Showing posts with label FD2023. Show all posts
Showing posts with label FD2023. Show all posts

Wednesday, 13 September 2023

Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Disinilah kami berkumpul selamat 3H2M, menjayakan Family Gathering Anak Cucu Tok 2023. 

Himalaya Camping Resort (HCR) ni bersebelahan dengan Rock Garden (RC), diuruskan oleh management yang sama. Letaknya pun bersebelahan. Parking pun compound yang sama. HCR ni dimiliki oleh Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Datuk Qobin, pendaki Everest). Hence, the resort is named after the Himalayas (Banjaran Himalaya dimana terletaknya Gunung Everest). 

Sebelah kiri HCR, sebelah kanan RC. Kami stay di HRC. 

Himalaya Camping Resort, tempat ni baru dibuka berbanding RC yang lebih dulu beroperasi. Ada A-shape chalets dan ordinary chalets, glamping tents serta campsite. 

Rock Garden pun sama cuma chaletnya semua A-shape. Ada chalet 2 tingkat serta campsite. Ikutkan kedua tempat ni ada pool masing-masing tapi Ummi tengok anak-anak yang menginap di sini bebas je masuk mana-mana kolam pun. 

Sebab kami duduk di HCR, jadi Ummi citer pasal HCR lah ye... 

Luas, selamat dan selesa nak menginap di sini samaada nak bermalam di chalet, glamping tents atau campsite

Yang bulat-bulat (warna putih) tu khemah glamping. 

Bilik kami. Kecik tapi muatlah sekeluarga. Lagipun Abang & Angah tidur bilik Tok Ayah. Depa ambil A-shape chalet, ada katil double decker dalam chalet tu. Semua bilik dilengkapi pendingin hawa. TV  takde ye. Line Internet pun tak laju sangat. Tapi bolehlah... 

Depan bilik. 
Ada yang berkhemah tapi tidaklah betul-betul depan pintu bilik jadi masing-masing tak rasa terganggu. Lagipun tempat ni luas, masing-masing ada space sendiri. 

Saja ambil gambar tong sampah tu sekali sebab di sini mana-mana ada tong sampah dan sentiasa dikutip sampahnya. Takde berterabur sana-sini. Hatta daun kering pun tak kelihatan. Persekitarannya sangat terjaga. 

Chalet kami bentuk petak. Atasnya ada ruang yang dihiasi dengan artificial grass. Kalau nak piknik atas tu pun best. Nak healing lagiiii best :p

Rooftop. 

View HCR dan RC dari atas bukit yang kami naik hari kedua tu. HCR ni sedang diperbesarkan lagi. Glamping tent besar tu untuk keluarga rasanya sebab yang sedia ada ni untuk couple with baby/toddler sesuailah. Kalau 6 beranak macam kami tak muat kot 🤭

Glamping with attached bathroom. 

Surau cantik. 

Shared bathroom for campers. Sewa tapak RM50, sekali dengan 1 point elektrik. Nampak bersih dan terjaga bilik airnya pun. 

Dining area. 

Ada banyak plug point untuk kita masak nasi ke, air ke... Ini common area untuk semua. Untuk sarapan, semua guest yang entitled for breakfast, makan di sini. Untuk lunch dan dinner mostly group kami guna tempat ni kami sebab kami order food dengan caterer sini. Ada singki dan freezer juga disediakan. Ada 3 freezers. Semua guests boleh guna. Untuk memasak, Tok Tam bawa dapur portable. Air fryer dan rice cooker pun ahli kami bawa juga. Kalau nak guna rice cooker ke, banyak plug points di sini. Takyah berebut :) 

Sebelah dining area ni kolam. Cetek je kolamnya jadi sambil kami melepak, anak-anak boleh mandi pool. Of course adalah abang kakak yang jaga. Mak ayah pun pakat tolong jaga sesama ahli keluarga kami, alhamdulillah selamat semuanya. 

Kolam sebelah RC. Pun cetek je, sesuai untuk kanak-kanak. 

Bunga-bungaan di sekitar resort. Warna semua terang-terang. Lawa! 

Taknak mandi pool boleh mandi sungai. Nak water rafting pun boleh. Ada perkhidmatan yang disediakan di sini. 

Resort ni lebih kurang 7km je dari pekan Gopeng. Tapi, perjalanannya agak mencabar. Bila dah masuk Kg Sungai Itek tu, jalannya agak sempit. Jalan kampung kan...kalau berselisih hatta dengan motor pun kena beralah salah satu. Tak lepas! Kemudian, dari hujung kampung nak masuk ke resort, dalam 1.5km. Naik bukit sikit, risau betullah Ummi sebab kami kenderaan berat 😅 8 orang plus Tok Umi, Tok Ayah dan Haziq! Dengan barang lagi huhu... Tapi jangan risau, Alphard dan Vellfire pun lepas masuk sini :D 

Lepas kampung, lalu pulak ladang kelapa sawit...

Kemudian, baru nampak sungai ... bawah gaung tu ....

 
Tapi, hati-hati ye...

Cuak gilerrrr Ummi masa ni ... Dah habis tepi dah Walid drive ni ...tahan nafas je 😅

Tapi janganlah takut, bila nampak je resort tu terus hilang rasa debar ke, cuak ke :D Berbaloi sungguh untuk ke sini...

Sungai yang mendamaikan...

Pemandangan indah dari atas bukit ...

Dan semestinya senyuman, dakapan dan gelak tawa mesra ahli keluarga menanti di hujung perjalanan. Chewah! 

Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Gopeng




Saturday, 9 September 2023

Family Gathering Day Anak Cucu Tok (Day 3)


Hari ke-3 aktiviti bebas! 

Lepas Subuh Ummi naik atas rooftop. Just to enjoy the scenery...

Siapa nampak bintang? 
Ralit Ummi menatap langit Subuh. Mendamaikan. 

Waiting for the sunrise ☀️

Sambil² tu Ummi tinjau kawasan perkhemahan. Ter-snapped gambar   
couple tu... It reflects how the suasana that morning, very laid-back. 

Bila dah cerah, Ummi morning walk dengan Angah. Pusing satu resort tu... Habis tour dengan Angah, sambung morning walk dengan Walid pulak... 

Terpesona tengok bunga tahi ayam warna ni. Cantik sangat!

Breakfast pagi tu.
Lepas makan, kanak-kanak riang semuanya terjun kolam. Bagi depa chance sebelum checked out. 

Dalam kami sibuk berkemas tu, rupanya Tok Tam Rah dah siapkan lauk lunch untuk kami. Ini yang sayang Tok Tam Rah ketat-ketat ni 🤗

Ada baki lauk dinner malam tadi, tapi Ummi cuma ambil terung rebus dan telur dadar ja. Dan sikit sambal udang. Alhamdulillah kenyang, semua suka hati nak teruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. 

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada orang kuat program ni; khususnya Tok Tam berdua dan Paklong AP. Untuk ahli keluarga lain, you all memang ohsem! 

Kita tak ramai, tapi kita ada💪

Thursday, 7 September 2023

Family Gathering Anak Cucu Tok ~ Lucky Night!


Sambung cerita sebelah malam pula... Cerita siang boleh klik link 👆

Setiap keluarga diminta bawa hadiah bernilai tidak kurang RM50 untuk sesi tukar-tukar hadiah ni. 

Sebelum tu, penyampaian hadiah untuk sukaneka dulu...

Team Haziq vs Team Abang

Semangat masing-masing bukak hamper.. 
Untuk sukaneka dewasa ada 2 kategori; belum warga emas vs warga emas 🤭 Hadiahnya pun hamper juga. 

Akhirnya yang ditunggu-tunggu, acara tukar-tukar hadiah 🤩

Ini hadiah dari kami, beli di Aeon Seri Manjung tempohari. 

Mula² Tok Umi cabut nama, and the cycle were like this; 
Tok Umi > Tok Tam > Makngah Zana (dapat cash sebab Tok Tam lupa masukkan dalam kereta hadiah yg dah dibeli) > Paksu > Walid > Tok Umi (pi mai pi mai tang tu 😂) dan seterusnya Ummi dah tak ingat. Teruja tunggu giliran sendiri ja :D 
Dua nama terakhir; Paklong AP dengan Maklong Syima tukar sesama sendiri.

Hadiah kami dapat 🤩
Mula tu cuak, ingat hadiah tak best sebab Maksu kata pagi Sabtu baru beli haha ...
Intai² nampak barang kesukaan...

Set Tupperware gais :D 

Alhamdulillah it was a memorable night; full of love and laughter 💗

Wednesday, 6 September 2023

Family Gathering Anak Cucu Tok (Day 2)


Seronok betullah bila bangun tidur tak payah fikir nak masak apa, makan apa :D Sebabnya breakfast provided (complimentary), manakala lunch & dinner Tok Tam dah tempah makanan dengan caterer resort ni. 

T-shirt untuk program hari ni ...
Tok Umi sponsor untuk semua semua cucunya. Anak menantu self-sponsored 😅
 
Awal pagi tu semua berkeliaran di sekitar resortFirst thing kami buat of course ke sungai! 

Tenang sangattttt!
Jangan terkejut nampak owl di seberang sana, itu pun resort gak :D 
 
Celup-celup kaki dulu... 
Lepas sarapan nanti ada telematch, tak leh basah-basah lagi. 

Lepas tu depa ajak Makngah naik bukit pulak. Layannnn!

View dari atas bukit. Tak sia-sia Ummi gagahkan diri ikut depa, pemandangan atas ni lawa. Berbaloi untuk didaki. 

Tedia... Curam! 
Naik tadi dah satu hal, nak turun pun kaki kena kuat gak, takut tertomoih ke depan 😆

Complimentary breakfast by the resort. Sewa bilik termasuk sekali dengan breakfast...

Photoshoot dulu sebelum main...

Berjaya juga! Itu pun jenuh kepung budak² :D 

Lepas budak² main, orang dewasa pulak...

Lepas main semua bergerak ke sungai... Geng Dapur goreng nugget dan buat sandwich untuk makan di tepi sungai. 
Momen paling best rasanya kat sungai ni la... Hampir semua turun dalam sungai; kecik besar tua muda... Momen yang paling manis untuk dikenang. 

Tok Tam dan Pakngah Syahir buat kolam kecil untuk anak cucu mandi. Sungai ni berbatu, budak² susah nak mandi. Jadi batu² kecil tu dialihkan dan disusun umpama kolam kecil. Lebih selamat untuk budak². Air sungai walaupun cetek tapi arusnya agak deras. 

Lepas mandi sungai, pakat mandi pool pulak! 

Tak tau penat depa ni :D 

Lunchtime! 
Naik dari sungai semua lepak dekat tempat makan. Sejuk² mesti perut berbunyi kan... Nampak je caterer datang, pakat serbu 😆

Kari Ikan Bawal dan sardin airtangan Tok Tam Rah. Kari tu marvelous I wish I had a cooking skill like her. Campak-campak pun sedappp! Masak pun lajuuuuu... Kita baru terkedek-kedek nak potong ikan, dia dah ready tumis rempah bagai... Mana ikan mana ikan? Haha... 

Sebelah petang kitorang masuk dapur lagi... Ummi, Maksu, Cik Nora, Maklong Fyda & Maklong Syima geng dapur but the MasterChef of course Tok Tam Rah. 

Tengah sedap melayan cempedak goreng, Maksu Dina dan Paksu Arshad sampai. Depa bawa durian Batu Kurau! 

Around 6 Tok Tam Man ajak Abang pasang api campfire 🔥 

Sempat lagi Tok Tam Rah goreng nasi! 
Masa ni kitorang dok borak around the campfire. Best la... Kawasan pun luas, anak2 bebas berlari sana sini. Kawasannya pun selamat. Takdelah nak kena kepung 24 jam. 

Perfect! 

Hujan kejap Maghrib tu... 

It's dinner time...

"Asyik makan je kita ni Kakngah," kata Maklong Fyda. Hahaha... Rezeki jangan ditolak :p 

Lepas dinner ni ada acara lagi. Tapi Ummi hold dulu. Panjang sangat story :) 

The night ended with fireworks and firecrackers for kids and gossiping for the ladies :p