayu biasa (yang letak kelapa parut) tu memang pantang jumpa, Ummi beli/makan. Suka kuih ni. Yang versi cheese ni pun sedap. 

Bagi Ummi okay je ada pembaharuan gini, mungkin boleh tarik minat anak² muda juga untuk kenal dan minat dengan kuih-muih tradisional ni. Depa kan suka benda² ber-cheese ni. Tapi itulah, Angah tak nak makan. Bila offer dekat Abang pun tak nak juga. Kakak je katanya nak rasa. 

Dah terlanjur Cik Ita komen tu, cepat²lah masuk jarum... Hopefully cuti Merdeka ni Cik Ita bukalah tempahan.   


Thursday, 28 August 2025

Pengalaman Tukar IC di UTC Sentul

Setelah sejam lebih perjalanan dari JPN Batu Caves, sampailah ke UTC Sentul. Punyalah lama kan padahal BC ke Sentul tu ikut Batu Muda bukan jauh mana pun. 

Terus naik Tingkat 3, pejabat JPN dekat situ. 
Pergi kaunter untuk ambil nombor. Nanti pegawai akan tanya tujuan kita sebelum diberi nombor giliran. Ummi cakap nak tukar IC, sebab rosak. Pegawai minta tengok. 

Plastiknya dah terkopak. 
Last time tukar IC ni lepas balik haji (> 10 yrs). Buat dekat sini juga cuma masa tu Ummi rasa lain sikit ofis JPN ni. Sekarang lawa dan selesa. 

Boleh ke siap dalam masa satu hari? Ummi pula tanya pegawai tu. Dia tanya balik, alamat sama? Ye, sama balas Ummi. Boleh katanya, jika tak ada masalah dgn cap jari. 

Dah dapat nombor giliran, duduklah dulu tunggu dipanggil. 

Waktu operasi. 

Bila nombor dipanggil tu, pergilah ke kaunter yang ditetapkan. Serahkan IC kita, thumb print untuk pengesahan. Untuk tukar IC sebab rosak ni kena bayar RM10. Payment thru debit card/Visa je. Alhamdulillah takde masalah cap jari Ummi jadi Ummi diminta ambil gambar. Kita akan diberi slip untuk next process. 

Masa nak ambil gambar tu kena alert bila nama dipanggil. Sebab utk ambil gambar ni tak guna nombor giliran, panggil nama je. ± 5 minit siap ambil gambar kemudian letak slip yang diberi oleh pegawai di kaunter tadi di kaunter yang ditetapkan (kaunter serahan). So tunggulah dalam ½ jam hingga ke sejam untuk dapat IC baru. 

Alhamdulillah mudah dan pantas urusannya. Tak perlu isi borang dsbnya sebab details kita dah ada dalam rekod JPN. Ini untuk kes macam Ummi la. Lain kes mungkin lain caranya. 





Ke JPN Batu Caves

Usai bersarapan di Restoran Mak Limah tu kami terus gerak ke JPN Batu Caves. Inilah tujuan utama datang ke area sini. 

Elok je pintu pejabat buka, teruslah serbu πŸ˜…
Ini percubaan kedua Ummi nak tukar IC yang rosak jadi memang harap urusan kali ni berjalan lancar. 

Percubaan kali pertama di UTC Keramat gagal sebab pejabat JPN ni tutup sementara untuk renovation

Bila nak ambil nombor giliran tu, pegawai bertugas bagitau dekat JPN cawangan Batu Caves ni kena tunggu 2 minggu baru IC siap. Lamanya :( 
Itu takpe lagi, IC rosak ni kena tinggalkan dekat depa dan depa akan surat sebagai bukti IC kita sedang diganti something like that la. Valid ke surat ni Ummi tanya pegawai tu. Katanya tak semua urusan terima surat ni. Contoh kalau urusan bank still kena guna IC. Pulak πŸ˜… Ikutkan takdelah nak berurusan dgn mana² bank dalam masa terdekat tapi rasa tak tenang pulak berjalan sana sini tanpa IC. Tiba² ada roadblock ke, risau jugalah. Tak pasti polis terima atau tak surat JPN ni. 

Jadi, Ummi decided untuk tak buat IC di sini. 

Pegawai tu tunjukkan bunting yang ada maklumat pejabat² JPN yang boleh siapkan IC dalam masa setengah jam lebih kurang. Kebanyakannya pejabat JPN negerilah. Kalau Selangor ni di Shah Alam. Di KL Ummi tak sure dekat mana JPN negeri. 

Since dah determined nak selesaikan urusan IC ni hari ni juga, jom la ke tempat lain. Sebelum tu call dulu untuk kepastian. 

Tak memasal join orang nak gi kerja, apalagi makan jem tanpa roti ' la kita :p 

Wednesday, 27 August 2025

Sarapan di Restoran Mak Limah, Batu Caves

Banyak betul urusan semalam. 
Apa² hal pun kita makan dulu 😁


Jam 7.30 pg dah berada di Restoran Mak Limah Batu Caves untuk sarapan memandangkan ada urusan di agensi kerajaan berhampiran. 

Makanan semuanya baru dikeluarkan, untung datang awal. Lauk pauk dan kuih muih panas² lagi. 

Nasi goreng Ummi ni pun baru je diletak dalam tray. Ambil juga begedil seketul dan rendang limpa. Rendang limpa ni kalau teringin beli je la, lagi mudah. Ummi je pun yang suka limpa dekat rumah ni. Anak⁴ menurun ikut Walid, kurang gemar hati dan limpa. Popia sayur pun baru digoreng, haruslah ambil sebiji. 

Walid pun ambil nasi goreng. Ada lauk sardin seketul, telur puyuh, telur mata dan kuih keria seketul. 

Makanan dekat sini sedap ye, masakan Melayu. Pilihan pun banyak. Harga pun bagi Ummi agak murah. Makanan kami berdua πŸ‘†πŸ» dengan air teh tarik dan neskepe O jumlahnya RM21. Murah rasanya sebab masing² pun ambil lebih dari satu jenis lauk/masakan. 

Kami makan di luar ni. 
Sejuk bila ada angin pagi sekali sekala berpupuk. Vibe macam lepak kedai mamak. Tapi makanannya makanan Melayu πŸ‘πŸ»

Restoran ni di belakang Petronas Jln Sg Tua. Pernah makan di sini sebelum ni. Lama dah... Sekarang restoran nampak lebih ceria (cat baru kot). 

Restoran Mak Limah 
Lot 11, Jalan Dataran Selayang 2, 
Dataran Selayang, 
68100 Batu Caves, 
Selangor

Tuesday, 26 August 2025

Bila Berjalan...

Paklong share gambar ni dalam group WA kami adik beradik... Macam tau² je Ummi sekarang ni amalkan morning walk :) 


Cortisol tu related to stress hormone, kalau tinggi boleh sebabkan pelbagai penyakit fizikal dan mental. 


Dopamine pula secara amnya hormon gembira yang dilepaskan bila kita cuba capai sesuatu untuk reward diri sendiri. 

Alhamdulillah Ummi berjaya kekalkan rutin morning walk sejak sebulan lepas. Ada juga sehari dua skipped tapi alhamdulillah berjaya jadikan ianya rutin harian. 

Masa awal² dulu nak dapat 2km ni mengah, jalan pun slow² je. But after some time makin laju pace-nya dan 2km ni rasa mudah je. Dah dapat rentak kata orang. Hari² tukar route supaya tak bosan and for safety reason jugalah. Sesekali bila keluar ke SG, singgah di Taman Tasik Sri Gombak

Poster ni juga salah satu wake up call untuk Ummi berjinak dengan aktiviti morning walk. Bila kata betis ni jantung kedua, rasa risaulah juga sebab Ummi selalu sakit dan lenguh di bahagian betis terutamanya masa nak tidur. Puas jugalah nak dapat tidur atau tidur semula bila terjaga di tengah malam. Sekarang alhamdulillah tidur Ummi lebih selesa dan tak lagi susah nak tidur sebab betis dah tak lenguh alhamdulillah. 


Monday, 25 August 2025

Giveaway Mencari Saham Akhirat


Meriah dunia blog hari ni ...
Kak Amie buka peluang teka bilangan buah mangga manila, SK pulak nak bagi hadiah kpd pengunjung blog ke 34343434 dan terkini blogger Notie buat Giveaway Mencari Saham Akhirat. Konsepnya pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. Kiut hehe... 

Syaratnya teramat mudah... 

1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadiah lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.

Ada hadiah menarik untuk 10 penyertaan terawal! 

Tak pastilah Ummi ni sempat ke tidak tapi kita join je la untuk memeriahkan suasana. 
Gitewww :D 


Wedding @ D'Casa Mahligai, Wisma SBC, Batu Caves

Alhamdulillah Sabtu makan kenduri, Ahad pun ada jemputan kenduri kahwin juga. Kali ni dari ahli kariah surau, Hj Burhanuddin. 


Terpesona Ummi tengok dekorasi indah macam ni. 

Asyiklah pandang² kat atas ni, lawa dekorasinya menarik hati. 

Besar dan selesa.
Lengkap dengan surau dan bilik air. 
Pertama kali kami ke sini. Tak sangka di Wisma SBC ni ada dewan cantik begini. Dewan ni di tingkat 3, tapi ada lif. 

Alhamdulillah lauk pauk semua sedap. 
Kali ni kami dapat makan dengan tenang sebab pergi lepas solat Zohor. Tetamu dah makin berkurang.

Menu sampingan hanya tinggal cendol dan bubur kacang. Kedua²nya sedap πŸ‘πŸ» 

Photo booth di luar dewan. Pun dihias indah

Beras Faiza sebagai tanda terima kasih dari tuan rumah utk para tetamu. Tetamu cilik dapat sebekas popcorn

Sekali lagi, terima kasih tuan rumah atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 



Gotong Royong Madani


Sebelum ke kenduri di Dewan Komuniti Batu Muda, pagi tu Walid ke sekolah Angah dulu. Ada program Gotong Royong Madani. Rasanya banyak sekolah buat gotong royong bulan ni. Tengok status kawan² cikgu pun saban minggu ada yang share tentang gotong royong sekolah masing². 

Waris F2 ditugaskan untuk bersih tandas di bangunan sekolah. Tak best betul tugasan yang kami dapat 🀭 Tugasan ni bukan saja meliputi kerja² pembersihan tapi juga repair dan penambahbaikan. Syukurlah di kalangan waris ni ada yang pandai dalam bab ni. Shout out utk En Syawal dan beberapa orang ayah lain yang bukan saja bertungkus-lumus pada hari Sabtu tu, tapi hari Ahad semalam pun datang lagi siapkan kerja. Antaranya menukar dan membaiki pam tandas. 

Antara yang perlu dan dah siap dibaiki. 

Terima kasih banyak ibu ayah yang bersatu hati sumbanh tenaga, masa dan wang ringgit untuk keselesaan anak² dan warga sekolah. Jazakumullahu khairan kathira

Sunday, 24 August 2025

Wedding @ Dewan Komuniti Batu Muda

Sekali lagi diundang oleh Tn Hj Yusof ke majlis perkahwinan anaknya. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Batu Muda. 6 tahun lepas kami pernah hadir ke dewan ni, atas undangan Tn  Hj Yusof juga. Kali ni anak bongsu beliau yang diraikan.

#forevermuadznanie ❤️

Best selection buahnya; ada honey dew dan anggur selain tembikai dan oren. Sambal belacan tu sedap, pedas. Kami berdua ambil nasi je sebab tetamu tengah ramai, peak hour. Dah selesai makan nasi, terus bangun. Malas nak beratur ambil kuih-muih, apam balik, aiskrim dll yang disediakan oleh tuan rumah. 
Walid pun tak sabar² nampaknya nak tegur kawan² ofis lamanya 🀭

Ada Tn Amir, Cik Ain...  Itu je yang Ummi kenal pun. Itu pun tak berapa nak cam Cik Ain. Lama sangat tak jumpa kan. Plus tak expect akan jumpa, itu yang blur sekejap masa dia datang tegur. Udah le dia tanya "kenal tak?" 
Ummi paling tak suka dapat soalan ni haha... Kalau kita ingat takpe, kalau tak ingat tu haru! Risau takut orang kecil hati kalau kita lupa namanya.  


Token untuk tuan rumah. 
Cantik sampul raya MDV ni, ambillah gambar sebelum sampul bertukar tangan :) 

Cenderahati dari tuan rumah. 
Ada biskut White Castle dalam ni. 

Sekali lagi terima kasih banyak Tn Hj Yusof atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹