Monday, 27 July 2015

Baju Raya Depa


Depa disini merujuk kpd anak2 :) dah tua2 ni kalau raya tu persiapan lebih kpd anak2 la kan... 

Bila Che Ta kata dia rambang mata pilih/beli baju utk anak perempuan dia Aisyah, saya boleh faham. Tahun lepas saya pun sama, borong banyak baju utk Balqis sbb first time beraya dgn anak pompuan. Tahun ni saya Alhamdulillah boleh kawal nafsu. Ditambah dgn GST kurang selera nak memborong baju utk dia. Lega Bang-aji :)

Saya bukanlah fanatik berpakaian sedondon. Cukuplah hari raya pertama sahaja bila memakai busana tradisional kami pakai sedondon. Itu pun asalkan range color masih sama sudah memadai. Contohnya tahun ni warna tema kami turquoise. Walid & Abang memang sedondon sbb beli kain sama. Baju saya, 
Angah  & Balqis lebih kebiru-biruan. Dah OK bagi kami. 

Tahun ni juga buat kali pertama saya pilih baju casual yg sama utk Abang & Angah. Dah macam kembar tak seiras dah :) utk cik bunga pun warna iras2 baju abang2 dia. Rasa macam kiut pulak padahal selalunya saya tak suka begitu. Sekali sekala tukar citarasa apa salahnya kan...

Baju raya pertama

Baju raya ke-2

Baju raya ke-3

Baju raya ke-4, Walid beli semasa outstation di Sarawak

Baju raya cik Balqis, hasil jahitan Umi
ehem ehem cantik tak? 


Thursday, 23 July 2015

Cerita Raya Kami...


Ikutkan hati masih belum puas rasanya beraya di kampung tempohari. Masakan tidak, hubby demam sehari sebelum raya sampai sekarang masih batuk2 dan sakit2 badan. Anak2 pun dah berjangkit, demam selsema juga.

Pada hari raya pertama kami hanya berziarah ke 'rumah wajib' sahaja ~ rumah Abg Asri, Abg Shukri, Ngah Mah, Mak Kodiang & Long Im. 

Esoknya kami ke Kepala Batas dan Alor Setar, menziarahi Tok Yah dan K. Ani, rakan sebilik ketika di Madinah dan Mekah. Singgah sebentar di rumah K.Ngah Minah terus balik ke rumah menyambung rehat. 

Raya ketiga kami pulang ke kampung saya. Hasrat nak beraya dgn saudara mara saya tak tercapai. Selain faktor hubby demam mereka juga kebanyakan tiada di rumah sewaktu kami sampai. Hari yg sama banyak kenduri kahwin yg diadakan. Kami lunch di rumah Kak kemudian ke rumah Mak Lang. Singgah di rumah Abg Hi tetapi hanya sekadar singgah bertanya khabar. 

Kami bermalam di hotel Bayu. Atas sebab2 tertentu kami tidak merancang utk bermalam di rumah Mak. Tertinggal kunci rumah pun ia juga :) rindu sebenarnya pada rumah pusaka tu. Tapi apakan daya takdir penentu segala. Chewah!

Esoknya seawal jam 9 pagi kami bertolak balik ke KL. Tak sampai hati nak ajak hubby ke rumah M.ngah & P.long Li sbb drmamnya bertambah kuat. Target hari tu kami nak elakkan jem dan sampai awal ke rumah. Syukur juga hubby mampu memandu dari awal hingga akhir. 

Rumah pusaka yg menggamit memori

Tuesday, 21 July 2015

Salam Syawal 1436H


Credit photo

Selamat  hari raya maaf zahir & batin dari saya sekeluarga. 

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali ke teratak kecil kami. Kami balik ke mari isnin lepas, selepas seminggu bercuti di kampung. Tiada kesesakan yg luarbiasa sepanjang balik dan kembali dari kampung. Kami merancang perjalanan dgn lebih baik kali ini. 

Semalam seharian menguruskan kain baju. W/pun tidak hujan tapi cuaca agak redup. Kesannya kain baju tidak kering sempurna, perlu dijemur lagi hari ni. 

Puasa 6 belum bermula. Mungkin besok memandangkan Abang masih cuti hari ni. Besar cabaran kalau Abang cuti, sekejap2 lapar, sekejap2 nak makan :) Angah  & Balqis pula demam selsema berjangkit dgn Walid. Cepat sembuh ye anak2. 

Ada masa nak juga berkongsi cerita raya kami. Jumpa lagi insha Allah. 

Monday, 13 July 2015

Memori Haji ~ Rindu Madinah



Kubah hijau ~ dibawahnya bersemadi jasad insan teragung yg dirindui

Hari ni Mak akan berangkat ke Madinah sebelum ke Mekah utk menunaikan umrah. Bermakna Mak akan menyambut lebaran di sana. 

Bila teringatkan Madinah hati saya sangat rindu akan tempat suci tersebut. Rindu yang bukan dibuat2 tapi lahir dari hati yg mendambakan ketenangan dan kemuliaan tempat tersebut. Manakan tidak, disitu bersemadinya jasad Baginda Nabi SAW yg mulia. Segala yg ada di Madinah bagi saya sangat menyenangkan; penduduknya, suasananya terutama di Masjid Nabawi malah tiupan anginnya juga terasa lainnya. Panas tapi lembut. Terasa bagai ada magnet yang menarik diri utk ke sana lagi dan lagi. 

Sebaik meletakkan barang dan berwuduk serta membersihkan diri serba sedikit, saya dan suami terus bergegas ke Masjid Nabawi. Waktu sudah melewati tengah malam namun kami tegar utk ke masjid malam itu juga w/pun pihak TH hanya akan membawa jemaah ke masjid keesokan harinya. Pertamanya kami khuatir jika tidak sempat utk mencukupkan 40 waktu bersolat di Masjid Nabawi, just in case. Keduanya yang lebih utama kami tak sabar utk menziarahi Baginda SAW. Diriwayatkan sesiapa yg menziarahi Baginda selepas kewafatannya samalah spot menziarahi Baginda sewaktu masih hidup. Allahu Akbar! 


Keesokkan harinya kami jemaah KT07 dijadualkan utk melawat sekitar Madinah (ziarah luar) tapi kami memilih utk bersama jemaah KT06 yg akan melawat sekitar Masjid Nabawi dan ke Raudhah. Kami sudah tidak sabar utk ke Raudhah yang mulia. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan saya saat berada di taman syurga tersebut. Setiap yang ke sana pasti akan merasai keistimewaannya. 

Hari2 kami di Madinah diisi dgn penuh kegembiraan ~ berulang alik ke masjid, menziarahi Raudhah juga tempat2 bersejarah. Semua ini mendekatkan kami dgn Baginda SAW dan sejarah perjuangan Baginda. Ada tarikan luarbiasa di bumi suci ini. 

Sungguh, saya ingin ke sana lagi.

Wednesday, 8 July 2015

DIY ~ Repair Kipas Siling


Ceiling fan kat ruang tamu rumah kami tu dah lama kami consider 'rosak'. Sebabnya kipas tu berputar dgn sangat slow, even though kita adjust max speed. Dalam perkiraan kami nak kena tukar kipas baru. Itu pun terbiar je sbb xde bajet. Lagipun dah ada stand fan, takdelah urgency nak beli baru. 

Namun jodoh dgn kipas tu masih panjang. One day saya buka FB dan nampak ada kawan share a cara2 nak baiki ceiling fan. Saya pun tunjuk kat hubby dan dia pun ikutlah steps yg diberi. Unfortunately kipas kami jenis baru yg ada remote controller, bukan yg jenis embedded kat wall tu. Ala, macam remote controller TV tu.... puas juga hubby cari kat mana kapasitor yg dimaksudkan. Tapi tak jumpa2. At last tanya kat member dia kata kipas jenis ni mmg xde kapasitor, but you have to change the circuit board. Taktau la betul ke tak namanya circuit board he he... main sebut je. Cer tengok gambar kat bawah ni utk pengesahan :)


Hubby bawak ke kedai repair barang eletrik tapi staff dia x tau pulak harga. Suruh datang semula lepas iftar. Rezeki kami juga tetiba terperasan ada lagi satu kipas kat porch yg sama design. Kipas ni pulak dah patah satu blade, pun tak berganti lagi. Finally hubby ambik je circuit board tu pasang kat kipas living room. Hooray la mokcik sbb kipas tu dah laju macam kipas helikopter :) 

So if you have the same situation with us, try do it yourself. Jimat sesangat. Kipas yg sebelum ni masalah yg sama jugak, kami jual je kat uncle paper lama. Dia bagi rm4-5 je. Ingatkan dah x bole repair... huhu.. takpelah rezeki dia.