Wednesday 5 June 2013

Ikan Bakar Alai, Melaka


 

Alhamdulillah, kesihatan kembali pulih... it's time for me to re-start blogging. It's time to  jalan-jalan cari makan also setelah lebih 2 bulan hilang selera makan. Payback time huh? Just kidding. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bak kata suami "banyak pahala ummi dapat". Insha Allah.

Berbalik kepada tajuk di atas, kebetulan ada jemputan kenduri dari Pakcik & Makcik Segamat, kami mengambil kesempatan untuk singgah di Melaka ~ makan ikan bakar. Kali ini pilihan kami di Alai. Kebiasaanya kami ke Umbai, tetapi kali ini bertukar selera. 

Pilihan utama kami Deli Ikan Bakar tetapi sewaktu call untuk booking, kami dimaklumkan kedai beliau sedang dalam proses ubahsuai untuk keperluan Ramadhan kelak. Sempat beliau pesan agar kami mencuba di gerai no 2 atau no 3 milik majlis daerah, yang terletak di medan ikan bakar tersebut. 

Bagi yang pertama kali untuk ke sini, pastikan anda tidak terlepas pintu gerbang Kampung Alai ni. Ini kerana tiada sign board untuk ke Alai, tetapi untuk ke Umbai memang jelas terpampang di sign board. Arah Alai juga sama seperti ke Umbai, cuma ia lebih dekat. Selepas Jambatan Sg Punggur, belok ke kanan (land marknya ialah pintu gerbang Kg Alai).

Kami tiba menjelang Maghrib, sudah ramai pelanggan di medan ikan bakar tersebut. Terus kami menuju ke gerai no 2 memandangkan gerai no 3 ada satu big group. Kami play safe - tamau tunggu lama-lama sangat sebab penat seharian perjalanan dari KL-Segamat-Melaka...:)

Pelbagai pilihan yang ada

Pilihan saya - ikan serkut masak 3 rasa, kembung bakar dan sotong goreng tepung. Itu sahaja, cukup! Pengalaman sebelum ini mengajar kami agar order ala kadar sahaja dan menikmati sepenuhnya makanan tersebut. Kerang bakar, sayur campur dsbnya tak perlu - boleh masak sendiri di rumah..heheeh.. lagipun nak makan dengan nasi lemak kan, tak perlu sayur mayur nie. Berdasarkan pengalaman... :) 


Order belum complete tapi kami dah start makan - lapaq!
  
Serkut 3 Rasa

Selamat!!!!!!
 Balik ke homestay, teringat-ingat lagi nasi lemak ikan bakar nie... rasa macam kena re-visit ni...:)

4 comments:

  1. menarik kak..heheheh
    dah try Aroma Ikan Bakar Jeram kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm try la zah.. asyik plan tp x menjadi je..:)

      Delete
  2. ni yg kat tp sg tu kan.sedapnya.

    ReplyDelete
  3. ya betul!.. hehe.. cuma aku x sempat menikmati pemandangan sg tu, lebih menikmati ns lemak & ikan bakar tu...:)

    ReplyDelete