Monday 23 November 2020

Diari Tok ~ Terima kasih semua ❤️



Terima kasih kepada semua sahabat bloggers yang mengutuskan salam takziah dan doa untuk Tok 🌹

Hari ni genap seminggu Tok pergi meninggalkan kami. Kamar Tok pun dah Ummi kemaskan. Barang-barang peribadi Tok mana yang nak disimpan, dibahagi/disedekahkan atau dibuang semua Ummi dah kategorikan.




Lebihan lampin dewasa Tok. Ummi nak sedekahkan kepada jiran Ummi yang ibu mertuanya pun sedang uzur. Begitu juga baki ubat-ubat Tok, hajatnya nak pulangkan kepada hospital. 


Kain batik untuk Ustazah. Pesanan Tok supaya Ummi hadiahkan sehelai kain batik kepada Ustazah dah Ummi tunaikan. Selendang putih tu pula Ustazah pinjamkan untuk tutup wajah Tok. Dek kalut, Ummi tak jumpa selendang yang Tok simpan di bawah katilnya :(

Walaupun sedih tapi Allah hadirkan dalam diri kepuasan yang sukar digambarkan sebab berpeluang jaga dan teman Tok dari sihat hingga ke saat akhir. Hampir 10 tahun juga Tok bersama kami. Ummi pun tak ingat bila Tok mula tinggal bergilir-gilir di rumah anak-anak. Cuma yang pasti, lepas Ummi balik haji 6 tahun lepas, Tok tinggal secara tetap dengan kami. Sekali sekala ke rumah anak-anak yang lain. Jadi, tak hairanlah bila ramai yang kenal Tok sama ada jiran-jiran mahupun rakan taulan Ummi dan Walid. Waktu Tok sihat selalu juga kami bawa ke kenduri/majlis yang kami pergi. Malah, ada yang memanggil Tok 'Mak' sebab Tok sangat keibuan sifatnya. Ramai orang senang dan sayang. Besar hati Ummi dengan kehadiran mereka yang memberi penghormatan terakhir buat Tok bermula dari berita kematiannya tersebar hinggalah sekarang masih ada yang mengutus takziah.  

Usai solat Isyak, jiran dan kenalan mula berkunjung. Jemaah surau juga datang berziarah dan mengadakan tahlil untuk Tok. Terima kasih Ira, Mak Bee dan bibik mereka yang menyediakan makanan dan minuman untuk malam tersebut. Begitu juga untuk sarapan keesokan paginya; Ira sekali lagi menyumbang. Ustazah juga tidak ketinggalan menyediakan nasi goreng dan teh tarik untuk kami semua. Paktam turut menyedekahkan roti canai untuk kami. "Tumpang kenduri" katanya. Alhamdulillah. 

Selepas solat Subuh sekali lagi jemaah surau datang mengadakan tahlil. Kali ni diketuai oleh Ustaz Syed sendiri dengan ditemani oleh Pengerusi surau. Rombongan kali ni lebih ramai alhamdulillah. Seronok tengok 'bahagian' Tok. 

Ramai saudara mara di kampung yang terkilan kerana tak dapat hadir. Tapi terpaksa akur kerana tak semua diberi kebenaran merentas negeri kecuali ahli keluarga terdekat seperti anak atau cucu. Ummi tahu mereka tetap mendoakan Tok dari jauh. Ada juga saudara yang tak pernah Ummi ketemu muncul di masjid. Yang tak sempat datang juga mengucapkan takziah melalui panggilan telefon dan mesej. 

Terima kasih adik beradik dan anak-anak saudara Ummi kerana memudahkan urusan akhir Tok. Alhamdulillah cucu-cucu perempuan Tok bersama Ummi, Makngah dan Makcik sama-sama berpeluang memandikan jenazah Tok. Walaupun masing-masing tiada pengalaman tapi peluang terakhir kami untuk berbakti pada Tok menjadi memori indah buat kami semua. 

Cucu-cucu lelaki Tok pula bersama Walid menjadi tulang belakang sewaktu upacara pengebumian. Alhamdulillah masing-masing diberi rezeki untuk berbakti kepada Tok. 

Maksu sayang semua ❤️

Setinggi penghargaan juga, kepada pihak maajid yang membantu melancarkan pengurusan jebazah Tok. Dengan izin Allah segala urusan akhir Tok dipermudahkan alhamdulillah. 


Walaupun tiba selepas semua urusan akhir Tok disempurnakan tapi kehadiran Tok Umi dan Tok Ayah dari kampung sangat dihargai. Mengubat hati Abang dan adik-adiknya. Lain macam nampak mesranya depa dengan Tok Ayah kali ni 😊 Moga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik selalu. Dapatlah cucu-cucu bermanja. 


Buat Walid, hanya doa yang mampu Ummi hadiahkan agar hidup dan kehidupan Walid diberkati Allah selalu dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Tak mampu Ummi nak balas jasa Walid mengizinkan Tok tinggal bersama kami, menyara Tok, menyantuni Tok dan sentiasa bermanis muka dengan Tok. Malah tak terhitung banyaknya budi dan pengorban Walid terhadap Tok. Adakalanya Ummi terpaksa dahulukan Tok, lebihkan Tok... Tatkala Ummi rasa 'down', penat, stress Walid lah pemberi semangat untuk Ummi. "Sabaq banyak-banyak..." katanya selalu. Alhamdulillah Walid sangat memahami dan mengizinkan Ummi terus berbakti kepada Tok. Tok pun tak putus-putus menyebut dan memuji kebaikan Walid. Hingga ke saat akhir nama Walid disebut berkali-kali... Kadang tu cemburu juga Ummi 😅  ❤️جزک الله خير الجزء

Imamku 😍

Doa Ummi agar Allah izinkan kami diberi peluang untuk berbakti kepada Tok Umi dan Tok Ayah pula. Moga ada rezeki kami dapat menatap wajah mereka setiap hari harapnya. Aamiin. 

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk menyempurnakan sebaik mungkin urusan akhir Mak.
 الحمدلله على کل حال 

8 comments:

  1. Janji Allah itu pasti. Daripadanya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Alhamdulillah, rezeki Allah beri untuk berbakti hingga akhir hayat Tok.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat jaga hingga ke akhir hayat dan dapat suami memahami dan membantu.

    ReplyDelete
  3. Semoga too ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

    ReplyDelete
  4. Puan Hazel, my deepest condolences to your and your family on the loss of your mum. It is an inevitable experience that all of us must go through in our life. I hope to have your courage and strength when my time comes. Please take care.

    ReplyDelete
  5. salam takziah kak.. semoga tenang Tok disana disamping pencipta. insyallah semua yang baik2 saja.. kita doakan..

    ReplyDelete
  6. Allahu sayunya tgk gambar barang2 peninggqlan arwah. Salam takziah

    ReplyDelete
  7. Allahu...nangis kita baca kak....moga Allah limpahkan rahmat dan pahala kepada akak sekeluarga kerana menjaga arwah tok sebaiknya sehingga ke akhir hayatnya...dan mudah-mudahan arwah tok ditempatkan bersama-sama hambaNya yang bertaqwa..ameen

    ReplyDelete