Monday 19 December 2011

Tragedi Pintu Kaca

Segala puji bagiNya yang telah memberi kesempatan untuk terus bersama Abang.. It happened so fast, in a blink of eyes.

Kisahnya...
Di suatu petang yang indah, Abang dan Umi dok layan goreng pisang while Walid & Adik pergi potong rambut. Abang selera sungguh makan serdak goreng pisang.. siap makan bersuap lagi ngan Umi.. tiba-tiba bunyi motor Walid balik, apalagi terus abang 'celapak' ke pintu. Sedar x sedar dia terlanggar sliding door (pintu kaca) yang tertutup.. Ya Allah, terpempan saya. Dengan cermin yang pecah berderai dan abang terpelanting ke belakang. Tiba-tiba saya sedar dia menangis dan darah membasahi muka. Dalam luka di dahi abang, nasib baik x kena mata. Cepat-cepat kami bergegas ke klinik. Tiba di sana, klinik hanya balut luka dan Dr nasihatkan kami bawa ke hospital kerana lukanya agak dalam dan besar. Jika dijahit oleh mereka, akan meninggalkan parut kekal. Of course saya xnak, nanti abang x hensem..:) Kami dinasihatkan berjumpa plastic surgeon.

Dapat je referal letter, terus kami ke Pusrawi. Di bilik kecemasan, luka abang dibersihkan dan properly bandage. I'm so impressed with him, dia relaks je. X menangis tapi x leh umi hilang dari dia. Then he was warded, tunggu operation pukul 10 mlm since dia baru makan. Kena tunggu 4-5 jam untuk prosedur rawatan seterusnya.

Jam 9.15 abang dibawa ke OT. Umi dah berderai air mata dah, risau sebab x dapat teman abang ke dalam OT. After 45 minutes, the nurse called walid untuk jumpa abang. He was OK and then bawa semula ke wad dalam keadaan masih mamai sebab bius. It was the longest 45 minutes in my life. Sungguh, penantian itu satu penyeksaan! Itulah agaknya yang dilalui oleh suami bila saya disorongkan ke OT ketika nak melahirkan abang & adik.


 Kaca berderai, nasib baik serpihan kaca nie berderai keluar. Abang terpelanting ke dalam. Kalau x lagi bahaya, takut Nawfal kutip masuk dalam mulut pulak

 Tak pernah saya fikir si kecil saya mampu memecahkan pintu kaca ni dengan kepala dia.. Allahu Akbar, perkara dah nak jadi!

 Pintu yang retak. I part of the door pecah dan berderai keluar

Abang got more than 20 stitches. Tanya Doc, berapa byk jahitan Doc? Doc kata saya lupa, banyak sangat!

Pengajarannya, be careful parents! Anything can harm our precious ones. Selama nie saya x pernah terfikir budak 3 tahun sekecil Fawwaz boleh pecahkan pintu kaca tu, yang memang kukuh buatannya. Bila dah terjadi, menyesal pun x guna.

2 comments: