Thursday, 27 February 2014

Roti Bakar Dangdut


Roti Bakar Dangdut

Pernah lihat roti bakar dangdut? Makan? Inilah rupanya. Saya pernah tengok dalam tv tapi tak pernah nampak kat mana2 kedai yg kami selalu patron. Ini pun kami jumpa di pekan Baling.

Masa singgah minum pagi di Restoran Buhari hari tu hubby order roti ni.  Restoran ni terletak berhadapan stesen bas Baling. Selain roti bakar dangdut ni, kami juga order roti canai kuah banjir, kopi, nescafe tarik & teh ais. Harga semua ini rm8 je. Murah giler!

Sedaplah roti bakar ni. Roti tu sapu dgn marjerin, then bakar macam biasa je atas pan cuma nanti pecahkan telur 1/2 masak atas roti bila roti dah garing. Buat sendiri kat rumah pun boleh. Tapi kena cari roti yg tebal sikit. Yang biasa babu roti jual tu. Roti gardenia x sesuai rasanya sbb lembut sangat. Kena roti yg tebal dan keras sikit.

Pet..pet..pet.. alamak babu dah sampai! Bye..nak kejor babu...:) kot sempat boleh buat utk bekfes esok. 


Tuesday, 25 February 2014

Kenangan balik kampung...


Subhanallah... pemandangan yg sangat mengasyikkan

One of the things that close to our heart is our kampung right? Even thought we are living in a big city but we always miss our kampung kan? Sometimes we are very proud to claim ourselves as a city folk but deep in our heart we never forget our home town. Especially our  home and its surrounding. Our childhood memories remain there. 

I am so proud to bring Abang to one of my fav 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain' masa balik kg hari tu. Sawah atau bendang merupakan tempat bermain saya dan kawan2. Mandi di tali air, menangkap ikan di petak sawah, mengutip siput, mencari ikan laga,  main wau, panjat pokok jambu batu, berkelah di atas titi dan pelbagai lagi aktiviti semuanya masih segar di ingatan. Indah sungguh kenangan zaman kanak2. Lepas bebas tanpa bebanan. Siapkan kerja rumah then off you go. Yang pasti sebelum maghrib mesti ada di rumah. Jika tidak rotan menunggu. 

Kebetulan cuaca sejuk dan berangin, seronok sekali bersiar-siar di kampung. 






Biarlah hanya gambar berbicara, saya emo..:) 

Monday, 24 February 2014

Bayam Goreng Tempura & Ikan Goreng Berempah



Dah lama tak update pasal resepi. Hari2 masak cuma menu biasa2 je. Segan le nak tayang kat blog. Lagipun tak sempat sangat nak snap pic. Lady B ( dah sunat, xleh pangge baby lagi) dah besar, makin kurang tidurnya. Nak ajak main je...:)

Oklah, utk bayam goreng tempura tu saya pinjam resepi k.jee. k.jee goreng cendawan, saya ganti dgn bayam. Tepung pun saya guna tepung gandum sepenuhnya. Sebelum pernah juga cuba goreng tempura, resepi biras saya. Dia guna tepung gogi. Cuma bila saya buat kureng skit, tak rangup. Kot nak bagi anak2 makan sayur boleh cuba resepi ni. Oh ya, bawang Holland goreng tempura pun yameh!

Regunya saya masak kari udang dan ikan goreng berempah. Resepi ikan goreng berempah ni saya pinjam dari resepi k.amie. saya perap dari pagi, malam hari goreng. Terasa rempahnya. Sedap k.amie!

Terima kasih to both k.jee & k.amie for sharing the recipes.

Take care readers. 

Tuesday, 11 February 2014

Wedding Yanti & Faiz

Bunga telur 3 warna
Punya cerita tersendiri
Yanti, anak buah saya selamat menjadi isteri orang 31 Jan lepas. Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri diadakan selang sehari tanpa banyak halangan/ kekangan. 

Rombongan lelaki tiba dgn sebiji bas dan beberapa buah kereta. Sakan betoi..:)


Majlis akad nikah diadakan selepas asar di masjid. Dengan sekali lafaz sahlah Yanti jadi isteri Faiz. Kemudian ada jamuan sikit, nasi bersama lauk kampung. Dap dap...

Malamnya kami berewang membalut telur dan menyiapkan goodie bag. Lauk kenduri disediakan oleh caterer. Senang keja. Dah jadi tradisi di tempat saya menghadiahkan sekurang-kurangnya sepokok (sepahar) bg telur utk tuan rumah. Itu sebabnya bunga telur Yanti berwarna warni...:)

Bunga telur dari Tok
Bunga telur dari puanhazel
Baju pengantin yg dia pakai pun sangat cantik bagi saya. Warna royal blue bersulam manik gold. Memang menyerlah. Mula tu saya kurang setuju takut x sesuai dgn pengantin. Tapi dah namanya pengantin, seri depa lebih sikit. She looks stunning. 

Cantikkan color ni?
Harus kena cari sepasang buat baju raya..:)
Lauk istimewa, gulai batang pisang menjadi tarikan utama. Tak sah kenduri di sini jika tak dihidangkan gulai batang pisang ni. Gulai batang pisang ni actually kari/gulai ayam/daging yg dicampur dgn umbut pisang. Tapi org sini panggil batang pisang...:) 

Gulai batang pisang lawan dgn nasi putih
dan ulam sambal belacan memang tebaek.
Selamat Pengantin Baru Yanti & Faiz!










Sunday, 9 February 2014

Cik Balqis balik kampung...


Sempena cuti raya cina minggu lepas kami balik kampung. Selain menghadiri kenduri anak buah saya, Yanti kami juga mengadakan kenduri aqiqah Balqis di kampung. 

Pertama kali Cik Balqis balik kampung jadi saudara mara memang teruja nak berkenalan. Dah jadi macam retis anak mokcik...:) sekejap orang ni cium, kejap orang tu dukung bertukar- tukar tangan. Kebetulan ramai yang berkumpul time kenduri. Alhamdulillah she was well behaved all the time. Sepanjang journey tido je memanjang...


Ini first time gantung 'curtain' dalam keta. Abang2 dia mokcik tak kesah tapi hat ni pompuan...mokcik concern lebey, takut gelap...:)

Wajah kesayangan hamba 


Balqis makan kenduri. Baju ni uncle Akmal bagi.. siap pesan suruh ambik gambar bila Balqis pakai..nak tengok. hikhik


Semasa majlis berendoi. Lena atas buai tapi kejap je. Tak biasa kot. Baju hadiah dari untie atiqah. Sama kes macam kat atas, wassap gambaq bila pakai...:) sponsor nak tengok bukti. He he

Nanti kita sambung cerita kenduri ye...



Thursday, 6 February 2014

Langkawi Day 4


Langkawi-day-1
Langkawi-day-2
Langkawi-day-3

Selepas bersarapan, kami biarkan anak2 mandi pool sebelum check out jam 10. Sebelum ke airport, kami sekali lagi meronda di Pantai Cenang. Kebanyakan kedai baru mula beroperasi. Singgah sebentar di warung berhadapan Fave Hotel, tempat penginapan kami semasa di sini. Warung ni menjual pelbagai jenis kuih muih dan nasi lemak bungkus pelbagai lauk. Pilihan saya nasi lemak GI. Apa tu? Scroll ke bawah ye...:)

 Disini juga saya terjumpa kuih kesukaan saya, karipap inti kelapa. Sedapnya..
.
GI = gulai ikan :)


Setiap bungkus nasi ditanda dgn kod di atas


Then kami terus ke airport. Serahkan kunci kereta kemudian terus check in.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah sekitar 2 ptg. It was a wonderful and amazing trip for us. Insha Allah next 10 years will be there again.

The end.