Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, 4 September 2026

Blog I Tak Boleh Up Komen 😬

Pagi ni dapat WA dari Linda...

Sebenarnya sejak semalam Ummi alami masalah ni. Ingatkan Ummi sorang je, tapi bila Linda mesej tahulah rupanya bukan masalah Ummi sorang. Petang semalam boleh lagi komen dekat beberapa blog, pagi ni langsung tak boleh. Tulis komen tu boleh, tapi komennya tak keluar (tak boleh up). Asyiklah "publishing" je...

Ni pagi tadi dekat blog Puan Ujie. 

Ni Ummi nak tinggalkan komen dan join GA Birthday Uyum by Ako tu, dari petang sampai ke malam komen tergantung. Tak habis² publishing 🤦🏻

Ni kat blog Uncle Gedek, pun tak appear komen Ummi tulis. 

Patutlah entry terbaru Ummi takde orang komen. Rupanya Blogger ada masalah. Alahai, sunyi terasa tanpa sapaan mesra dari kawan-kawan seangkatan. 

Duhai Blogger please fix the problem. 
ASAP ye 🤗

Tuesday, 25 August 2026

Breakfast w Geng Blogger Gombak

Sukahati je letak Geng Blogger Gombak 😅
Tapi bila tengok Ako pun tulis Geng Blogger Gombak, kira samalah thinking kami wpun tak plan nak letak title sama :D 

Niatnya nak jumpa Linda, yang bakal berpindah ke negeri kelahirannya, Perak Darul Ridzuan. Sebelum ni Kak Faiza ajak sekali jumpa Linda masa depa keluar ke CM ke TRX (lupa dah) tapi Ummi demam. Jadi, cakap dengan Linda ada rezeki kita jumpa nanti. Alhamdulillah Linda berkelapangan jumpa pada hadir cuti Maulidur Rasul hari ni. 

Sebelum tu, selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua. Antara tanda sayang kita kepada Baginda Rasullullah ialah dengan mengamalkan sunnah Baginda dan memperbanyakkan selawat.

Berbalik kepada tajuk... Kami set jumpa di CBTL Prima SG, senang Linda nak merempit dari Selayang hehe... Linda cadang nak ajak MZ. Ummi okay je, the more the merrier la kan... Lepas tu MZ ajak Carneyz, Carneyz pulak ajak Ako/Retna dan Ako pulak ajak Uyum 😁
Berantai² jemputannya:) 
So, here we are 🫰🏻
Ako dan Uyum singgah sekejap sebab nak balik kampung, ada kematian. Takziah buat Ako dan seluruh keluarga. Semoga arwah maklang Ako dicucuri rahmat Allah SWT. Salute dengan Ako, sanggup ke Prima SG sekejap untuk jumpa.

Bersembang macam jumpa member lama; walaupun baru kali ke-6 jumpa Carneyz, kali ke-3 jumpa Ako, kali ke-2 jumpa MZ dan kali pertama jumpa Linda. Wpun pernah jumpa Ako dan MZ sebelum ni, tak pernah berborak panjang pun, sekadar sapa gitu² je. Kali ni keadaan mengizinkan untuk duduk semeja berborak santai. Semuanya sporting dan happening 👍

Ummi order kaya butter toast. Spaghetti depan Ummi tu MZ punya. 
Ini je la gambar yang Ummi snapped, selebihnya kami bersembang. Dah jumpa kawan² seangkatan ni jadi segan pulak nak ambil gambar satu persatu 😅

Ni gambar dari phone Linda. 

Tak cukup bersembang dalam CBTL tu, sampai ke kereta MZ kami sambung sembang. Bukan apa, semua excited nak tengok Baby T :) Macam² soalan diajukan kpd MZ berkenaan EV car ni. Dah gaya macam saleswoman kereta dah MZ pun 🤭

Ummi selalu perhati, kawan² blogger ni kalau jumpa mesti bawa buah tangan untuk setiap orang. Jadi Ummi pun taknaklah FOMO (😜), belilah hadiah simple² untuk semua. Buat seronok² kata orang. 

Macam² Ummi dapat hadiah dari mereka berempat...

Tudung cantik dari Carneyz 

Coklat, shower gel dan brooch dari MZ. Brooch tu boleh matching dengan tudung 👆🏻

Sejadah mini dari Ako

Last but not least, dari Linda. 
Macam² ada... 

... antaranya, fridge magnet handmade by Linda. Dah selamat dilekatkan di peti ais. Nice work Linda 👍🏻

Alhamdulillah terima kasih semua. Harap kawan² pun sukalah dengan hadiah yang tak seberapa dari Ummi. 

Thanks for the memory, ada rezeki jumpa lagi In Sha Allah ❤️

Untuk Linda, Selamat Maju Jaya! 











Friday, 17 July 2026

Catatan 2 Safar 1448H I Ibu RAWIWA Melawat Abang ❤️


Kisahnya Ummi dok golek² depan tv dengan Adik selepas pekena nasi kandaq Thaqwa. Tiba² phone bunyi, tertera nama kakak blogger kesayangan ramai, Kak Faiza (Ibu RAWIWA). Ingatkan nak ajak kupi² hihi... Sebab tahu KF nak ke Ganu. Kalau drive ke Ganu, nak ke Tol Gombak tu mesti lalu Sri Gombak. Itu yang terfikir gitu. Rupanya kakak kita ni dah sampai Ganu, ✈️ ke sana. KF minta no tel Abang, nak jumpa katanya. Allahu Akbar, terharu sungguh Ummi ni ada orang nak ziarah anak kesayangan Ummi yang jauh di rantau orang tu. 

Ole² untuk Abang dari KF ❤️
Mewah rezeki dia hari ni. Lunch makan free, Puan Pengarah belanja. Lepas Jumaat KF pula belanja nasi dan air. 

Ummi suruh dia snap gambar elok sikit... 

Hrmmmm.... Elok sikit je la 😂
Gambar meja tu yang lebih, banding dengan gambar buah tangan KF :D 
Adoi la anak... 

Tqsm Kak Faiza melawat Abang. Bawa buah tangan dan ehem ehem lagi. Mewah dan berkat selalu rezeki utk Akk sekeluarga hendaknya 🤲🏻 
Baarakallahu lakum

Ni la nasi kandaq hat buat Ummi dan Adik tersandaq kekenyangan ☺️

Alhamdulillah manis² belaka di hari Jumaat yang barokah ini. 





Sunday, 21 June 2026

Kiriman dari Fanny 🩷

Sanah helwah Fanny 🎈 🎈🎈! 
Jengok blog Ako awal pagi tadi, kemain happy ye Kembar 3 ni pegang cake birthday masing² :D Siapa kembar 3, kenalah ke blog Ako 🤗
Didoakan agar semuanya beroleh kesihatan yg baik, rezeki yg lancar dan berkat serta sentiasa dlm rahmat dan lindungan-Nya selalu 🤲🏻 

Ramai sedia maklumkan, Fanny datang ke negara kita. Seperti biasa, datangnya tak pernah dengan tangan kosong. Ada saja buah tangan untuk rakan² blogger yang dibawa. Kali ni rezeki Ummi dapat buah tangan dari Fanny. Terima kasih banyak SA yang menjadi perantara. 

Berat bungkusan ni... 

Jom tengok apa yang ada 👇🏻

Macam Ummi yang shopping di Kota Jakarta kayaknya... Macam² ada...

Pecel atau pecal memang kesukaan Ummi. Bambu kuah bakso ni dalam bentuk serbuk, boleh jadi perencah masakan lain juga. Masukkan dalam sayur ke, sup ke...

Wellness products... Ada minyak angin, essential oil dan hand cream serta room & linen spray

Tudung cantik 2 helai
Masha Allah baik hati sungguhlah adik sorang ni... 

Esok harinya terus rasmi tudung Fanny bagi ni. Regu dengan blaus beli di Brand Outlet MM hari tu. 

Dress batik ni ngam dengan Adik. 
Seronok dia, kain sejuk. Corak dan warna ceria sesuai dengan kulit Adik yang cerah tu. 

Alhamdulillah sekali lagi tqsm Fanny. Masa bermesej tu dah bagitahu jangan susah² sebab tak dapat jumpa dia pun. Segan dan tak nak menyusahkan dia nak pos bagai. Tapi bila katanya dia dah beli hadiah dan berhajat nak bagi, Ummi terima dengan hati terbuka. Katanya Ummi rajin dropped komen di blognya. Kebetulan SA nak jumpa Fanny,  kirim melalui SA sajalah. Dan syukur, Ummi juga sempat belikan ole² untuk Fanny. Again, SA la perantaranya. Thanks ya SA 😘





Wednesday, 12 August 2020

Blogger New Interface ~ Tq Juju 🌹


Rasa macam nak peluk je Juju bila beliau kongsi cara nak kembali ke legacy blogger interface. Baca perkongsian Juju di: SINI.

Kerap juga notice ni appear dalam dashboard Ummi.
Itu yang try semalam :(

Kelmarin memang Ummi tension sebab secara tak sengaja ter-cuba new interface yang dioffer oleh Blogger. Lepas tu, bila nak masukkan gambar, dah tak boleh. Tak boleh access ke phone Gallery. Selama ni boleh je. Ummi ni update blog guna phone je. Malas nak on laptop. Lepas tu kalau guna laptop kena transfer dulu gambar dalam phone ke laptop. Renyah!

Sample draft dalam NotePad 

Selalunya Ummi kalau ada idea terus tulis dalam NotePad dekat phone. Then C&P ke blog sebagai draft dan edit; masukkan gambar dsbnya. Sambil baring-baring or tengok tv pun boleh draft entry. Ini pun edit blog sambil lepak  atas katil baru Angah aha... Seronok pula lepak atas katil depa. Tilam sedap, tak melendut. 

Post semalam sebelum revert tu legacy blogher. 

Tapi, semalam tu tak boleh buat macam selalu.  Tengok dekat Help section, depa suruh install apps Blogger. Install la. Tapi still tak user friendly for me. Nak resize gambar tak boleh, nak add caption tak dapat, nak centralized paragraphs pun tak boleh sudahnya Ummi upload je entry "Surprise untuk Walid" seadanya. Mata ni sakit je tengok gambar gedabak besar dengan paragraphs tak center tu tapi tak tahu nak adjust camne :(

Alhamdulillah kelmarin Juju buat perkongsian untuk kembali ke legacy blogger (existing interface). Terus ummi edit post semalam tu. Baru sedap sikit mata memandang dan membaca. Simple je benda ni tapi bila gelabah terus tak jumpa kat mana nak revert ke legacy blogger tu. Lepas tu dok pening sorang-sorang fikir camne nak buat 😂

Caranya senang je... Pergi ke dashboard, scroll bawah sekali. Click je kat situ, then click confirm. Selagi dibenarkan guna interface ni, selagi itulah Ummi guna interface lama ni. I'm comfortable with it because it's more user and (mobile phone) friendly.

Sekali lagi, berbanyak terima kasih kepada Juju atas perkongsiannya. Ummi ni buat blog suka-suka je, belajar pun sendiri-sendiri je. Sebab tu banyak kekurangan blog ni. Tapi tetap jadi kesayangan Ummi sebab banyak kenangan terhimpun dalam ni.

Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong Ummi 🤗