Wednesday, 15 November 2023

Angah ~ UKKM

Inilah yang membawa kami ke Sg Besar 👇


Alhamdulillah Angah dah selamat menduduki UKKM pada 6.11.2023 (Isnin), sesi 7.55 pagi. Walaupun kami pilih tempat ujian di MRSM KKB, tapi ditempatkan di MRSM Sg Besar. Alhamdulillah masih dalam Selangor. Ada yang dari Pantai Timur, tempat ujiannya di MRSM Taiping. Ada dari Bangi, Putrajaya ambil ujian di MRSM Lenggong, Kuala Kangsar dsbnya. Abang dulu di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Untuk panggilan UKKM kedua, ramai pula yang dapat di Bentong dan Monceh (Gemencheh). Rezeki masing-masing. 

Sehari sebelum ujian, kami recce tempat dulu. Ambil gambar sebagai kenangan. 

Pagi tu jam 6.40 pagi kami dah bergerak ke MRSM, walaupun perjalanan sekitar 15 minit dari penginapan kami. Awal tak kalut kekdahnya :D 

Subhanallah cantik, tenang damai sangat bila dapat melihat keindahan ciptaan-Nya di sepanjang perjalanan. 

Menjelang pukul 7 pagi, beberapa warung mula dibuka. Malah, di kiri kanan jalan juga ada yang berjalan nasi lemak bungkus. 

Kami singgah makan di satu gerai ni ... 


Alhamdulillah, sekali lagi dapat menikmati nasi lemak singgit. Ada telur rebus ¹/⁴, bilis dan kacang. Pelayan warung berdua tu pun ramah dan rajin melayan Adik. Habis makan, dia main dengan kucing depa. Gerai ni sangat bersih ye, dan kucing³ depa pun gebu². Kalau tak kerana Angah nak exam, nak berlama-lama lagi di sini :) Sedap makan di warung kampung begini, feel tu lain :) 

Akhirnya kami mendaftarkan Angah. Sekadar dropped off... 

Zaman sekarang, anak² uruskan semuanya sendiri. Bagus juga, dapat bentuk keyakinan diri. Sama juga dengan PKSK tempohari. Parents hanya dibenarkan dropped off dan keluar semula dari sekolah. 

Cukup masa, kami datang semula untuk jemput Angah. Lama juga kena sidai, sebab untuk ujian hafazan lepas semua selesai baru cikgu bawa keluar ramai² ke Astaka (mini stadium). Parents dibenarkan tunggu di kawasan ni. 

Adik dan Kakak sempatlah explore Astaka ni...

UKKM ni beza sikit dengan PKSK, takde karangan. 

Ujian berkomputer meliputi 4 bahagian 👆

Untuk yang mohon Ulul Albab (kena letak pilihan pertama dlm permohonan utk melayakkan diri dipanggil ujian hafazan), ujian hafazan diadakan pada hari yang sama. Angah kena back to back dengan ujian berkomputer. Alhamdulillah tersenyum lebar dia bila dapat ayat yang Ummi dah buat latihan dengan dia sebelum ni. Dalam mukasurat ni ada doa lazim, lagi mudah dia hafal. 
 
Waktu ujian calon hanya diberi sekeping kertas untuk hafal, 8 baris ayat tak silap... Tak ditulis nama Surah pun dan biasanya bukan awal Surah. Bahasa orang menghafal ni disebut 'tebok' (random la maknanya). Masa menghafal 25 minit. Kemudian calon ke dewan untuk hafal di hadapan Ustaz. One to one,  serentak 10 orang calon. 

Alhamdulillah selesai sudah 2 ujian besar untuk ke Tingkatan 1. Mudah-mudahan ada rezeki Angah untuk ke sekolah impian 🤲 Yang mana akan menduduki UKKM ni dan masih menanti tarikh UKKM, selamat maju jaya! 




7 comments:

  1. Semoga berjaya Angah. Hehe ada peluang jalan ke tempat orang sebab menghantar anak untuk UKKM

    ReplyDelete
  2. Semoga Angah berjaya mendapat tempat di MRSM 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. all the best angah....trungat time antar tisya exam dlu dkt mrsm kuala kubu baru tp nasibaik sesi ptg so tkde la rushing time org pi keje

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya Angah.
    Anak ammi dulu Kyra buat UKKM di Serting dan Khilfi di Gemencheh. Tp dua-dua xdpt. Untuk F4 ni kyra cuma apply SBP je. MRSM dia taknak…ikut sukalah nak

    ReplyDelete
  5. Semoga ada rezeki ANgah..Aunty SA doakan buat awak ye..

    ReplyDelete
  6. semoga diperkenankan impian angah utk masuk mrsm ulul albab.. ada rezeki insya allah tu.. entah kenapa sy dlu x tergerak langsung nk galakkan iman mohon ke mrsm walaupun mrsm dkt je dgn rumah... mungkin sbb ada anak bff yg kena buli di situ jadi terus off terus rasa nak iman sekolah kat situ

    ReplyDelete
  7. Semoga berjaya Angah.. insyaallah 1st intake nanti.

    ReplyDelete