Monday 13 November 2023

Masak² Edisi Deepavali | Isnin

Hari ni kurang sihat; kepala berat sebab malam tadi batuk teruk, beberapa kali terjaga. Jadinya lepas Subuh letak semula kepala, tup² dekat pukul 9 baru terjaga semula. Musnah harapan nak masak nasi lemak 😅

Sarapan. 
Walid dah pun beli nasi lemak dan samosa serta kuih pau. Pukul 10 gitu baru Ummi turun sarapan. 

Lepas sarapan tu ingat nak gi klinik hari ni tapi called klinik katanya Dr D cuti, ada doc ganti. Ummi malas jumpa doc ganti, dah selesa dengan Dr D. 

Sementara tu kita ber-bff dengan Ubat Batuk Cap Ibu & Anak ni. Tapi, manissss giler ubat batuk ni. Tak lalu nak telan, tapi terpaksa 🤭

Lunch. 
Teringin nak makan sup, Ummi buatlah sup ayam. Regu dengan sambal bilis petai. 

Dinner.

Minta Walid beli Yong Tau Fu di pasar malam. Tak pastilah tekak Ummi yang tak okay atau YTF ni yang tak okay :( 





9 comments:

  1. Semoga lekas sembuh PH...musim sekarnag ni kan...SA pun rasa nak demam tapi pulun cepat2 makan panadol, sudahnya suami yang demam kat JB..hahaha..Sup gearbox x sempat amik gambar, sempat amik yang gambar tulang rusuk aje..

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh PH. Kalau terjaga-jaga waktu malam tu memang tidur kita terganggu. Akibatnya esok pagi mengantuk sangat.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh PH. Banyakkan minum air lemon suam ye.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh ya
    bff ciknur jga tu he hee cap ibu dan anak. satu2nya ubat batuk yg blh telan

    ReplyDelete
  5. bila tk sihat tu..tekak xsedap rasa..smoga cpt baik

    ReplyDelete
  6. cuba beli yg hurix tulah PH...ataupun yg IvyLeaf tu (tp yg ni utk batuk yg jenis tak berkahak..itchy cough)

    ReplyDelete
  7. Memang manis sangat obat batuk itu 😅. Dulu saya suka beli untuk stok di rumah. Tapi kemudian coba brand lain dan lebih cocok . Jadi tak pernah pakai lagi obat batuk ibu anak .

    Semoga cepat hilang batuknya ya kak ☺️. Sedang batuk begini sup ayam memang comfort food sangat

    ReplyDelete