Tema Sambutan Hari Kanak² peringkat SRAI kali ni Melayu Tradisional.
Tema sambutan tahun 2022: Retro
Tema sambutan tahun 2021: Kerjaya Impian
Kain batik yang Kakak pakai tu +- 20 thn usianya, tersimpan elok dalam plastik sebab Ummi sayang nak pakai. Selamba ja Kakak rembat huhu... Kain tu Ummi beli masa bercuti di Langkawi bersama kawan-kawan rapat di U dulu. Habis final exam kami 6 org ke sana, sebelum masing-masing bawa haluan sendiri. Songket di bahu tu Ummi rasa peninggalan arwah Tok Wan. Lupa pasal songket tu, kalau tak Angah dah boleh pakai buat samping, taklah besar sangat dengan dia. Angah ni pakai selempang kain pelikat tu sebab ada persembahan Dikir Barat. Adik pula Ummi pakaikan dia ala Puteri Perak.
Kali ni juga sekolah mohon sumbangan kek dari parents yang sudi menaja... 3 biji kek untuk satu kelas. Selain tu, jika ada tambahan goodies/gift /food ibu ayah diminta pek secara individu untuk memudahkan agihan. Agihan dan makan ikut kelas masing-masing.
Angah
Parents 6 Ino tong² duit untuk order food dan gift. Alhamdulillah walaupun quite last minute arrangement yang dibuat, we made it.
Kakak
Goodies dan makanan dari parents kelas Kakak. Kelas Kakak tak buat kutipan, sumbangan atas inisiatif sendiri.
Personally, Ummi rasa buat collection lebih mudah untuk parents menyumbang. Almaklumlah hujung² bulan, faham sajalah. Kalau sorang nak kena prepare 30 goodies/food berpeluh jugakkan?
Adik
Atas cadangan guru kelas, parents setuju buat collection duit dan cikgu uruskan semuanya dari A-Z. Lagi senang begitu...
Kek Pisang tu sedap, moist sangattttt 😋
Selain 2 kek ni Cg Tika juga order brownies untuk lengkapkan 3 biji kek/kelas.
Seronok sambutan kali ni sebab ada penglibatan ibu ayah, walaupun secara tidak langsung. Sebelum² ni sekolah sediakan makanan semua tapi kali ni parents dijemput menyumbang. Dapatlah juga parents tumpang sekaki meraikan Hari Kanak-Kanak.
Hadiah kena ada kan untuk bagi semangat dan galakkan pada anak- anak ni...
ReplyDeletemeriah nyaaaa!!
ReplyDeleteCantik temanya & makanan pun sedap 😋. Tahniah adik menang pertandingan mewarna, nanti akan datang boleh dapat no 1 pulak ya, insyaAllah.
ReplyDeleteNampak meriah sambutannya
ReplyDeleteIya lah, lebih mudah kalo parents sumbang saja, tapi nanti segala urusan oleh guru . Atau kayak di sekolah anak saya ada 2 orang tua murid yg dijadikan wakil kelas. Jadi ada apa2 informasi ataupun acara dia yg menyiapkan. Parents lain hanya menyumbang duit ☺️
ReplyDeleteersimpan elok api selepas 20 tahun anak nyer ambil .. okla kalau tak, tak pakai sampai ke sudah. Meriah sungguh sambutan nya :D
ReplyDeleteOk done follow here :D
meriah sambutannya
ReplyDeleteseronok tgk anak2 sek aktiviti camni memang dorang suka
meriah sambutannya..tahniah utk adik menang no 3 pertandingan mewarna
ReplyDeleteHujung minggu di sekolah anak bongsu ammi pulak. Temanya superhero dan pahlawan. Dia nak pakai mcm Abu Ubaidah katanya. Jauh nau pikirannya pergi
ReplyDelete