Alhamdulillah hampir setiap hari ada je jiran-jiran atau kenalan berkongsi rezeki...
Ada peniaga nak mula berniaga Jumaat 2 Ramadhan lepas. Hari pertama buka ni dia bagi free sekotak cucur udang. "Ingatkan cekodok Ummi..." Ummi pun ingatkan cekodok sebab tertera di kotaknya cekodok :)
Pengat Pisang + Keledek dari Mak Bee dan nasi goreng dari Cik Zana. Bila Abang balik dari asrama, dapatlah ambil bubur lambuk Atok Man, suami Cik Zana ni.
Hari ni, 7 Ramadhan paling meriah setakat ni...
Nasi Ayam dari surau, sambal kentang dari Cik As, kurma dari Yayasan Al Bukhari dan Domino's Pizza dari Ali. Kenyang perut suka hati ye hari ni :D
Kurma Pak Tuan ni saiznya kecik la tahun ni. Sebelum² ni besar kurmanya, saiz XXL kot. Sebijik pun dah kenyang. Kos meningkat, cuaca dan pelbagai sebab lagikan. Mudah-mudahan Allah berkati beliau sekeluarga atas kemurahan hatinya 🤲