Saturday 11 November 2023

Program Solidariti Palestin SRAI

Minggu yang padat bagi anak³ SRAI... . Antaranya Majlis Khatam Quran dan sesi bergambar tahunan dari Isnin - Khamis. Dan penutup kesibukan minggu ni ialah Program Solidariti Palestin semalam. 

Hasil kerja Adik.

Angah terpilih buat persembahan semasa program...

Program dimulakan dengan bacaan Yasin dan solat hajat di dataran sekolah. 

Semoga Allah perkenankan doa anak² ini;  kebebasan kepada bumi berkah غزة و فلسطين 

Penyampaian lagu Atouna El Toufoule diakhiri dengan formasi bendera فلسطين 👍

Alhamdulillah cuaca pun elok semalam. Mudah-mudahan terbit kesedaran dalam hati anak-anak untuk bersama menyokong perjuangan saudara kita di sana di samping menyedari kepentingan Al Aqsa kepada umat Islam sejagat. 


3 comments:

  1. ooo awal sekolah anak PH ye.. sekolah boodak2 kat rumah ni minggu depan lepas deepavali baru nak buat program ni..

    ReplyDelete
  2. Semoga doa dari semua muslim di dunia bisa membawa kemerdekaan utk bangsa palestin❤️

    ReplyDelete
  3. Setakat ni ammi rasa anak2 kecil kita pun dah faham isu tanah para anbiya ni.

    Dah tau memilih waktu membeli…Alhamdulillah semoga kekal memilih bukan sekadar membeli ikut nafsu.

    ReplyDelete