Wednesday, 31 January 2024

Istiadat Keberangkatan Tiba YDP Agong ke-17



Selepas menonton Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong ke-16 kelmarin , semalam pun Ummi tak lepaskan peluang untuk menonton Istiadat Keberangkatan Tiba YDP Agong ke-17 pula. Perkara yang  berlaku 5 tahun sekali, kita raikan. 

Sebenarnya Ummi menunggu² kelibat Raja Permaisuri Agong yang baru, tapi nampaknya Tuanku YDPA hanya berseorangan dari Johor ke KL. Tuanku Permaisuri khabarnya telah berada di KL sejak Isnin. 

Dalam majlis istiadat semalam nampak Tunku Tun Aminah dan suaminya serta anakanda² Tuanku yang lain. Seronok sekali sekala dapat tengok anak² raja dan para kerabat diraja. 

Seronok tengok para tetamu lelaki berpakaian sedondon baju Melayu hitam dan sampin warna keemasan. Ni di Senai  Airport. 

Lambaian kasih Tuanku untuk rakyat Johor. Seronok tengok bonding Sultan Johor (now YDPA ) dengan Bangsa Johor. 

Sampai di Pengkalan Udara TUDM, Baginda disambut oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Sehari sebelumnya, Tengku Amir turut berangkat menghantar Al Sultan Abdullah balik ke Pahang. 

Daulat Tuanku! 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kagum Ummi dengan Tan Sri tak baca teks, tapi hafal. Nak menyebut nama penuh dan darjah kebesaran Sultan², Akta dsbnya sebelum Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan bukan senang nak ingat, ditambah dengan gugup berdiri di hadapan Raja² Melayu, live lagi....Kalau Ummi mau pengsan dah 😅

Sultan Nazrin sekali lagi dilantik sebagai Timbalan YDPA. 

Alhamdulillah, selesai sudah istiadatnya. Tak sabar pulak nak tunggu istiadat pertabalan nanti, Insha Allah. 

Senarai YDPA pertama hingga ke-17... Nampaknya sistem penggiliran YDPA untuk cycle ke-2 menghampiri pengunjung. Sangat menarik untuk diperhatikan sistem penggiliran yang dijalankan, di samping dapat melihat generasi kedua yang telah/ sedang berkhidmat sebagai YDPA. 

Antara fakta menarik untuk tatapan anak⁴ Ummi khususnya;
1. Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Muazzam Shah pernah 2 kali menjadi YDPA (ke-5 & ke 14)
2. Negara pernah menyaksikan kemangkatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor sewaktu menjadi YDPA ke-11
3. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai YDPA ke-15 sebelum habis tempoh jawatan

Daulat Tuanku! 
Dirgahayu Tuanku! 

Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong ke-16


Dalam kesibukan, sempat juga Ummi meluangkan masa menonton Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong ke-16 semalam. 

Simpan sini gambar² untuk tatapan anak cucu kemudian hari :) 

Suka tengok Baginda berdua; sporting, loving & humble. Walaupun tak pernah bersua tapi rasa macam 'dekat' je dengan Baginda berdua. 

Semoga Allah merahmati Tuanku berdua hendaknya 🤲

Tuesday, 30 January 2024

Bunga Kantan & Asam Pedas Ayam


Bunga kantan lebat di taman 
Mari dibawa ke pasar tani
Cinta jangan dibuat mainan
Nanti menyeksa diri sendiri

Alhamdulillah rezeki berupa bunga kantan menjengah lagi. Kali ni Ummi masak Asam Pedas Ayam, baru sekuntum. Lagi 4 kuntum cadangnya nak buat laksa dan kerabu, mungkin. Mungkin sebab kena tengok pada kerajinan ahak! 

Asam Pedas Ayam, my style :D 

Terung Hijau Bulat  masih berbaki 2-3 biji, Ummi masukkan sekali. Daun kesom frozen itu yang hitam warnanya tu. 

Sekarang Ummi dah yakin nak masak asam pedas tanpa rujuk resepi. Dah selalu buat jadi dah hafal resepinya. Dulu, masa baru kahwin Tok Umi suruh masak asam pedas, Ummi call Momi Zya tanya resepi haha... Sekarang alhamdulillah dah pandai, main campak-campak je:D 

Alhamdulillah syukur seadanya. 

#Kalau asyik entry makan & makanan, maknanya Ummi tengah busy :) 

Monday, 29 January 2024

Nasi Lemak, Pasar Pagi Greenwood & Lemang

Walaupun Abang dah masuk tahun ke-4 masuk asrama, tapi setiap kali Abang balik tetap Ummi raikan dengan masak sedap² (di tekak kami ☺️). Hatta nak masak nasi lemak je pun, tunggu Abang PB haha... 

Sarapan pagi Ahad lepas...

Dah kenyang perut, barulah keluar cari barang basah di Pasar Pagi Greenwood. Cadangnya nak beli ikan, rupanya gerai ikan tu dah tutup! Dulu sebelum PKP ada 2 gerai ikan. Yang satu tu sentiasa jadi tumpuan, banyak pilihan ikan. Lepas PKP dah tak wujud gerainya. Yang satu lagi ni entah sejak bila pula tutup Ummi pun tak tahu sebab untuk tahun ni baru kali pertama ke sini. Dua² gerai ni diusahakan oleh orang kita. Sekarang ni yang jual ikan di sini Bangladeshi; ada 2 port diorang berniaga. Ummi memang tak pernah beli dari mereka. Macam² cerita tak enak yang didengari disamping niat nak support bangsa kita. Syukurlah ayam dan daging masih kekal orang Melayu yang jual, plus satu gerai tu Acik Indonesia jaga. 

Walaupun tak dapat ikan, dapat tunaikan satu lagi wish list; lemang! Beli sebatang RM15. Balik cicah dengan sambal bilis nasi lemak 👆 dan susu pekat. 
Layannnn 😋

Siakap 3 Rasa Express

Masak Siakap 3 Rasa ni Jumaat lepas. Express sebab guna paste segera yang Walid beli di Danok.

Panaskan dulu paste ni kemudian curahkan ke atas ikan yang siap digoreng. Senang sangat! Cuma dari segi rasa, bagi Ummi biasa² je. Rasa sos Thai tu overpowering, jadi tak pedas. Lebih kepada manis. Ummi pun lupa  nak tambah cili. Dah kata curah je :p

Siangnya dah menghabiskan seekor ikan siakap, malamnya makan nasi lemak bungkus ja ahak! 

Yang berdaun pisang tu beli dekat pasar malam. Yang lagi 3 tu rezeki dari surau. Alhamdulillah.

Lepas Isyak keluar ke SG, bawa baju² Abang ke laundry mart, bagi kering. 

Lepak dekat Nas Bistro sementara tunggu baju² dikeringkan. Bagus depa support فلسطين 👍 Walaupun ada typo, kita maafkan :) 

Itu malam, siangnya pun ada cerita gak... Lepas breakfast di Seha Kitchen, kami singgah di kubur. Walid nak ziarah kubur Abe, disamping ziarah kubur Tok. 

Balik rumah sempat lagi buat bunga rampai... Sebab nak makan lepas solat Jumaat dan menu pun senang jadi kita leha-leha dulu :D 

Sempat juga Ticket to Paradise ni...

Nanti² kalau ada yang pergi Siam, boleh cuba  paste ni selain Tom Yum paste yang macam Cik As bagi Ummi dulu.

Sunday, 28 January 2024

Sarapan @ Seha Kitchen, Sri Gombak

Dating dengan Walid lepas hantar anak³ ke SRAI Jumaat lepas. Ambil sehari dapat 4 hari cuti hujung minggu ni :)

Seha Kitchen ni baru berpindah ke lokasi baru ni, bersebelahan Pasar SG. Sebelum ni kedainya berhadapan Restoran Awal Maju. 

Nasi Lemak Telur Mata pilihan Ummi

 Nasi Lemak Ayam Goreng pilihan Walid. 

Kami sampai awal, shutter door kedai pun baru nak ditolak naik ke atas 😁 Jadi, menu yang dah ada cuma nasi lemak dan Mee Kari. Ikutkan nak try Lontong Kering. Lain kalilah... 

Kedai dibuka dari jam 8.00 pagi - 11 malam. Dibuka dari sarapan hinggalah ke makan malam. Menunya pelbagai; ala Thai ada, Western ada, Malay pun ada. 

Alhamdulillah sedap nasi lemaknya, cukup segala aksesorinya. Rasa dan saiz hidangan dan akesori sepadan dengan harganya, walaupun nampak a bit priceyService pun cepat. 

Balik tu singgah Wellmart sekejap beli barang dapur...

Belah kiri resit makan 2 orang di SK, belah kanan resit barang dapur, untuk 3-4 hari. Boleh pulak sama kos/harganya :) 



Saturday, 27 January 2024

Mesin Basuh Pulak 😅

Selepas kereta², mesin basuh pulak minta cukai 😅

Elok lepas Walid gerak ke Kedah 8.1, malam tu dia dah meragam. Tak boleh on. Tapi, lepas 2-3x percubaan, boleh dihidupkan button start tu. Macam tu lah setiap hari hinggalah seminggu kemudian padam terus. Malas nak pening² or overthinking haha, hari² lepas hantar anak³ sekolah Ummi singgah je laundry mart. 

Hari pertama Ummi basuh baju di sini. Wangi, dia pakai Downy untuk softener. Second day Ummi pergi tempat lain, tak wangi haha ... So the following days jadi regular customer kat DQ ni la...

Begitulah selama seminggu hinggalah Walid balik dari outstation 19.1. Esoknya Walid ke kedai cari spare part sebab ikut analisis awal beliau mother board rosak 😁 Jadinya belilah MB baru. 

Dah tukar, masih tak boleh on mesin basuhnya. Check sana check sini, rupanya fius terbakar. Tak tahulah fius terbakar menyebabkan MB rosak atau MB menyebabkan fius terbakar ataupun MB tu tak rosak pun, fius yang terbakar sebenarnya sebab tu tak leh on 🤭 Tukang baiki pun amatur kan :p 

Apapun alhamdulillah selepas berjam jugalah godek sana, godek sini mesin basuh kami kembali berkhidmat. Syukur. 

Total damage: RM2** (mother board  + kepala plug) 

Alhamdulillah boleh repair sendiri.  Kalau tauke kedai tu datang tengok, dia caj RM80, tak termasuk kos barang. 

Biasalah, setiap benda ada life span kan? Sampai masa dia rosak juga. 
Tenang-tenang saja ✌️ 

Friday, 26 January 2024

Cuti Thaipusam 2024

Cuti Thaipusam kali ni jatuh pada hari Khamis. Tak kemana, lepak saja di rumah. Walid je ke Pulau Indah dengan Uncle Apit, ziarah Uncle Najmi. Alhamdulillah he is recovering well 🤲 

Ummi dengan anak³ layan movies. Sekarang Astro bagi few complementary channels sempena tahun baru. Dapatlah tengok HBO Family, Showcase, Premier etc. 

Lagipun malas nak keluar sebab ni 👇

Beberapa jalan menghala Batu Caves ditutup jadi kejiranan kami agak sibuk dengan kenderaan yang menggunakan Lebuh Utama SG sebagai laluan alternatif. Khususnya mereka dari arah Rawang, Selayang, Ulu Yam dsbnya yang terlibat dengan penutupan jalan ni. Apapun alhamdulillah sepanjang UPKK (16-24.1) anak³ balik awal dari sekolah. Lega Ummi tak perlu hadap traffic jam waktu petang. Walidlah yang sengsara sikit mengadap jem setiap petang. Ada sekali tu jem dari susur keluar SG sampai ke rumah huhu...

Credit source. 
MRR2 depan kuil BC. Gambar pagi semalam tak silap Ummi. Biasalah, bila ada perayaan mana² tempat pun sesak kan? 

Lunch Ummi masak Nasi Ayam style Superdaddy. Hari tu nampak Ibu Rawiwa masak Nasi Beriani Kambing makan dengan air asam, Ummi pun teringin haha ... Kambing Adabi takde, daging pun takde kot la boleh olah jadi Nasi Daging kan... Yang ada cuma ayam. Ayam pun ayamlah...Ayaq asam tu Ummi buat pedas² sikit, baru kena dengan tekak. Makan pun  puashati :D 

Untuk dinner, habiskan nasi ayam 👆 dan goreng nasi semalam. Dapatlah sorang 1 senduk. 

Order burger sekali. 
Jap lagi nak layan bola kan ...

Angah & Walid bawak balik bihun & nasi lemak dari surau. Alhamdulillah kenyang 🤲

Tahniah Harimau Malaya!
Seri 3-3 dengan Korea Selatan 👏👏👏
Last game dah... 
Takpe, kita compete untuk World Cup qualifying pulak 💪

Congrats team yang berjaya ke next stage. 

Thursday, 25 January 2024

Lempeng & Kari Ayam


Masak Kari Ayam untuk lauk dinner malam tadi. Pekat, likat, memikat pulak kemenjadiannya. Terus sel otak berhubung; kalau cicah lempeng sedap ni maka terjadilah lempeng di malam hari. 

Ni versi cicah dengan gula, kids' current favorite. Selalu depa cicah lempeng dengan susu pekat, menurun dari Walid. Kali ni ikut style Ummi pulak, cicah dengan gula. Lempeng ni orang Kedah panggil peknga, belah Baling kami panggil tepek :D 

Lempeng Mak ko Ijo (😂) ni bekal dalam perjalanan untuk Walid, dari Maksu. Sampai Gombak baru buka bekal, makan dengan anak³ & isteri. Singgah solat Jumaat je di Behrang, lunch sanggup berlapar demi nak sampai awal, nak elak traffic jam orang balik kerja. 

Apapun namanya, mahupun regu cicahnya lempeng sentiasa jadi kegemaran ramai. Kan?