Friday, 8 August 2025

Jumuah Mubarakah I 8.8

Ummi suka tengok live solat Jumaat di TV1 setiap hari Jumaat. Macam orang tua² kan 😁
Dah biasa tengok dari kecik, itu yang terbawa² sampai sekarang. 

Rezeki hari ni... 



Azan oleh Sheikh Abdul Karim Al Makki 
Goosebumps

Disusuli oleh khutbah oleh Iman Masjid Nabawi Dr Salah Bin Muhammad Al Budair. Of course khutbah dalam Bahasa Arab. Tapi seronok dengar sebab bersemangat dan tak baca teks. Ringkas tapi padat isinya. Kalau khatib kita pegang tongkat kan, Sheikh ni tak pula. 

Tak pasti event apa yang membuatkan Dr Al Budair datang ke Malaysia. Mungkin ada kaitan dengan penganjuran tilawah Al Quran peringkat antarabangsa yang berlangsung sekarang. 
Apapun ianya momen istimewa khusus utk yang solat Jumaat bersama beliau tadi. 


15 comments:

  1. Majlis tilawah kalau tak silap. rezeki beliau bg khutbah kan.

    ReplyDelete
  2. Laungan azan yang sedap, rasa meremang dengar kan. Dengar khutbah tanpa teks buat orang lagi semangat dengar. Biar isinya ringkas tapi padat dan mudah faham.

    ReplyDelete
  3. Azan sedap mmg goosebump kan? Kadang sebak pun ada

    Kami dulu kecik2 pun suka tgk solat jumaat di masjid negara kalau hari jumaat.. tgk tv jer lah... skrg ni pulak sy suka tanya anak2 apa intipati khutbah solat jumaat, nak uji diorg fokus ke x.. hihi

    ReplyDelete
  4. Khutbah tanpa baca teks menunjukkan tahap keyakinan yang sangat tinggi. Yang mendengar pun rasa kagum dan khusyuk!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...amalan yg bagus ..

    ReplyDelete
  6. Sama la dulu masa kecik suka tengok live solat jumaat sampai sekarang hari jumaat buka la tv1 ada live solat.

    ReplyDelete
  7. Aaa.. dari kecik macam tu kan. Seingat sy sejak rumah ada tv, memang waktu solat Jumaat kita buka tv tengok, hihi.

    ReplyDelete
  8. Ya nampak semalam Sheikh ini di majlis penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa.

    ReplyDelete
  9. baru tengok kat berita tadi Imam Masjid Nabawi datang untuk majlis penutup MTA.

    ReplyDelete
  10. Wah, rezeki selalu tengok siaran langsung solat jumaat.

    ReplyDelete
  11. Sheikh Abdul Karim Al Makki kalau Azan, memang syahdu.

    ReplyDelete
  12. Arwah MP dulu pun suka tengok siaran langsung solat Jumaat..memang dia tgok dan tunggu sampai habis...

    ReplyDelete
  13. Uwaaah imam mesjid Nabawi yg datang 😍😍. Pasti semangat nak dengar khutbahnya. Kalo saya memang hrs baca teks πŸ˜…

    ReplyDelete
  14. my mom suka tgk khutbah ni kat tv...kdg2 MZ layan jugak time balik kg

    ReplyDelete