Friday 3 January 2020

Day 1 OK, Day 2 KO 😂



Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2020. Ada gimik ke di sekolah anak-anak sempena tahun baru? Sekolah SRAI macam biasa je. Cuma ada surprise untuk murid-murid yang datang awal. Sekolah sediakan 100 set stationery untuk murid-murid. Alhamdulillah depa bertiga dapatlah sorang satu. Belum pukul 7 dah sampai sekolah semalam. Rezeki awal pagi :)


Alhamdulillah syukur Abang ditempatkan di kelas pertama. Untuk Tahun 6 kedudukan kelas berdasarkan keputusan PAT lepas. Moga Abang lebih semangat belajar dan fokus. Rakan-rakan sekelas tahun ni semuanya hebat-hebat belaka. 
Tahun ni murid lelaki diwajibkan pakai tali leher.
Segak juga nampaknya :) 

Angah pula naik Tahun 3. Semalam balik monyok. Pagi tadi baru buka cerita... Salah seorang kawan rapat dia dah tukar sekolah. "Aqil pindah sekolah tak cakap pun dengan Angah" katanya sedih. Katanya dia cari nama Aqil di setiap kelas tapi takde, maknanya dah tukar sekolahlah tu. Takpe Angah, ramai lagi kawan Angah kan? Alhamdulillah balik tadi nampak ceria je.

Lain pula dengan Kakak...
Semalam ceria gembira dia di sekolah. First day semangat berkobar-kobar; orang pertama sampai di kelas, orang pertama juga dalam barisan kelasnya time perhimpunan. All went well for day one alhamdulillah.


Masuk hari kedua ada drama 😅 Pagi ni Walid je hantar depa ke sekolah, temankan depa sarapan semua. Lepas makan tu katanya Kakak muntah. Tapi Walid tinggalkan je sebab Kakak ni jenis tak makan heavy food di awal pagi. Kalau makan dia akan muntah.

Ceria je kan? 

Dalam 7.30 Abang call bagitau Kakak demam. Terkejut juga Ummi tapi Ummi dah agak. Kakak buat perangai ni :) dia kalau nervous or susah hati dia akan menangis dan muntah. Ummi suruh masuk kelas je. Dalam pukul 8.15 cikgu kelas telefon pula. Katanya Balqis tak sihat, ada di bilik rawatan.

Ummi pergi tengok OK je. Tak demam pun tapi menangis taknak masuk kelas. Dia nak Ummi tunggu dia kat sekolah. Bila Ummi cakap tak boleh, dia kata ada je parents lain tunggu haha... Lama jugalah Ummi memujuk, barulah reda tangisnya.

Ummi jumpa guru kelas bagitau Kakak sihat. Cuma taknak masuk kelas je. Minta cikgu tengokkan sebab hari ni sekolah half day je. Alhamdulillah Kakak survived :D Ummi pun taknaklah bagi muka, nanti kita juga yang susah. Taknaklah Ummi masuk darjah satu semula 😆😆😆

Bila slow talk dengan dia, rupanya dia belum ada kawan haha... Macamanalah nak ada kawan, rakan meja sebelah pun dia tak tegur. Tahu nama tapi tak reti nak mulakan perbualan. Alahai Kakak... Insha Allah everything will be OK ye sayang. Kakak kan strong! 

8 comments:

  1. Allahu semoga dipermudahkan urusan Balqis dan dapat ramai kawan 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ada kawan tapi mood swing lagi :(

      Delete
  2. Harap-harap dah dapat sesuaikan diri.

    ReplyDelete
  3. Adoila... anak-anak pandai ea buat drama hehehee... mujur Umi pandai layan drama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually cuak juga Mrs A. Tak pernah hadap situasi macam ni. Merasa jugalah pengalaman anak menangis di sekolah :D

      Delete
  4. slowly laa kakak..yang penting kakak kena ramah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul tu HS. Tapi alhamdulillah slowly she is adapting to school life :)

      Delete